Coretan buat saudaraku di GaZa - corEtan akAsHah

Monday, August 11, 2014

Coretan buat saudaraku di GaZa


Tika ini aku sudah hilang kata
Melihat..mendengar dan membaca
Setiap wacana, suasana, dan cerita
Tentang saudaraku di sana
Bertahan demi maruah, bangsa dan agama

Tika ini aku sudah kering air mata
Bila gambar memapar pahitnya derita
Yang tak kira usia
Wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa
Hilang saudara, tiada tempat mengadu derita
Tika ini deria ini seakan pekak mendengar
Satu demi satu lontaran peluru dan senjata
Tanpa bermata menujah daerah mereka
Jeritan suara, teriakan dan air mata seakan bersatu dalam senada
Genjatan senjata?
Mungkin janji palsu belaka
Menanti saatnya tiba menanti serangan seterusnya

Buat saudaraku di sana
Mungkin aku tiada apa
Cuma titipan doa sentiasa ada
Supaya penderitaan ini dihenti segera
Menanti satu janji dari Pencipta
Di suatu masa insyaAllah kemenangan bakal tercipta
Menutup ghairahnya mereka bongkak berdiri bertepuk suka
Membalas sengketa ibarat tiada nokhtahnya
Seperti yang tertulis dalam kalamnya

Sebenar-benarnya dan sesungguhnya
Bukan hanya pada bicara
Bukan hanya pada coretan tinta
doa berputus tiada
Buatmu saudaraku disana

#doakami sentiasa bersamamu_prayforgaza

coretan akashah
11 Ogos 2014, 9.20pm

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.