corEtan akAsHah

Sunday, March 20, 2022

Testimoni Bengkel Poster Digital
March 20, 20220 Comments

Selepas beberapa hari berlangsungnya aksi Cikgu Online di live streaming Youtube Kolej Institut Perguruan Kampus Tun Hussein Onn, Kashah dihubungi oleh penganjur, iaitu Kak Sha pegawai perpustakaan institusi tersebut.

 

Rupa-rupanya beliau mahu kongsikan maklumbalas bengkel tersebut. Sebenarnya sejurus selepas live, ada satu perkara yang membuat rasa bermakna bagi Kashah. Buat pertama kali live view untuk Bengkel online mencapai ribuan viewer. Allahu. Semoga dapat menumpang manfaat yang digunakan bagi setiap viewer. 

Biasa buat sharing dalam skala kecil sahaja. Paling ramai viewer pun cuma sehingga 500 sahaja. Namun menumpang platform perkongsian Youtube channel tersebut, rupa-rupanya mencecah 9000 viewer dan sehingga kini masih meningkat viewernya. Alhamdulillah semoga menjadi permulaan baik untuk semua.

Alhamdulillah, menerima respon yang baik daripada penganjur Bengkel Poster tempoh hari. 

Penceramah batuk? Haha adoilah
Sebenarnya dah dekat sebulan sebelum bengkel Kashah batuk berpanjangan. Kebetulan pula masa hari bengkel berlangsung, dah sampai giliran seorang Akashah positif Covid untuk hari pertama.

"Boleh ke on kursus ni?" Tanya urusetia
"Hmm rasanya kalau lepas habis kuarantin pun, tetap batuk juga. Tak demam pun, cuma batuk je. On je la daripada tidur sepanjang hari"

Apapun terima kasih kepada pihak penganjur atas kesudian menjemput cikgu online tempoh hari. 

Tuan puan,
Hidup kita bukan selamanya,
Kongsi manfaat selagi bernyawa. 

Jadi nak bagitahu apabila zepeto cikgu online keluar ni, maknanya dia nak start beraksilah tu. 
Insya-Allah semoga tak batuk lagi dah minggu hadapan. 

Doa yang baik-baik.

#cikguonline




Reading Time:

Tuesday, March 08, 2022

Selamat Hari Wanita
March 08, 20220 Comments

Wanita Bangkit

Tersedar daripada mimpi, dia pantas berlumba dengan mentari, beraksi, berbakti, lalu terlupa ... tangisannya malam tadi!


Semalam,

Dia berdepan dengan ujian kehilangan, kesakitan atau mungkin juga dihujani kesedihan,


Hari esok,

Dia dikhabarkan cerita kesembuhan, nikmat kegembiraan,  atau suasana yang menyenangkan,


Namun kedua-duanya menyimbah emosi yang entah dia sahaja mampu menterjemahkan. 

Apa yang pasti semua itu menjadi landasan untuk dia terus melangkah kehadapan. 


Untukmu bergelar wanita,

Salam kebangkitan diucapkan,

Semoga diberkati Tuhan, dan dilindungi hendaknya,

Biarpun bukan dizahirkan dengan tindakan atau kata-kata diucapkan,

Namun doa sentiasa diiringi semoga sentiasa diberi sebuah senyuman dalam ketabahan.


Coretan Akashah

8 Mac 2022


#hariwanita

#wanitabangkit

#flasherwanitabangkit


Posing sikit bersama gambar kaver buku terbaharu terbitan Bonda Nor Resources dengan kerjasama Institut Sosial Malaysia yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. 


Kashah menulis dalam salah satu bab buku ini yang mana mengisahkan inspirasi tokoh wanita. Siapa itu? Ahaa tunggu.

Reading Time:

Wednesday, January 19, 2022

Coretan 19 Januari
January 19, 20220 Comments

Kita tidak boleh menghalang masa berjalan untuk memilih waktu tertentu bagi menikmati bahagia. Apa lagi untuk menghentikan air yang mengalir untuk merasai ketenangan diri.
Tetapi kita boleh mengikut rentak masa dalam mencipta bahagia cara kita dan setidaknya mampu merasa ketenangan tersebut biarpun seketika. Cari terapi tersendiri!
"Tak penat ke menulis?"
"Menulis tak penat, yang penat ialah memendam rasa pada perkara yang itu-itu juga."
Penat saat mengeluh kepada isu yang sama,
Jenuh ketika cepat terasa pada pandangan yang serupa,
Letih waktu terkena pada streotaip manusia,
Semuanya kerana kita adalah hamba-Nya yang tidak mampu bersifat sempurna.
Sekejap-sekejap, berhenti. Relakslah!
Awak .... Kita berhadapan dengan situasi yang acapkali berulang. Jalan ceritanya tetap sama cuma masa dan tempatnya berbeza. Mungkin juga hari ini, kita yang rasa. Esok-esok kawan sebelah kita pula yang rasa.
Kemudian saat masalah yang berlaku, kita atau dia menghadapinya dengan cara yang berbeza. Melihat atau merasainya. Lalu perlahan-lahan kedua-duanya belajar dalam diam. Mungkin juga turut memberi pelajaran untuk orang sekeliling. Bukan lagi menyalahkan keadaan atau situasi.
Mulakan belajar seadanya kuterima biarpun perlu menagih kesabaran tahap tinggi.
Begitulah perasaannya bagi seorang Akashah Kassim apabila berpeluang beraksi sebagai penulis dan mentor dalam penulisan kreatif. Tulisannya bukan sekadar luahan rasa semata-mata tapi diwujudkan hasilnya sebagai mesej dan seterusnya menjadi panduan bersama.
Alhamdulillah, terkumpul 3 karya 2021 & 2022 terbitan Bonda Nor Resources. Terima Kasih Tuhan, Sahabat Syurga dan Tentang Rindu, barisan karya istimewa. Semuanya hasil usaha berkumpulan - penyelaras, editor, proof reader, penerbit, designer dan pelbagai pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Semuanya perlu dihargai hatta pembacanya sekalipun.
Tulislah ... Bina bekalan untuk engkau tinggalkan. Pesanan guru penulisan setiap kali menghadiri kursus semoga bukan hanya tercatat dalam tulisan. Diharapkan benar menjadi bekalan saat jasad mula bercerai dari badan.
Coretan Akashah
19 Januari 2022
Reading Time:

Monday, January 10, 2022

Diam lebih baik
January 10, 2022 2 Comments

Sebenarnya orang yang pendiam ni ada banyak sangat benda nak cakap tapi dia tahankan sebab tidak mahu keruhkan keadaan. 


Contohnya apabila nak selfie, tapi baru sedar yang tudung dia sama dengan tirai. Takkanlah dia nak kerat tirai tu. Kesudahannya nanti dia juga yang kena tanggung silau. 


Gasak kau nak gaduh dengan tirai!


Macam tulah juga dengan kehidupan. Kadang ada pendapat sama, kita raikan. Mana yang berbeza, kita pilih dan leraikan dengan membuat keputusan yang terbaik bersama. 


Jika bertemu jalan buntu, ingatlah kita ada Tuhan. Mohon kepada Dia.


Diam lebih baik. 

Checklist tahun baru

✍️Belajar tenang-tenang dengan apa yang mahu dihadapi di hadapan. 




#coretanakashah

Reading Time:

Sunday, January 09, 2022

Syair Terlena - Hamka
January 09, 2022 4 Comments

 Salam tahun baru 2022. Kawan-kawan, apa khabar hati kita? 

Tanya pada dia, masih lagikah dia terjerat dengan apa yang dinamakan sebagai mangsa keadaan atau mungkin sudah mula melupakan dan menuju ke hadapan. 

Sambil skrol timeline, Kashah ada terjumpa Syair Hamka. Menarik dan berbesar hati untuk letak kat sini sempena tahun baharu. Posting pertama tahun baharu. Jom kita sama-sama baca dan untuk direnungkan. 

Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena
Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi.
Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar..
Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan.
Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan.
Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia?
Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua.
Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah buat....
Astaghfirullah, ternyata tidak seberapa sedekah dan infak cuma sekadarnya, mengajarkan ilmu tidak pernah ada, silaturrahim tidak pernah buat.
Justeru, apakah roh ini tidak akan melolong, meraung, menjerit menahan kesakitan di saat berpisah daripada tubuh ketika Sakaratul Maut?
Tambahkan usiaku ya Allah, aku memerlukan waktu untuk beramal sebelum Kau akhiri ajalku.
Belum cukupkah kita menyia-nyiakan waktu selama 30, 40, 50 atau 60 tahun?
Perlu berapa tahun lagikah untuk mengulang pagi, siang, petang dan malam, perlu berapa minggu, bulan, dan tahun lagi agar kita BERSEDIA untuk mati?
Kita tidak pernah merasa kehilangan waktu dan kesempatan untuk menghasilkan pahala, maka 1000 tahun pun tidak akan pernah cukup bagi orang-orang yang terlena.

Puisi Terlena oleh : Pak Hamka - Al Marhum Prof Hamka
( Haji Abdul Malik Karim Amrullah)
Pujangga Nusantara

Sebuah puisi yang bukan sahaja dirakamkan di sini atas cantik bahasanya, tapi untuk difahami mesejnya. Didoakan buat kawan-kawan berada dalam lindungan-Nya.
Kita bukan orang yang baik,tapi tanamkan azam untuk berbuat baik. Tulis dan kongsi yang baik-baik, bermanfaat. Semoga menjadi amalan yang mengalir saat jasad dan roh berpisah satu saat nanti. Entah esok, lusa, dia sampai juga.

Kawan-kawan, andai saat itu tiba dan aku masih ada salam kemaafan yang belum terungkap mohon dimaafkan. Diikhlaskan juga apa jua yang telah menjentik hati ini. Semoga rasa itu sama-sama lenyap bersama tahun yang berganti.

Salam tahun baru,
Coretan Akashah 2022


Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.