Pantun Hari Guru - corEtan akAsHah

Sunday, May 16, 2021

Pantun Hari Guru

Habis edit, terus tunjuk. Awish dan Medina dah masuk dalam youtube ni. Cuba tengok.
"Tersengih-sengih saya tengok!" Haha suka la tu nampak muka sendiri.
Siapa yang tak ingat 16 Mei hari guru tu? Meh hakak ingatkan. 

Alhamdulillah, sebelum raya ada rezeki melawat ibu yang sakit di Ampang. 

Tiba-tiba jadi bidan terjun untuk shoot dua beradik ni. Bukan main semangat mereka nak menyiapkan tugasan video ni. Katanya untuk pertandingan. Tapi Kasha tolong rakam je, sunting untuk pertandingan orang lain. 

Jadi untuk simpanan sendiri, suntinglah juga versi sendiri. Ikut suka hati mak sedara dia nak edit macam mana kan? Sebenarnya kita ni ha yang teruja bebudak ni boleh selamba bercakap depan skrin dengan gaya masing-masing. 

Macam tulah kan generasi sekarang, macam mana 10 tahun akan datang generasi ini akan masuk ke IPT. Macam mana agaknya gaya pembelajaran ketika itu. Allahu tak nak fikir boleh tak?

Jadi, untuk kesempatan ini Kasha nak ucapkan Selamat Hari Guru buat insan yang bergelar guru. 

Semoga diberi kesihatan yang baik, bahagia selalu dan diperkenankan segala doa yang baik-baik dari keluarga, dan rakan-rakan yang mendoakan. 


Sayang cikgu kerana Allah. 

InsyaAllah semoga Allah memberkati perjuanganmu memberi ilmu kepada anak bangsa.

No comments:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.