Coretan Mei 2021 - corEtan akAsHah

Wednesday, May 19, 2021

Coretan Mei 2021

Kawan-kawan...

Luangkanlah masa mendoakan saudara mara, guru-guru&kawan-kawan yang terkesan dengan COVID-19. Kita jauh, jadi jom dekatkan dengan doa.

Tulis & kongsilah gambar positif sebagai semangat buat diri! Kita tak tahu entah bila ia mampu menjadi kekuatan untuk orang lain. Semua kuasa Allah.

Gambar comel google

Kawan-kawan ...

Teruskan berdoa yang baik-baik untuk semua. Kadang kita sendiri tak sedar sedang mengalami kemurungan, tekanan emosi dan tercari-cari sesuatu sebagai terapi.

Jadi, kita punya pilihan.Dekatkanlah diri dengan Ilahi. Jadikan Al-Quran sebagai teman pengganti. Cari sesuatu hobi sebagai terapi.

Ingat tau, 

Sekarang kita kena jaga diri sendiri, Orang lain tak boleh kawalkan untuk kita. Kita! Kita dan Kita sendirilah harapannya. Tapi kita ada Allah. Kalau orang tak boleh jaga, Dia sentiasa menanti hamba-Nya mengadu dan memohon dariNya. Apa yang penting jangan pernah berhenti.


Hasbunaalah wani'mal wakil

Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.'




No comments:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.