Santai di Pulau Ular - corEtan akAsHah

Wednesday, November 18, 2020

Santai di Pulau Ular

 𝙋𝙚𝙧𝙜𝙞 𝙢𝙖𝙣𝙖 𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙞𝙣𝙞? Sejenis suka terjebak weh!

Semuanya dek penangan video orang. Macam ni la perangai bila sejenis #taknakkalah nak juga terjah memandangkan jaraknya yang dekat, jadi rasanya tak jadi masalah besar. 

Perjalanan menaiki kereta hanya mengambil masa 30 hingga 40 minit dari bandar Kuantan.  ( bergantung pada cara pemanduan, sejauh mana ko tekan minyak kereta tu dan tahap kebijakan baca waze ke Pulau Ular). 

Pulau Ular 

Lokasi terletak di kawasan, Kampung Sungai Ular Kuantan, berhampiran jalan ke kawasan tarikan pelancongan  Cherating. Untuk info, pulau ini bukanlah seperti pulau komersial yang lain kerana masih tiada sebarang pembangunan dan infrastruktur dibina dikawasan sekelilingnya.

𝐉𝐮𝐦𝐩𝐚 𝐮𝐥𝐚𝐫 𝐭𝐚𝐤?

Sejenis bukan kerana nama. Walaupun namanya Pulau Sungai Ular, pengunjung tidak perlu risau untuk berekreasi di sini kerana ia bukanlah kawasan habitat haiwan berbisa tersebut. 

Untuk yang berminat, ini ada sedikit perkongsian info untuk lokasi percutian day trip ni.

Booking boat awal-awal, operasi bot paling awal bermula jam 7.30 pagi dan perlu keluar dari pulau paling lewat pada jam3.30 petang. 10 minit naik boat ke Pulau dari pengkalan nelayan. Caj RM150 -boleh memuatkan 10 penumpang di dalamnya untuk trip pergi dan balik.

Untuk tempahan bot, boleh hubungi En Rauf +60 13-272 7248

Kalau lebih masa,  bolehlah berkhemah di pulau tersebut. Cerita dari En. Burn, snorkeling waktu malam dapat tengok coral cantik. Siang boleh snorkeling, tapi air keruh sebab ramai orang. 

Parking kereta akan di caj RM2 untuk sebuah kereta.

Suka snap sana sini. Anyway, heaven jugalah bagi mereka yang minat ambil gambar sebab tak ada masalah line telefon. Mobile network ok, port gambar banyak giler. Nak video call pun ok.

𝐀𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐝𝐚𝐢 𝐭𝐚𝐤?

Kedai minuman - air tin, teh ais balang! Hahah

Sewaan alat rekreasi - life jacket rm5, snorkeling set rm5.

Makanan lain, sila bawa sendiri dan paling penting sampah bawa balik juga. Oklah sejenis aktiviti yang menjana pendapatan penduduk kampung Sungai Ular.  Dari aktiviti bot,  life guard, jualan semuanya dikendalikan oleh JKKK kampung itu sendiri. Terbaik.

𝐀𝐝𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚𝐬 𝐭𝐚𝐤?

Haha sila lakukan urusan anda sebelum masuk pulau. Ada satu tandas di pengkalan nelayan. Jadi nak tukar baju basah pun sesuai selepas balik dari pulau. Semoga keindahan alam ini terus terjaga.


Oleh Akashah Kassim

19 September 2020


#akashahkassim


6 comments:

norhidana said...

Cantiknya.... ingatkan ada ular kt pulau ni hhehehhe

umminani said...

bestnya.. kami masih terkurug, kalau bebas mau juga p kesana rindu Cheratig

Nina Mirza said...

Seronok nya baca! Dapat rasai ketenangan dan suasana laut tu. Aduh rindu nya nak hirup udara segar luar dari KL ni

Nadia Johari said...

Oo takde ular la ye.. Menarik sunguh

Akashah Kassim said...

norhidana
hehe tak ada.jangan le seram tgh berendam dia datang plak kang

umminani
kan? lama sangat terkurung memang boleh jem.

Nina Mirza.
InsyaAllah doa sama-sama. semoga berakhir cepat

nadia
terapi sekejap

Aisya Ismail said...

Selama ni ingatkan ada ular kat pulau tu.

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.