(Latar gambar kredit dari video Iza Ahmad)
Alhamdulillah ...
Ada kata-kata dari penulis yang terlintas dalam fikiran Kashah ketika ini.
Bersyukurlah atas apa yang kita dapat hari ini, dan usah mengeluh kegelisahan yang terlampau atas ujian.
Ini kerana kedua-duanya datang atas asbab tertentu dari Tuhan yang mencipta hamba-Nya.
Hari ini ingin Kashah kongsikan beberapa berita gembira.
Yang pertama
video khas karya Kasha hasil rakaman Iza Ahmad.
Sebenarnya Kasha berkenan tengok video suka-suka dia kat kat instagram story. Jadi saje-saje lah request khas masukkan buku kasha. Tak sangka sehari dah siap. Suka sangat-sangat. Ni Kashah bagi teaser sikit ya. Nanti Kashah buat satu entri khas untuk video ni.
Yang kedua
𝐌𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚𝐦𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐏𝐊𝐏 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐢𝐬𝐢.
Alhamdulillah ... pagi tadi telah menerima e-sijil bagi PERTANDINGAN MENCIPTA PUISI COVID-19 & PENGALAMAN PKP anjuran Perpustakaan Negara Malaysia. Terima kasih dan syabas Perpustakaan Malaysia atas penganjuran pertandingan ini.
Kegilaan berpuisi macam hobi kawan-kawan yang lain juga. Ada yang suka menanam, menyanyi, bersukan, menulis dan macam-macam lagi. Ia dilakukan dalam mewarnai emosi diri.
Macam-macam cara kita guna sebagai terapi diri. Jadi, apa kata kita raikan sahaja hobi semua. Ingatan pada diri.
Hantar penyertaan waktu bertapa musim PKP. Masa balik kampung tak boleh, pergi kerja pun tak boleh tu.
Apapun, nak ucapkan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang tak putus memberi semangat dalam perjuangan menulis. Hehe jasamu dikenang.
Ini baru sijil penyertaan tali menang atau kalah belakang cerita
Yang ketiga
Hari ini Kasha telah kehilangan barang berharga tapi diri sendiri tak perasan langsung.
Tiba-tiba tengah sibuk siapkan slide untuk esok, dapat whatsapp
'Ada hilang barang tak?'
Eh, nampak pergelangan tangan kosong. Baru perasan ada yang tercicir.
Allahuakbar, bukan kali pertama ni!
Itulah dah minta dicairkan agaknya. Asyik putus.
Tercicir di parking basement!
Alhamdulillah, terima kasih buat rakan sekerja yang dah terjumpa dan jujur pulangkan kembali. En. shahidan. (Tiada dalam list FB friend)
Didoakan semoga beliau dimurahkan rezekinya dan keluarga serta dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. Amin.
Ini memang bermakna sepanjang perkhidmatan sebagai PPPT. Nangis air mata darah jugalah kalau hilang. Bukan senang nak beli.
6 comments:
Allahuakbar! Sungguhlah syukur itu akan membawa kita kepada rezeki yang seterusnya daripada Allah. Tahniah sis untuk puisi dan buku. Hati² sis ntk gelang tu. Rasa sayang pula bila hilang. Cx mmg takut nak pakai gelang sebab ginilah. Nanti kena marah dgn suami camne? hehee
Tahniah.. Sentiasa bersyukur denganapa yang ada
Alhandulillah. Naseb jumpa balik
Betul setiap pagi bila bangun pagi Marsha amalkan bersyukur dulu...rasa best sangat
Kadang terlupa untuk bersyukur. Hurmm.
CXopportunities ... alhamdulillah dah ambil lgkah berjaga untuk xjadi lagi gelang tu
Nadia.. alhamdulillah. terima kasih
marina .. ya ada rezeki pakai lg
marsha .. semoga dalam lindungan-Nya
Aisya .. kena amalkan, biasakan la tu
Post a Comment