𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐈𝐍𝐉𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐓𝐏𝐓𝐍
"Kasha, u ada terima email PTPTN tak tentang lebihan bayaran PTPTN?"
"Takde pula. Tipu kot tu"
Tapi elok lepas Lee tanya, terus muncul email dari PTPTN. Mula-mula nak abaikan sahaja email ini sebab ingatkan SPAM email. Ye la dah setahun selesai, takkan ada lebih lagi? Seingat Kasha lepas habis bayar tempoh hari, dah dapat dah lebihan tu. Laju juga kita habiskan. Tak susah. Hehe.
Tapi tangan laju sahaja screenshot email tersebut dan forward gambar ke Lee.
'Dapatlah tapi aku dah setahun abis bayar. Tipulah tu'
'Member sy call ptptn kata betul emel tu.K cuba check'
Orait! Jom Kasha kongsikan cara-caranya di sini.
𝗦𝘁𝗲𝗽 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 https://www.ptptn.gov.my/lebihanbayaran/Utama
Fuh! Berbunga-bunga hati nak klik link biru lebihan bayaran.
𝗦𝘁𝗲𝗽 𝗸𝗲𝗱𝘂𝗮
Masukkan nombor kad pengenalan
(Rujuk gambar 2)
Ini view semula sebab tu dah keluar status permohonan
𝗦𝘁𝗲𝗽 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮
Paparan lebihan bagi akaun PTPTN. Oh, untuk makluman Kasha pernah meminjam PTPTN kali pertama sewaktu belajar diploma di Politeknik. Ya, saya adalah produk politeknik. Done claim🤗
Bila klik, rupanya betullah ada lebihan pada akaun pinjaman kali kedua iaitu ketika belajar degree di UiTM di 💓ku. Haha done claim. 🤗🥰
Baru teringat!🤗 Bagi pinjaman degree Kasha menerima pengecualian bayaran pinjaman tersebut tapi Kasha pernah beberapa kali membuat bayaran untuk akaun tersebut. (Waktu tu belum umum pasal pengecualian bayaran)
𝗦𝘁𝗲𝗽 𝗸𝗲𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁
Ok masukkan nombor akaun dan nama bank yang betul.
Wah! Masa step ini rasa nak tersedak bila tiba masa nak pilih ada senarai 'TIDAK BERMINAT'
Kemain sungguh. Kalau PTPTN punya pasal RM1 pon nak claim.
Alhamdulillah. Rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari.
Untuk step ini, tidak dinyatakan nilainya tapi rasanya tak banyak jumlahnya. Zaman bayar ptptn waktu kerja kilang dulu. 🧕 Done claim lagi! Cuma kalau banyaklah, boleh buat sambung selenggara rumah di Pasir Gudang.
Berangan percuma kan?
𝗦𝘁𝗲𝗽 𝗸𝗲𝗹𝗶𝗺𝗮
Selesai cetak untuk simpan sebagai kenangan. Eh! sebagai rujukan. Entah bila lebihan itu akan diberi kita tak tahu. Jangan tunggu sangat, anggaplah suprise gift bila dapat nanti. 😱
Kenangan lama. Masa ni baru diumumkan penukaran status pinjaman kepada biasiswa bagi pemegang ijazah kelas pertama sebelum 2010. Masa tu tweet dengan Menteri Pengajian Tinggi. Hahah. Hakak ada ada twitter okay
Apapun, TQ PTPTN
Update..
Dah masuk ke akaun pada 24 jun, tak banyak hehe. RM135. Hehe bolehlah buat isi minyak kereta.
7 comments:
Kita bengang dengan ptptn. Nasib baik dah habis bayar ptptn
Alhamdulillah, rezeki...
Alhamdulilkah.. Rezeki.. Nad tgh usha nak hbiskan bayr
Seronok dah habis bayar. Satu hutang dah tak payah pk.
hahahha
Hans tergelak kejap sebab Hans ada pengalaman yang sama
bayar dah habis
tup tup dah lama macam setahun tu
tiba-tiba dapat email dari ptptn
baca tu macam dia cakap ada hutang lagi
masa tu Hans berangin lah kan
bila check balik rupa-rupa ada lebihan baki
legaaa betul
risau kalau tiba-tiba hutang ada lagi dan tiap2 bulan bunga bertambah
Alhamdulillah Marina pon dah bayar abih.
dorsett pink huhu dah habis, lega lah sikit
Nadia Johari chai yok!
nohas alhamdulillah, kurang dah satu
Hans Hanis itulah nervous macam tu selalu jd utk bil astro. hahah
Marina .. alhamdulillah tahniah
Post a Comment