Iklan pertukaran PPPT 2020 - corEtan akAsHah

Sunday, June 07, 2020

Iklan pertukaran PPPT 2020


Untuk yang bekerja dengan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, permohonan pertukaran Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi, PPPT telah dibuka.

Jadi PPPT aka pensyarah Politeknik atau Kolej komuniti tak sama macam cikgu boleh mohon mana-mana sekolah. Konsep dia lain sikit sebab berdasarkan bidang pengajian kita.

Kalau nak mohon, kena selidik kat Politeknik atau Kolej Komuniti mana yang ada bidang yang sama dengan kita. Baru boleh mohon masuk dalam list tempat permohonan.

Contohnya jika PPPT itu bidang Pelancongan, senarai politeknik yang boleh dimohon yang menawarkan bidang yang sama ialah
Selatan 
1. Politeknik Ibrahim Sultan, Johor
2. Politeknik Merlimau, Melaka
Utara
1. Politeknik Tuanku syed Sirajudin, Perlis
Selangor
1.Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor
Borneo
1. Politeknik METrO Betong, Sarawak
2. Politeknik Tawau, Sabah

Cara lain pun boleh,
1. Pilihan kolej komuniti yang sama bidang
(Perlu bersedia untuk bertugas hari minggu)

2. Politeknik / kolej komuniti berlainan bidang tapi kerja pengurusan lah 
(bukan jadi pensyarah. Tapi kalau minat mengajar lebih mendalam lupakan pilihan ini.)

3. Mohon peringkat JPPKK terus. 
(Haha ini kalau sanggup nak hadap kerja pengurusan yang lebih besar tanggungjawabnya. Fikir 1 Malaysia punya hal politeknik dan kolej komuniti. Yang  sekarang pon rasa berat dah rasanya)

Selain Kelulusan atas dasar bidang pengajian, ia tertakluk pada

1. Kekosongan jawatan di tempat yang dipohon

2. Keperluan PPPT di tempat asal
3. Kesihatan. (Dengan surat doktor. Sendiri sakit, kalau mak bapak tak kira.)

4. Tukar suka sama suka pegawai.
4. Keluarga yang terpisah tu ha suami isteri. (Entah bila nak guna alasan ni agaknya. Itu pon kalau ada rezeki. Ada yang bertahun2 PJJ juga tengok ulang-alik.)

Itulah kan? Rezeki masing-masing cuma hak untuk memohon jangan dinafikan 
Ya, walaupun berstatus bujang. 
Masing-masing ada sebab tersendiri. Semoga dipermudahkan.
Mohonlah bukan berdosa pun.
Nak duduk balik rumah yang dah beli tapi tak dapat duduk sebab pindah jauh.
Tup tup PKP bagai, sudahnya rumah bagi makan kat anai-anai pula. hai risau betul. 

Nak pindah balik Johor.
doa yang baik-baik untuk Kasha ya.
Thanks all.

Semoga segala kebaikan kembali kepada tuan/puan yang mendoakan.


Nampaknya ada berita baik untuk uruskan rumah di sana. InsyaAllah buat masa ni, mohon cuti balik sekejap-sekejap. 
Akan datang boleh balik terus berkhidmat di sana. Amin....


6 comments:

dorsett pink said...

Nice info

Aisya Ismail said...

Nak try apply jadi pensyarah agak2 layak lagi tak?

Akashah Kassim said...

Dorset pink- tq

Aisya - boleh bergantung pada keperluan bidang. Alert dengan iklan jawatan Pppt

Semut Senyum said...

Assalamualaikum. Semoga dipermudahkan urusan siapa yang apply tu.

marsha said...

Ada kawan PPPT ni...boleh share untuk dia

Marina Bashah said...

Macam best je ni. Thank you share info

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.