Review Bahagia Tanpa Syarat - corEtan akAsHah

Thursday, January 30, 2020

Review Bahagia Tanpa Syarat

 
Bismillah. Seronok dapat tengok review pasal buku kita di facebook bila rakan penulis, Pn Rozilawati tag kita pada satu posting facebook.
Review oleh  Puan Haizora,  kandungan review buku tersebut ialah.

💚
Buku terbaru yang saya baca ialah kumpulan antalogi cerpen " Bahagia Tanpa Syarat". Terbitan Bonda Nor Resources.

Membaca tajuknya saja sudah terasa bahagia. Mungkin aura bahagia penulis -penulisnya  tinggi. Tulisan yang digarap dari hati nan bahagia. .💛

Buku ini saya beli melalui salah seorang penulisnya iaitu kak Rozilawati Mohamed.
Tahniah dan terima kasih ,teruskan menulis. Banyak pelajaran dan ingatan buat diri ini.

Sedikit perkongsian dan Nota buat diri :

1.Definisi bahagia bagi setiap orang adalah berbeza.

2.Allah memberi rasa bahagia mengikut kadar, kemampuan, keperluan seseorang.

3.Takdir dan kisah hidup setiap kita  berbeza.

4.Redha menerima aturan Ilahi dan jalani kehidupan masing- masing.

5.Bahagia itu letaknya pada hati yang bersyukur.

6.Mohonlah petunjuk/ istikharah daripada Allah sebelum membuat keputusan. 

7.Apa yang kita fikir baik, belum tentu baik untuk kita.

8.Apa yang kelihatan buruk,
rupanya ada hikmah indah sebaliknya.

9.Berlapang dada dengan takdir Allah, pelangi indah akan muncul akhirnya.

10.Ketenangan dan kebahagiaan dihati apabila hubungan dengan Allah dan manusia dijaga dengan baik.

11.Bahagia itu datangnya dari hati, bukan harta, pangkat,tempat dan manusia.

12.Bahagia semakin bertambah apabila kita boleh memberi.

13.Raikan perbezaan pendapat. Hormati cita rasa dan cara masing -masing.

14.Bersangka baik selalu, hakikatnya ahli keluarga juga tetap individu berbeza yang punya pendapat sendiri.

15.Berbeza pendapat dan cara, bukan tanda tidak menyokong. Kasih sayang tetap utuh walau ada perbezaan.Besarkan jiwa terima seadanya.

Buku ini santai, ringan, mudah difahami dan jelas penyampaiannya. 

Sesuai untuk bacaan semua peringkat umur buat bekal menjalani kehidupan yang bermacam rencah.

Tahniah dan tulis terus buat semua penulis. Masing masing ada gaya penulisan dan keunikan tersendiri.

Moga bermanafaat.

#misi1bukuseminggu.


***********
Alhamdulillah, semoga setiap tulisan bermanfaat untuk dibaca.  
Feeling sangat kan baca buku Bahagia tanpa Syarat di halaman rumah sambil ditemani kuntuman merah. Ceh!
Sajelah nak bagitau,
ini  merupakan buku swaterbit, jadi tiada kat kedai buku.
Kalau nak beli?
direct terus kepada penulisnya. Ada 40 penulis dalam buku ini.
Siapa penulisnya?
Kashah lah salah sorang penulis buku itu. Salah satu tajuk dalam antologi ini iaitu Bukan Kerana Pujian.




No comments:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.