Nak rasa makan kat kedai tapi feeling balik kampung zaman dulu-dulu?
Bolehlah cuba makan di Hitamputih Cafe ini. Port barulah ni untuk slot lunch jauh sikit dan berasa masakan dia. Slot Yangjauh sikit biasa hari Jumaat. Dan paling penting ada pilihan menu selain ayam.Ini makan kali ketiga |
- tengok je la menu dia, menu ala kampung
- cara hidangan atas pinggan legend tu. Mak oi memang ingat lah pinggan ni masa dulu-dulu. Selalu makan kat kedai pinggan plastik je.
- ada ulam dan sambal belacan.
Menu dia tak banyak
Nampak ke tulisan dalam menu tu,. Kalau nampak harga dia pon nampak lah kan? |
Ulang-ulang datang makan lebih kurang je.
Kasha suka set daging salai masak cili api
Kalau dah bosan makan set ikan kerisi.
Ini masa makan kali pertama |
Kedai dia kat mana?
Jalan Haji Abdul Aziz, Kuantan 25200 Malaysia
Sebut alamat je
Sebenarnya cafe dia betul-betul seberang bangunan umno yang bersebelahan dengan pejabat pos kuantan. Nak parking payah. Kasha pernah park sebelah pejabat pos dan dan menyeberang jalan untuk ke cafe ni senang melintas sebab depan cafe ni ada traffic light utk pejalan kaki.
Kalau hari Jumaat, ada free jemput-jemput. Cekodok
kredit gambar dari rofidza, |
dengan tak malunya bertambah-tambah ambil jemput-jemput garing ni,
hahah boleh le kunyah-kunyah sementara tunggu makanan sampai.
Tambahan
Kedai ni ada ada jual roti lembut kat kaunter dia.bolehlah beli juga buat kunyah-kunyah pukul 4 bila lapar nanti. Adeh.
Tak berapa cafe sangat le, kapasiti pelanggan pon kecil je dalam satu masa |
Gitulah wei, mana nak turun kalau misi cari makan tak pernah berhenti.
Bersenam + makan. Lebih kurang je timbangnya. Neutral.
2 comments:
Dah lama xmakan cekodok garing tuuu..
Kat rumah mak sy still guna pinggan tu. Hahaja nostalgic sgt
aisya, layan kan
ye ke? adalah kenangan tu lagi
Post a Comment