Setahun dah dia mati! - corEtan akAsHah

Saturday, May 20, 2017

Setahun dah dia mati!

Ha terkejut tak baca tajuk? Ini ialah gaya tajuk harian metro.. Kita tiru dia... Dia yang ajar wat gitu.. Sesekali boleh la cuba.. Tak lama lagi waktu patut renew lesen.. Dok borak2 kosong ngan kak lin, kata eh rasa tak lama lagi kena renew lesen ni.. Dah nak sampai waktu tua ni. Haha..(peringatan sila abaikan muka pada berat kurang 20kg yang lalu,gambar ic kot tu tahun 2010.sebelum masuk keje poli.masa tu sempat keje kilang jadi kerani)

Kita pon dengan gaya penuh keyakinan buka purse.. Belek punya belek jumpa lesen..Sekali check punya check, wei dah setahun wei dia mati.. Gelak besar kat diri sendiri.. Masa tu lokasi kasha kat Jusco tebrau.. Nasib la dah sampai pintu keluar..kalau tak mau orang cakap tak betul pompuan ni..

Ye la sekarang ni kasha selalu bagi ucapan birthday  gini:
"happy birthday dengan ucapan jangan lupa renew lesen"
Penyudahnya kita pulak yang tak renew..haha tak boleh percaya kenapa jadi pelupa gitu. Bayangkan dari tahun lepas sampai bawa tahun ni.. Lesen mati oii.. Siap gi ke hulu hilir psr gdg -pontian, gi Melaka dan merayau serata Johor Bahru.. Nasib2 la jpj polis takde mintak lesen.. Selalu jer jumpa roadblock..

Keluar pi Giant jap tadi ngan ngah ibu sha.. Menumpang la jawabnya.. Selama ni tak tau lesen mati, larung je bawa kete.. Bila dah tau kecut perut kita..Da lama sebenarnya nak bawa mereka gi urut kat sini..memang berasa dan berbaloi.akhirnya Berjaya juga. Alhamdulillah.

Lepas urut, masuk la pasaraya giant.jalan punya jalan tetiba nampak..eh eh pejabat pos bukak lah? Hari Sabtu buka.. Ambil peluang terus renew 2 tahun, dengan harapan.. Tamat 2019 lah.. Rupanya sangkaan ku tak benar belaka..
2018 aje ok.. Rupanya die kira dari lesen kita tamat tempoh.. Eleh nak ngelat sikit pon tak boleh eh..haish.. Biarkan 62 itu melayang selepas telah melayang2 massage berjemaah tadi...

Ha tu da.. Alamat kenang-kenangan mawi world lagi.lupa plak suruh dia ubah.. Biarlah die confuse sendiri.alamat tu dah tak wujud dah.. Rumah dah roboh..😝😝

Jalan lagi.. Nampak pulak tempat repair phone 45minit katanya.. Haha skrin tepon kita da crack melaung-laung mintak ganti..haha bakal ada yang melayang.. Smbil tunggu siap, gi makan sebab perut dah menyanyi-nyanyi mintak diisi.. Ngah belanja makan..untunglah..

Itu je la nak citr..moral dari cite ni:
Rajin2 la belek lesen ya masa hari jadi, jangan asik belek timeline dan wasap je tgk ada orang wish tak? Haha wish tua wei..tua..

Yang kedua..hp tu cuba pegang elok2..kalau ada keje simpan dalam beg dulu.. Beli skrin protector mahal sikit takpe dari kena crack ..sape nak jawab.. Itu je la..
Makin tua makin banyak membebel.

No comments:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.