CV grafik versi Kasha plak - corEtan akAsHah

Friday, June 02, 2017

CV grafik versi Kasha plak

Baru-baru ni viral kat facebook tunjuk CV grafik..siap buat bisness lagi.. dengan bayaran sekian..sekian, anda boleh dapatkan grafik CV yang menarik..haa cenggitu iklan dia.. tercetus dari situ lah,kasha terpanggil untuk buat CV grafik cenggini..boleh ke tak buat? nak ke tak nak je sebenarnya. Ceritanya dekat separuh hari jugak lah kasha mengerjakan dia.. baru dapat siap macam hasil dibawah. (kasha saje letak kualiti rendah, takut plak ada syarikat jauh2 nak appoint jadi pekerja..merantau lagi jauh plak kang) tapi kalau sekarang ada yang berminat, boleh pm tepi. lagi2 kalau keje kat area JB. hahah(ayat ni baru update 27/8/18)

hello adik2.. keje belum dapat.. buat CV dah nak keluar modal ke upah orang.. pergi buka komputer/laptop .. buka power point dan cuba edit guna software yang tak payah berbayar pon.. tak payah nak anta upah sana-sini.. membazir..
 "sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada TuhanNya"
itu belum cerita nak print, tambang interview ke? so pernah dengar DIY? Do it yourself ..meh hakak nak ajar sikit. ayat orang sekarang tutorial.

step 1: setting kan page power point kepada A4
Resume kan selalu buat dalam saiz a4..
bila dah create new blank presentation, 
pilih tab DESIGN (kat belah kiri dalam gambar) ..lepastu cari SLIDE SIZE.. kemudian pilih yang bawah sekali CUSTOM SLIDE SIZE

bila dah klik custom slide size tu, akan keluar paparan seperti dibawah ni.. comel je dalam kotak tu.
klik anak panah kat slide size for tu dari WINDSCREEN kepada A4.. pastu belah kanan tu pastikan POTRAIT.. sebab kita nak A4 tu menegak.. dah kalau melintang pelik plak CV tu.. kot ye pon nak rare.. hahah
ok lepas tu dia akan keluar 2 pilihan ni, pilih maximize, yang pertama tu.. next gambar tu, dah berjaya jadi kan slide tu A4 menegak.. ok senyum sikit sebab step nak jadikan saiz a4 dah berjaya..



step 2: ha bila masuk step dua ni memerlukan daya creativiti..
kalau rasa tak creative sangat. senang je.. pergi cari google..
taip creative CV template.. kalau nak download kat situ lagi senang.. edit je.. klu nak design sendiri jadikan template tu sebagai rujukan... jom jenguk google jap..
lepas google tetibe terberkenan dengan template ni..
ha kan cantik kan kalau dapat cenggini kan?
ok jadikan layout tu blank dulu.
lepastu insert shape yang petak tu.. ha susun tempat lebih kurang sama macam contoh kat atas..
tukar shape fill ikut warna kesukaan kita.
Untuk CV ni guna shape pink ni petak dan bulat aje.. susun exactly ikut dalam contoh kat atas..
perasan tak bentuk bulat tu kita susun je kat hujung petak.. ha..kan dia dah nampak kan? ok sekarang kita cari shape yang untuk letak separa bulat panjang di bawah bulatan tu  pulak

amik shape yang ditunjukkan kat atas ..rotate 90 darjah..lepas tu tarik jadi panjang...
dan kemudian tukar colour jadi kelabu

maka, hasilnya jadi lah seperti ini...
ha banyak kan dah jadi tu... sekarang kita pilih background jadi hitam plak
Step3 isi kandungan
 Bila background da siap..  Insert text box
Dan tulis detail yang sesuai utk letak dlm CV

Step 4
Save as PDF
And tara..  Jd lah CV grafik yg dikehendaki

tapikan kalau dah malas sangat nak fikir nak masuk shape2 ni
pergi je la login canva guna gmail
template semua da ada.. tinggal tukar tulisan aje..



*xpandai eh nak online tutorial bagai ni.. Susah nak tunjuk...  Korang paham ke?  kalau tak faham jugak, pm tepi kita face to face aje belajar. pastu belanja segelas teh ais terbaik. tak mahal kan upah dia. Haha..(rindunya  nak minum teh ais sweet cafe)

2 comments:

Anonymous said...

Terbaikk👍👍👍

Akashah Kassim said...

Skrg google plus xde..
Acc blogger jadi anonymous e

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.