corEtan akAsHah

Sunday, November 15, 2020

Lupa cara untuk bertenang?
November 15, 20200 Comments

Normallah kan ada rencah rasa rindu, sedih, gelisah dan segala kata yang sinonim dengannya dalam hidup kita

Dalam keadaan sekarang, terlalu banyak situasi yang boleh buat emosi seseorang turun naiknya. Ada yang membiarkan diri sendiri yang rasa - pendam sendiri.(ini bahaya sikit sebab takut sampai satu masa, jadi barah dalam diri). Ada pula yang memilih untuk berkongsi. (Tak ada masalah nak share, cuma timbang tara kepada siapa atau tahap mana yang boleh dikongsi). Tak terlepas juga yang cuma melampiaskan rasa tersebut kepada orang lain. (bab ni bahaya, tak ada angin ke hujan terus ribut. Fuh kesian orang sekeliling).

Awak ... 

Kadang kita lupa.

Sebaik-baik amalan yang Allah suka kita buat ialah mengingatiNya. Solat, mengaji, sedekah, doa dan paling mudah berzikir.

Banyak zikir-zikir yang boleh kita amalkan. Semudah zikir Allah pun dah mengingatkan kita kembali kepadaNya.
Berzikir kemudian berdoalah, agar Allah menerima permintaan kita.
Kita boleh memilih mana-mana zikir yang disukai antaranya mengucapkan 
1) tasbih (SubhanAllah),
2) tahmid (Alhamdulillah),
3) takbir (Allahuakbar),
4) tahlil (La ila ha illAllah), istighfar (Astaghfirullah)
 dan lain-lain.

InsyaAllah, kita baca, tulis dan kongsi baik-baik. Bukan sebab kita dah baik tapi perlahan-lahan didik hati kita supaya cintakan kebaikan. 
Amin. 
Doa untuk semua 🤗

Reading Time:

Saturday, November 14, 2020

Tentang kenangan
November 14, 20200 Comments

Culik gambar cantik hasil lens Kak Haryati dengan izin. Lamanya rasa tak menulis panjang dek kesibukan hal yang satu lagi. 

Penat - makan- tidur - gemok

Banyak perkara tertangguh sewaktu PKP muncul menghantui. Siapa aje yang tak terasa, dan akhirnya diri sendiri yang sakit.

Bermakna lama jugalah tak dapat terapi. Jadi kita kena cepat-cepat cari terapi sebelum emosi lain datang silih berganti. 

Sentap - geram - marah - sakit

Macam tulah tak elok sebenarnya emosi-emosi tak sihat beraja dalam diri. Takut gejala-gejala penyakit lain mendekat selalu. 

Lari cepat-cepat!

Tengok gambar cantik terapi

Baca ayat cantik terapi

Tulis cantik-cantik terapi

Belajar benda baru (part ni tak buat lagi)

Orang sebelah kata, kalau nak stress bawa mengaji, zikir, doa banyak-banyak.

Ada yang kata dah lemau tu, bawa-bawa bersukan. Kasi keluar peluh. 

Tak kisahlah macam mana caranya, semoga semuanya bakal kembali normal. 

Jom jaga kesihatan diri, baik dari jasmani atau rohani. InsyaAllah sama-sama kita doa yang terbaik untuk kita semua. 


 

Reading Time:

Friday, November 13, 2020

TABAYYUN - SIASAT SEBELUM SEBAR
November 13, 2020 2 Comments
𝗠𝗮𝘁𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗰𝗮𝗿𝗮
Ini bukan kisah Robin Hood, 
watak ikon itu dengan perwatakan lebih gelap, 
namun kekal menjadi adiwira buat masyarakat tertekan di sebuah bandar yang kacau-bilau.

Begitu juga dalam tindak tanduk dalam kehidupan seharian kita
Penyebaran informasi memang mudah dengan adanya platform media sosial di hujung jari,
Cepat, pantas dan terus sampai.

SAAT ITU BUKAN LAGI RAHSIA ...
Ahh! Tak kira nak cerita juga!
Kisah tentang engkau yang tertindas, tersiksa atau teraniaya
Tindakan melulu mengikut kata hati, 
Akhirnya yang terpendam dapat diluah akhirnya, 
Engkau memilih untuk menggunakan kuasa tular di hujung jari,
Lalu yang engkau rasa cuma puas yang sementara,

Namun cuba renungkan ...
Sejauh mana info yang tersebar
 itu jelas dan telah difahami 
setiap incinya satu persatu.

TABAYYUN - SIASAT SEBELUM SEBAR

Fikir -Saat engkau boleh memilih
platform benar yang terbentang
Lalu engkau pilih yang mudah dan tular

Bukan tak tahu cuma tidak mencuba,
Teliti, tapis dan yang paling penting
Di mana letaknya akhlak kita sebagai hamba-Nya
Tersenyum dengan beribu likes dan komen
Berbangga dengan award trending
Ingatlah ia akan menjadi tanggungan 
suatu yang dipersoal di akhirat kelak
Nauzubillah ...

Dikongsikan pentingnya konsep tabayyun
1) Mencari tahu kebenaran informasi
2) Tidak mudah termakan isu
3) Terhindar dari buruk sangka pada seseorang atau sesuatu kaum
4) Turut serta menjaga suasana yang kondusif di tengah masyarakat

Dari seorang aku,
Yang nyata masih belum sempurna,
Mengingatkan sendiri yang selalu terlupa.

13 November 2020
#CORETANAKASHAH
Reading Time:

Saturday, November 07, 2020

PKPB 4 Minggu sekali lagi
November 07, 20200 Comments

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan selama selama 4 minggu bermula 9 NOV-6 Disember 2020


PKPB di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah dan Labuan secara automatik bersambung lagi 4 minggu.

****

Rekod sini. Hampur tutup seluruh Malaysia. Sekali lagi. 


Allahu ....

Doa baik-baik. Semiga beransur kembali pulih

Reading Time:

Wednesday, October 14, 2020

Words of the month
October 14, 2020 2 Comments

Daripada menyindir, lebih baik menyendiri.

Daripada mengumpat, lebih baik taubat. 

Daripada mengeji, lebih baik mengaji.

Daripada menyoal, lebih baik berdoa. 


Apa yang kita cakap dengan lidah atau tulis, keduanya dirakam dan bakal dihisab di sana. Allah Maha Mengetahui apa yang terkandung dan dirasakan di dalam hati kita, apa yang terlintas di fikiran dan apa sebenarnya yang kita ingin sampaikan. Ingatlah pesanan Nabi SAW, bahawa lidah adalah penyebab utama manusia dicampakkan ke dalam neraka.


Kita sendiri tak boleh bezakan amal kita ikhlas atau tidak. Namun kita terus sahaja buat, buat, buat.. moga daripada amal yang sedikit ada yang betul² ikhlas kerana Allah swt, itulah yang akan menyelamatkan kita daripada Api Neraka Jahannam 😢

######

kata2 dari Ustazah Asma Harun

#UAHMuhasabahDiri

Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.