corEtan akAsHah

Saturday, August 27, 2022

Demo perkhemahan bersama anak-anak yatim baitul husna
August 27, 20220 Comments

Simpan sini rakaman kenangan aktiviti demo perkhemahan bersama anak-anak yatim Baitul Husna, Kuantan 
Alhamdulillah berpeluang menyertai program bersama anak-anak yatim Baitul Husna di Timur Bay, Kuantan anjuran Deyana Hatazad dan timnya.
Selalunya Kashah cuma follow beliau yang aktif melakukan aktiviti breakfast for free setiap Jumaat dan menyantuni anak yatim hanya melalui media sosial. Akhirnya baru berkesempatan bersama. 
Kita bawa geng aje join menyelit. 

Siap ada mandi kolam. Hah kalau tak sakit belakang, dah lama ikut terjun. Jadi hari ini mampu jeling je lah kolam tu. 

Thanks for them moment.
Meriah anak-anaknya.



Reading Time:

Tuesday, August 23, 2022

Skrin meter kabur
August 23, 20220 Comments
Blur ... Kabur!
Ini bukan tuan dia je kena treatment, dengan Veve pun sama. Barulah tak sakit mata.

Kasha sebut skrin meter kabur je, rupa-rupanya nama dia polarizer. 

Haa gasaklah! Asalkan dah tak berkerut- berkerut kening memandang polarizer berkedut-kedut di skrin situ. Rasa nak ambil iron pergi iron skrin di meter tu. Sadis!

Lama sangat bertangguh. Mulanya nak buat kat Johor je sebab katanya kat Ulu Tiram boleh dapat murah dan siap boleh tukar kaler lampu. Tapi balik sana waktu cuti, bengkel pun mesti cuti juga. Sudahnya terkubur je.
Akhirnya jumpa juga iklan repair meter ni di Kuantan.
Repair di Siko Leyley lepas ngah share link FB melalui whatsapp. Ok la lepas wasap tu, kena tunggu giliran juga dalam seminggu gitu sebab beliau buat kerja repair hanya waktu malam. Part time je. 
gambar kredit : FB tukang repair, En. Affendy. 
Harga caj perkhidmatan: RM70.
Ok simpan sini sebagai rujukan di kemudian hari. Alhamdulillah selesai.

Reading Time:

Wednesday, July 13, 2022

Laa itu pun tak tahu
July 13, 20220 Comments

Awak, 

Kadang yang asyik menebar soalan itu kerana memang niatnya yang berkobar ingin tahu, 


Cubalah raikan dengan jawapan, 

Jangan semudah itu memancung niat baiknya dengan ucapan "Laa takkan itu pun tak tahu?"


Andai kita pun tak tahu,

Berilah jawapan yang meredakan jiwa,

Awak tahu itu lebih beerti,


Kesian... 

Letakkan awak andai di kasutnya.  

Di saat semangat membara api tadi padam bersama luluhnya sekeping hati,


Laa itupun nak sentap?

Awak ...  Memang jawabnya pendek tetapi tajam menghiris,

Pedih pada luka paling dalam,


Semangat?

Terkubur bersama semangat yang pernah datang,

Belum lagi berkisah tentang entah ke mana mahu disorok muka ketika itu,

Dek mata-mata yang memerhati,

Seperti diraikan bodoh sedunia,


Lalu perlahan pergi ...

Dan berhenti tanpa peduli lagi,


Awak ...

"Ingat! Entah apa yang dia tahu, belum tentu lagi kita yang kononnya serba tahu ini mengetahuinya. Malu ..." 


Tulis buat peringatan diri sendiri,

Jika bermanfaat buat bacaan, silakan guna sebagai panduan.


Coretan Cikgu Online di malam yang beku,


#AllahMahaTahu

 

-gambar hiasan - bukan tahu tapi popcorn-

Reading Time:

Thursday, July 07, 2022

Seven eleven until seven twenty two
July 07, 20220 Comments

Subhanallah 
Alhamdulillah 
Allahuakbar 

Diam tak diam sudah 11 tahun seorang Akashah menyusun langkah dalam dunia pendidikan TVET. Jadi belanja dia bau bunga. Terapi sangat!

Banyak ilmu dapat diserap,
Tapi kadang-kadang banyak lagi yang perlu hadap,
Banyak pengalaman dapat ditimba,
Namun entah apa yang akan muncul tiba-tiba buat diri ini perlu bersedia?

Tak banyak yang nak diharap,
Semoga platform ini menjadi satu jalan menyebar manfaat sebaiknya,
Kelak nanti mampu menjawab ke mana dan bagaimana usia yang diberi oleh-Nya di dunia.

Buat mereka yang mengenali,
Baik yang lama atau baharu,
Sama-samalah berdoa agar kita istiqomah menjalankan amanah sebagai hamba Allah, anak kepada ibu bapa kita, insan dalam keluarga, agama, bangsa dan negara. 

Doa yang baik-baik
Tulislah yang cantik-cantik
Semoga direzekikan yang terbaik

Coretan Akashah
a.k.a Cikgu Online

I love teaching!




Reading Time:

Tuesday, June 28, 2022

Melepas batok di tangga?
June 28, 20220 Comments

 P0ernah tak terbaca tentang peribahasa bagai melepaskan batuk di tangga? 


Kenapa batuk bukan selsema? Apa kaitannya batuk dengan tangga? 


Sebenarnya ejaannya ialah batok.

Ia merupakan sejenis alat untuk mencedok air diperbuat daripada tempurung kelapa. 


Ia yang diletakkan berhampiran tangga rumah masyarakat Melayu suatu masa dahulu bertujuannya supaya dapat membersihkan kaki sebelum masuk ke rumah. 


Haa dah cedok air, janganlah campak-campak je kat tangga, letaklah elok-elok. Sekejap lagi orang lain pula nak pakai. Begitulah asal-usul peribahasa tersebut. Masih boleh diaplikasi untuk getah paip untuk zaman sekarang kan?


Hmm kalau orang jawa sebut gayung je. Haa senang. Khabarnya ada yang menyebutnya sebagai cetong, cebok dan banyak lagi. Hmm begitulah kita raikan sahaja perbezaan tersebut. 


Maksud peribahasa;

Bagai melepaskan batok di tangga

Orang yang melakukan pekerjaan dengan tidak sempurna atau tidak bersungguh-sungguh. 


Belajar sesuatu?


Lokasi: The Kasturi Resort, Cherating


Maaf ini bukan teknik fotografi yang elok. Apapun terima kasih kepada model lensa Cikgu Online hari in


i, Sadariah Shadariff

Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.