corEtan akAsHah

Wednesday, June 03, 2020

Cara scan dokumen melalui smartphone
June 03, 2020 15 Comments
Kisah PdP & cikgu online ...
Bila work from home macam-macam hal lah jadi. 
  • Bagi online assessment tapi bila dapat balik dari pelajar gambar tak jelas.
  • Kadang-kadang terima perkongsian dokumen tapi tulisan tak nampak
  • Dapat scan dokumen tapi gambar gelap melampau-lampau.

Pernah rasa macam ni?
Kalau ya teruskan membaca entri ini.

Mungkin ramai yang dah tahu, tapi nak share juga sebab boleh kemurungan berterusan kalau dapat dokumen begini.

Jom cuba ...
1. Smartphone kan ada. Install je online scanner ni guna playstore jika anda pengguna android. 


2. Cari Clear Scan. (Rujuk gambar 2). Install.

3. Mulakan snap gambar dengan klik pada simbol camera atau boleh juga klik galeri bila kita nak clear kan dokumen yang orang hantar pada kita melalui whatsapp. (rujuk gambar 3)

4. Lepas siap ambil gambar boleh crop ikut bahagian yang kita nak. 

Yang bestnya, kalau kita snap guna apps ni, kertas berlipat pon hilang tau bekas lipatan dia.

5. Format output.
Ada 2 pilihan. Terpulang.
Simpan sebagai image jpeg
Simpan sebagai pdf


Tak payah weh gigih nak beli scanner macam dulu..



Selamat mencuba

#kashahtutorial
Reading Time:

Tuesday, June 02, 2020

Mengapa kita perlu menulis?
June 02, 2020 19 Comments

Baru-baru ini ,ilmu satu sesi perkongsian ilmu dalam talian telah berlangsung sempena Perkampungan Raya AKADEMI BONDA NOR (ABN). Jadi share sikit antara ahli-ahlinya.

Perkongsian oleh Tuan Ammar Kamilin tentang impak dalam penulisan.

Jom! Kasha kongsikan kandungannya

Semua orang sedang melalui masa lapang dalam getir wabak COVID19. Oleh itu, ramai yang tidak melepaskan peluang menulis dan berkongsi maklumat melalui pelbagai medium media sosial yang tersedia.

Highlight topik yang dibawa
Sewaktu semua orang merebut peluang menulis, pernah tak kita terfikir
'KENAPA KITA MENULIS?' seperti yang ditunjukkan dalam slide dibawah.
Sesi online menggunakan zoom.

Ada tulisan tular padat dengan manfaatnya. Topik yang biasa menjadi pilihan pembaca seperti

1. 𝙆𝙚𝙡𝙪𝙖𝙧𝙜𝙖
 - Buktinya sehingga wujudnya page khas kisah rumahtangga KRT
- Sepanjang PKP, topik keluarga sangat banyak dibicarakan memandangkan #stayathome banyak memberi peluang menjalankan aktiviti bersama 
- Antara page pilihan popular Masak Apa Tak Jadi sehingga jadi sebutan dalam teks sidang media Perdana Menteri.

2. 𝙋𝙚𝙧𝙨𝙖𝙝𝙖𝙗𝙖𝙩𝙖𝙣
 - Sangat dekat dengan setiap individu dan pertalian dengan rakan-rakan, jiran tetangga, dan teman sepejabat.

3. 𝙋𝙚𝙧𝙝𝙪𝙗𝙪𝙣𝙜𝙖𝙣
 - status facebook pun ada pilihan single, married, enggaged, it's complicated menunjukkan fakta ini main peranan penting dalam hidup

4. 𝙆𝙚𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥𝙖𝙣
- norma baharu, segalanya berlangsung dalam talian.  
- Terpisah oleh jarak di pagi syawal dapat dirapatkan dengan video call, dan video conference.
- Malah medium pendidikan juga mula digunakan lebih meluas oleh segenap lapisan umur.
- Bekerja dari rumah turut menuntut individu untuk menggunakan aplikasi dalam talian bagi menyelesaikan tugas.

5. 𝙋𝙚𝙧𝙚𝙢𝙥𝙪𝙖𝙣
- Ahaa ... Sehalus perkara seperti kerongsang yang tidak pernah cukup pun boleh menjadi topik hangat dan ribuan komen tau!
- Tak percaya? Cubalah lihat, berapa ramai yang komen membahaskan topik walau cuma sekadar emoticon.

Kesimpulannya, pilihan ada di tangan masing-masing berkongsi maklumat. Oleh itu, berhati-hatilah agar jangan ada yang terluka dan mewujudkan anxiety disorder. 

Malah perkongsian maklumat yang salah bakal mewujudkan suasana yang tidak aman dalam musibah COVID19.

Semua orang bergelut ketika ini. Jom kita perbetulkan niat, tenangkan minda dan selalu berfikiran positif. Insya-Allah, jangan lupa panjangkan doa, lama kelamaan hilang semua rasa dan kegusaran dalam jiwa. 

Kita jaga kita.




Oleh
Akashah Kassim

#coretanakashah
#mengapamenulis
Reading Time:

Monday, June 01, 2020

Bil TNB melambung?
June 01, 2020 23 Comments

Dah semak bil TNB tak?
Ya sepanjang PKP bil elektrik boleh disemak melalui online. (Itu ramai dah tahu rasanya)
melalui link ini
https://myaccount.mytnb.com.my/Payment/QuickPay/
Cuma nak kongsi pada semua...

Perkara yang Kasha baru tahu semalam bahawa  kita boleh tengok  nilai yang dipaparkan itu di caj samada atas anggaran (estimated) atau sebenar (actual).

Macam mana nak tengok?
Cuma tekan di bar mengikut bulan dan paparan jumlah estimate atau actual akan keluar.

Cuma nak tanya 
"Korang dah terkejut belum tengok jumlah bulan Mei tu?" Kalau belum, jom terkejut berjemaah. 

Tapi kenapa nak terkejut?
Haha nilai caj fully stay at home.  Memang bergandalah dari nilai yang dua bulan sebelum ini. 

Rasa tak puas hati?
Lama kita fikir dan discuss dengan hakak kaunter tnb tak rasmi tetap dan berpencen tu baru rasa masuk akal. Terima kasih Salina Sipellizan sudi layan kita yang agak blur dengan kaedah pengiraan tu. 

Sebenarnya dia suruh tonton penerangan masa 7.45pm ,28 Mei tapi bila kita ada kaunter interaktif dan mesra, malas pulak nak mengadap video.

Nak tengok video tu?
Tonton di sini untuk ringkasan
https://www.facebook.com/167047123315520/posts/3237259709627564/
Atau sini full video
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=271482017559154&id=167047123315520

Dari video tu, katanya boleh bayar ansuran sampai Disember khasnya yang bilnya sudah mencecah 4 angka.
*****
Hasil perbincangan, kesimpulannya
(Tolong baca slow-slow sebab melibatkan ayat yang macam berbelit-belit. Bismillahirrahmanirrahim)

Dari bil tersebut,
Bulan 3 dan 4 adalah jumlah anggaran berdasarkan bulan 2. Jadi,  kalau kita cuba klik pada graf tu die paparkan label estimate. Akan jadi lebih rendah dari biasa. (masa ni senyum dan senyap aje)

Yang buat kita terkejut berjemaah sekarang ni bila jumlah paparan bulan Mei melambung. 68 tu untuk penggunaan berdua, yang duduk berkeluarga tak dapat bayang macam mana. 

Bertabahlah ...

Keadaan ini berlaku apabila pada bulan 5, dia dah mula caj bil actual. Maknanya pegawai TNB dah mula datang rumah tengok meter. 

Jadi bil bulan 5 yang banyak tu adalah bersamaan dengan nilai bil bulan 5 termasuk bil bulan 3 dan 4 yang lebih dari anggaran dia. Alah masa kita senyum dan senyap tu.

Tempoh tersebut merupakan jangkamasa kita duduk sepenuhnya diam-diam di rumah. Logik tarif naik.

Ok la sekian analisis yang telah dibuat. Hadap je lah. Itu tiada penghawa dingin tau. Kalau ada, berterbanganlah segala duit kertas tu. 

Sambil tunggu bil bulan depan dia nak tolak diskaun pakej ransangan ekonomi 2% tu.


#coretanakashah
Reading Time:

Sunday, May 31, 2020

SOALAN LAZIM KELAS DALAM TALIAN
May 31, 2020 15 Comments

Alhamdulillah, dah seminggu pun kita berada dalam bulan Syawal. Mood bekerja dah mula sampai bagi yang bekerja hari ahad.
Masanya dah sampai walau tahap malas engkau setinggi gunung. Jalan terus! -Akashah Kassim- 
Bila mood dah sampai, banyak kali dapat soalan sama dari rakan sejawat berkenaan online class. Yelah bagi politeknik, pengajian akan bermula bulan Julai ini dan sesetengah pelajar dari pengajian akan dilakukan secara online khas bagi kursus teori sahaja. Manakala praktikal akan berlaku secara face to face seperti biasa. Untuk lebih lanjut, tunggu kenyataan media dari Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti beberapa hari lagi.
 

Jadi sebagai cikgu online, kita jadi kaunter pertanyaan jap. Tak arif  tapi ada input boleh dikongsikan bersama.

KELAS DALAM TALIAN @  ONLINE CLASS
Nak tanya ni, 
1. Kasha selalu buat online class guna apa ya?
2. Antara yang banyak-banyak medium online tu, mana yang paling mudah digunakan? Nak cari kaedah yang mudah dan user friendly
3. Pc di pejabat dan di rumah tu tiada kamera, jadi boleh cadangkan nak beli apps apa untuk guna bagi online class. Lebih-lebih lagi untuk nak mudah adjust2 kamera utk tunjuk jalan kira ke?


pening mikirnya😔😔

Jawapan
SOALAN 1
1. Untuk alat yang digunakan, biasanya Kasha guna dua ni je. Laptop dan smartphone. 

Tambahan accessories untuk nampak lebih pro ialah 
- lampu bagi lighting visual cantik, terang dan jelas
- microphone. Penting bagi audio yang jelas. Sekurang-kurangnya earphone yang biasanya kita dapat masa beli smartphone sudah memadai. Kalau ada bajet lebih beli la external microphone untuk audio lebih berkualiti.
- Meja khas untuk meletakkan laptop dan alat tulis. Meja tu elok untuk  diselaraskan paras mata kita dengan kamera laptop
- Green screen untuk tukar visual camera background. Nanti takde lah Serabur background bersepah kat rumah
Ini contoh visual background pink yanh kasha guna. Tak guna pon green screen tapi cuma perlukan dinding warna plain.

- Tripod atau pemegang smartphone. Tujuan dia supaya camera kita stabil dan elak scene camera jatuh. Sudahnya kemurungan sebab screen pecah sewaktu live.


SOALAN 2
2. Medium online
Bagi perlaksanaan penilaian bergantung la kesesuaian

a)portal online institusi
- gunakan sahaja platform ipt yang dah tersedia. Kalau politeknik, dia ada CIDOS. Gunakan sahaja semua aktiviti yang ada dalam tu.
- beri instruction, nota, video, quiz dan sebagainya menggunakan medium tersebut.
- Pensyarah dan pelajar dah biasa cuma kadang tersekat sedikit oleh limit data capaian. Boleh kemurungan khasnya bila semua user politeknik login pada tempoh masa yang sama. Haha

b) Google classroom

- Bila kita ada account google, boleh la linkkan dengan google classroom ni.
- boleh simpan nota, bagi arahan dan sebagainya.
- perasan cikgu sekolah banyak guna platform ni 
- cuma gunakan lah akaun gmail khas untuk ni, sebab limit kapasiti bagi 1 account cuma 15Gb. Kalau nak beli la google suite. Kapasiti lebih tinggi.
- ha google ada 1 apps lagi untuk live conferences iaitu google meet. Cuma macam tadi limit penggunaan nya hanya pada trial 7 hari.

c) Padlet.com

- konsep dia macam whiteboard tapi lebih interaktif
- sesuai untuk tugasan forum yang mana kita perlukan pelajar untuk bagi respon bagi sesuatu topik.
- pensyarah dan pelajar boleh upload dokumen dan apa sahaja sumber dalam padlet termasuk video, pdf, external link
- pelajar juga boleh komen posting pelajar lain. Lebih kurang kat facebook la, boleh like, comment, emoji gitu.
- Kasha pernah tulis berkenaan padlet ni di http://akashahkassim.blogspot.com/2018/02/padlet-class.html?m=1

d) Kahoot -
- sesuai untuk buat quiz online
- biasa buat live kan dalam kelas tapi ramai yang tak perasan kita boleh setting buat as homework.
- cara bina soalan kahoot, kasha pernah rakamkan dalam youtube di link ini
https://youtu.be/Y72BYx5AmIg

3. Telegram
- ini pon boleh khasnya untuk video submission atau file bersaiz besar.
- nak bagi info pon boleh sebagai reminder.
- cuma bila kita guna apps ni, bersedia untuk data tersimpan dalam smartphone.
- ya memang semua tu tak terpapar dalam galeri sebenarnya dia akan tersimpan dalam file manager. Jadi smartphone akan jadi slow dipenuhi video dan media file lain.
- Jangan kemurungan sudah.

4. Closed group facebook / instagram
- ni boleh buat live, simpan nota
- sesuai untuk khas by class subjek 
- Ig live tu elok lah sebab student memang suka media sosial yang satu ini 
- ye la, account facebook ni untuk orang-orang tua katanya. Hahah 
#seadanyakuterima

5. Live conference
Ada banyak cara untuk buat live conference mengikut kesesuaian. Sesuai untuk buat presentation
- zoom 
- microsoft team
- webex
- big blue button (ini dah ada dalam cidos activity)
- dan banyak lagi

Masa awal-awal PKP ramai sangat guna zoom ni sehingga ada isu security apabila sign-up menggunakan facebook. Google je isu zoom ni mesti ada.

Tapi sebenarnya semua apps yang kita guna ada potensi untuk diceroboh sebab kita dah allow dia buka kamera, galeri dan sebagainya semasa memulakan penggunaan.

Jadi apa-apa sahaja penggunaan, boleh gunakan tips ini
1) sign-up menggunakan email bukan akaun media sosial
2) klik button log out sebaik tamat penggunakan
3) baca setiap apa yang kita nak klik tu betul-betul. 
4) jika anda admin, approve hanya orang yang dikenali sahaja untuk masuk ke dalam meeting room.
5) kalau ada laptop, gunalah software laptop.

Tambahan bagi penggunaan web apps
Jangan lupa clear cache history dan tickkan password lebih-lebih lagi bila menggunakan device orang lain.

SOALAN 3
untuk PC yang tak ada kamera, boleh beli external web cam untuk dipasangkan bersama pc tersebut.

Banyak je dekat online ada serendah rm30 tapi kalau tak pandai guna baik terus beli di kedai.  Orang kedai boleh ajar cara guna dan kalau ada kerosakan boleh terus ganti.

Ok, banyak sebenarnya apps dan tips online class ni. Boleh jadi novel kalau tulis semua. Mungkin ada yang nak tambah boleh komen di bawah untuk sama-sama kita kongsi.

Sini senarai online tools lain yang boleh guna
1. Google form (jawab survey, buat soalan) 
Lihat sini http://akashahkassim.blogspot.com/2019/06/jom-urus-order-guna-google-form.html?m=1
2. Anyflip - jadikan pdf seperti majalah boleh selak
3. Qr code - buku program
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221918524540172&id=1470930482

Ok itu sahaja. Rasanya dah panjang entri hari ini.Terima kasih sudi singgah



Reading Time:

Wednesday, May 27, 2020

Salam Aidilfitri 2020
May 27, 2020 2 Comments

Lebaran kali ini 
tidak serupa seperti sebelumnya
Malah Ramadhan kita 
yang baru lepas juga berbeza dirasa

Saban hari
Satu demi satu nikmat 
yang biasa kita amalkan mula ditarik
Puluhan larangan 
mula di bangunkan 
Antara paksa atau rela
Keresahan bercambah 
kebanjiran statistik dan fakta 
kematian merundung kesedihan
tersiar di kaca televisyen 
bukan lagi perkara mengejutkan

Ah! 
Penuh ...
Biar beribu pun kisahnya
Baik dalam tangis dan tawa
Pahit ... Perit yang dirasa
Kerana rindu ini bukan sedikit
 Apalagi mahu di buat-buat

Tapi
perlu diingat yang rasa ini
Bukan cuma kita sahaja yang rasa
Betapa ramai yang terluka
Malah ribuan barisan hadapan
Berkorban dan merindui keluarga
Demi kesejahteraan berjuta nyawa

Namun bila tiba saatnya
Seia sekata
Hari kemenangan tetap kita raikan
Saat Ramadhan berlalu 
Syawal mula mengganti tempatnya

 Walau apa apa terjadi
💓Tunggu dan bersabarlah
Doa dipanjatkan- Jangan pernah berhenti
Semoga ada yang baik menanti kita.💓

Percaya
Moga ada cahaya bila waktunya tiba
Yang pasti
Kekallah di rumah
Kekal selamat dan
Kita jaga kita


nukilan
Akashah Kassim
Mengharap Covid19 berlalu pergi
Dan jangan pandai datang lagi.

__________
Salam Aidilfitri diucapkan
Dengan rasa rendah diri, mohon diampunkan segala kesilapan baik sengaja mahupun tidak sepanjang perkenalan.

Maaf atas apa yang tertulis di blog ini atau lain-lain medium. 
Maaf juga jika ada ada yang buat jiwa terusik atau adakala menjengkelkan.

Sekalung penghargaan buat yang sudi membaca tulisan seorang Akashah Kassim baik di media elektronik mahupun buku Seadanya Kuterima, Relakslah! Dan Bahagia tanpa Syarat.

Terima kasih atas ukhuwah yang terjalin sepanjang perkenalan baik secara langsung mahupun cuma di alam maya.


Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.