corEtan akAsHah

Sunday, August 04, 2019

Bukannya Kuat Sangat Kita Ni
August 04, 2019 2 Comments
Bukannya kuat sangat kita ni. Kita sedih, kita kecewa, kita marah, kita menangis. Biasa! Sebab kita manusia biasa.
.

Tapi apa yang boleh menghalang kita daripada terus bangun setiap hari, mandi, makan, solat, bekerja dan meneruskan segala rutin harian seperti biasa?
.

Tak ada pilihan! Kita akur saja menyeret luka yang masih berdarah menjejes ke tanah. Kita pura-pura tidak nampak parut semalam yang sudah kering lukanya tetapi ngilunya masih terasa.
.

Kita ketap bibir kuat-kuat sambil cuba melangkah lagi penuh semangat.
.

Bukan sebab kita hebat. Tapi sebab kita ada iman. Sebab kita penuh percaya bahawa kematian bukanlah penamat segala kedukaan. Kita tahu bahawa sebaik sahaja mati, kita bahkan mungkin berdepan dengan sesuatu yang lebih dahsyat daripada ini.
.

Dengan amalan kita, dengan dosa-dosa kita selama hidup di dunia, kita pun tahu apa yang mungkin menanti di alam sana. Ngeri!
.
Sebab tu kita terus bertahan hari ini. Bukan sebab kita kuat, bukan sebab kita tabah dan bukan sebab kita hebat. Tapi sebab iman. Sebab rasa percaya pada Tuhan. Pada pembalasan!
.
Justeru hari ini, kita bangkit dan berjuang lagi. Mencari-cari apa yang boleh kita sumbatkan ke dalam lohong dosa itu agar tidak lagi berbau. Mencari-cari bunga pahala paling harum di dunia untuk menjadi tiket masuk kita ke sana. Ke syurga. Selagi bernyawa, kita terus mahu perjuangkannya! .

#BondaNor

Copy paste dari facebook Bonda Nor
Reading Time:

Saturday, July 20, 2019

Seadanya Kuterima @Tamu Hotel & Suites KL
July 20, 20190 Comments
Alhamdulillah.. Diberi rezeki bercuti 3hari 2malam (baca bekerja sambil duduk hotel cantik) di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur. Ketinggian hotel sehingga paras 27 membuatkan hakak tidak melepaskan peluang untuk bergambar cantik-cantik disini. Hari-hari usha kat mana boleh pose buku kesayangan.
TQ sudi dapatkan buku kasha kepada Dr. nurul, Salina, Mazlina
Background belakang ini dining hal- breakfast, lunch dan dinner di aras 27.. Feeling-feelinglah makan sambil pandang cermin sebelah nampak menara landmark ibu negara. Pasti setiap kali tu jugak nak duduk tepi tingkap. 
Dalam hati pula terfikir
"eh kenapa aku sorang je ke yang excited.nape orang lain macam tak teruja pon?" abaikan kasha. Bagus juga takde la penuh seat tepi tingkap.
TQ juga kepada Norli yang turut sudi mendapatkan buku kasha
Ini pulak di aras 14, sebelah bilik seminar. Bila pk10 pagi, 4.30 petang dan 10.30 malam dapatlah lepak sini sambil minum air panas. Haish penat-penat menghadap laptop keyin koding..nampak kolam rasa nak berenang aje. 
"aduhai nape ko tak bawa baju renang?" tengok aje lah.
Sebenarnya kolam dia macam S Shape.. Ada  ruang tersorok sikit. Amik gambar pon cantik kat kolam. 

Ini berada di bilik seminar  aras 14. Dari pagi bawa ke malam. Habis kerja, kena lah selfie jap ngan buku. Kasi up mood sikit. 
Keje tak pernah habis, kan?
Ini view dari meja makan, aras 27. Sambil tunggu makanan siap. Kita selfiekan buku. Tapi tak dapat area terang.. Camera kita tak canggih.
Sebenarnya cita-cita nak bawa je buku ini kemana-mana. nanti bila orang tanya, tadaa. Ada je ni ha.. Gitu..
Itupon belajar dari rakan penulis yang sentiasa standby buku dalam bonet kereta. so hakak follow je lah. Setiap kali outstation mesti nak bawa sekeping dua.
Menginap di aras 16. Itupon naik lift rasa goyang juga. 1st Day pon kejap2 rasa puyeng aje kepala. "jakon" sangat rasanya duduk tinggi-tinggi ni.
Tak dapat swimming, posing pon jadiklah
Sebenarnya bangunan hotel ni ada sampai level 40. Ada sky lounge kat level 40. Wah bestnga. Tapi minimum price die pon dah tahap 4 angka.. Hakak berangan sampai tingkat 27 je la. Itupon JPPKK belanja. Fuh berpeluh tengok harga dia.
Anyway siapa yang nak stay sini. Government rate untuk sebilik ialah RM220. Boleh lah layan sambil tengok view kota raya.
Cantik ke viewnya? Tak cantik sangat. Sebab ada pencemaran bangunan tak siap. Bangunan sape tu? Opps no komen.
Kan.. Jadi bangunan jagung tak nampak penuh. Pengalaman yang tak best bila call grab kat area KL ni. Demand wei. Grab driver cancel trip sampai 2x. Lain macam grab kotaraya. Hahah. Tak pernah lagi experience macam ni kat tempat lain.
Reading Time:
Kisah belajar online dan berjaya amal
July 20, 2019 2 Comments
  
Alhamdulillah, harini ini Kashah terima 1 notification di media sosial tentang kejayaan seorang rakan FB/penulis hasil tutorial online yang kasha pernah post.  Mungkin ada pihak yang berasa 'quite annoying' 
"apalah yang ko sibuk posting kat facebook setiap hari tu kasha? Nak glamorlah tu?"
Taklah bukan macam tu. Bila kita pandai buat sesuatu, kita share dengan orang lain. Nak ajar face to face macam lama je lagi kan? Jadi kita share secara online. 
"benda mudah wak, buat apa susah-susah?"
Kata industri 4.0. Benda mudah pon kadang-kadang membantu orang yang benar-benar memerlukan macam kisah di bawah.
Boleh klik link bawah ni untuk proceed tutorial di facebook 
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10219630196413399&id=1470930482
Atau ke 
entri kasha sebelum ni pasal macam mana urus online order guna google form

 Cik Pae. Cik pae, kasha pon tak sempat buatkan time tu nak hulurkan pertolongan. Sebab dah start masuk kelas. Yang boleh bagi link tutorial. 😊😊
Taklah buta IT.. Rabun sikit aje.. Dah dapat rentak cantik je dah tu.
Part sabar tu, ok je kalau tanya bab yang kasha tau. Kalau bab yang kasha tak tahu.. Mungkin sama-sama lah kita berpeluh nak jawab. 
Alhamdulillah syukur dan bahagia rasanya bila kita buat tutorial dapat beri manfaat pada orang lain. Yang penting faham dan dapat buat. Mungkin dalam sistem pembelajaran formal kejaan pelajaran atas ukuran gred. Tapi kasha selalu ingatkan student, kalau skill @ outcome yang diajar dapat sampai dan diamalkan itu lebih bermakna. Secara tak langsung akan effect pada gred kan? 

Tahniah cik Pae.. Saya bangga dengan awak! Semoga perkongsian ini memberi semangat kepada orang lain pula untuk belajar online. Memang tak mudah belajar secara online ni. Tapi perlu ada semangat. InsyaAllah dipermudahkan

.
Reading Time:

Sunday, June 16, 2019

JOM URUS ORDER GUNA GOOGLE FORM
June 16, 20190 Comments
Bila dah start guna google form untuk terima order buku. ada yang bertanya, macam mana buat tu? Kasha biasalah bila mood rajin datang, duduk diam-diam dalam bilik. buatlah tutorial kejap.
Nak tau macam mana?

Reading Time:

Sunday, June 09, 2019

Salam Lebaran Salam Kemaafan
June 09, 2019 2 Comments
Assalammualaikum
Alhamdulillah.. Taqabballahu minkum
Kita diizinkan Allah menyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Syukur dapat diberi nikmat menjalani ibadah rukun islam ketiga dengan aman dan tanpa halangan dan kezaliman di negara kita. Doakan semoga keamanan dan kesejahteraan ini berkekalan sentiasa amin.
Tuan/puan, Cik/Encik, 
rakan-rakan blogger, semua pembaca
Samada tersesat ke blog ini 
atau sedang mencari info disini,

Sempena bulan kemuliaan ini, saya Akashah Kassim menyusun jari sepuluh memohon kemaafan andai ada
* Hati 💔 terluka kerana penulisan sepanjang membaca blog ini.
* Bersedih 😭 hanya kerana tutur bicara yang terlepas dengan sengaja atau tidak.
* Menjadi mangsa keadaan🚫 dek salah sangka yang berpanjangan.
* Merajuk hati  💜 membawa diri kerana apa sahaja alasannya.
Kerana Kasha memang banyak kelemahannya. Bila menulis, ikut hati 
Kadang terlupa ada yang terasa
Bila bersuara, asal sampai
Tanpa sedar, ada yang memendam rasa
Bila bertindak, tak fikir panjang
Tiba-tiba, ada yang tersiksa
Mohon maafkan saya
Sebagai insan biasa
Sering tersalah sangka
Terlepas kata, terlajak tingkah
Tak sedar langkah
 InsyaAllah sama-sama kita perbaiki diri dan cara penulisan yang lebih bermakna untuk bekalan di akhirat nanti. 
Semoga amalan kita semua diterima dan direzekikan bertemu Ramadan yang akan datang.
Amin..
Syawal pertama sebagai penulis
Alhamdulillah, akhir tahun 2018 menemukan green button menyambung cita-cita suatu ketika dahulu bergelar seorang penulis.
4 Mei 2019, buku seadanya kuterima telah dilancarkan di UPM Serdang oleh Pengarah Perpustakaan Negara bersama 214 penulis yang lain.
kasha menulis bab ke3 dalam siri Muhasabah diri, Seadanya Kuterima berjudul "Sabar Tahap Tinggi". Ada yang dah boleh meneka apa yang kasha tulis dalam tu apabila sampul raya diedarkan. 
Bila ujian datang.. nak menangis meratapi atau nak kuatkan hati gagahkan diri..Engkau yang boleh pilih sendiri..tanpa perlu syarat atas diri.. 
Cuma masih berdebar menanti reaksi pembaca sebab ia merupakan kisah benar yang diubah dibahagian tertentu bagi menjaga aib tapi masih dalam cerita yang sama. Entahlah..doa yang baik-baik.
Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya ada yang mampu mengembalikan mood berada diperantauan. 
Kepada yang berminat, boleh dapatkan buku ini di cawangan Buku Popular dengan harga RM20 sebuah atau pm tepi je kasha untuk buku bersama tandatangan😂.  (walaupon sign tak cantik😅)
Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.