Puisi lebaran 2022 - corEtan akAsHah

Wednesday, April 27, 2022

Puisi lebaran 2022



Alhamdulillah ... Simpan sini puisi lebaran tahun ini. Jemput baca.


Mungkin kali ini tiada lagi dendangan murung,

Ratap duka tak berpenghujung,

Terlepas bebas berkurung,


Cuma ...

Kadang terbit rasa berkira -kira,

Andai tamu yang ini pergi,

Mungkinkah bisa bertemu lagi?


Atau mungkin juga,

Kita bersama menahan gerakan rembulan,

Agar tenangnya dalam kepungan Ramadan dapat dirasakan berpanjangan,

Mahu masa diberhentikan,

Supaya sentiasa dalam keberkatan,


Hakikatnya,

Kita cuma seorang insan,

Sampai masa hari berganti bulan,

Takbir Syawal mula didendangkan,

Tanda kemenangan umat islam!


Indahnya,

Saat ucapan dan senyuman bergantian,

Sebagai tanda kemaafan,

Terpancar sinar kegembiraan,

Syukur! 


Cuma ...

Jangan kita lupa,

Saat kita melangkah,

Di satu sudut sana,

Ada yang berterusan kelaparan,

Masih ada insan berjuang,

Bagi meneruskan kehidupan,


Jadi,

Selagi dengan sisa yang berbaki,

Sisihkanlah sedikit yang betul-betul memerlukan,

Jadikan sedekah Ramadan bermakna menanti Syawal bakal menjelma,

Semoga mendapat redhaNya,

Insya-Allah ...


#coretanakashah

#puisilebaran

#senipeluahan

#bengkelpenulisanbondanor



No comments:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.