Selesai sudah siri kedua, Webinar Teknik Mudah Menjadi Kreatif anjuran Politeknik Sultan Idris Shah.
Surat jemputan seawal 17 Ogos, kemain rupa-rupanya sudah dua bulan lamanya.
Hehe banyak-banyak gambar, urusetia berkenan gambar pegang buku tu. Eh, lupa yang sebenarnya memang tak banyak gambar seorang. Baru kusedar, masih tiada gambar posing untuk poster.
'Alamak! Baru pukul 10 pagi? Rasanya sudah habis intipati perkongsian untuk slot kali ini,' detik hati sambil menjeling jam di komputer.
"Okay, rasanya kita boleh rehat 10 minit untuk slot selanjutnya," terpacul ayat tanda tidak mahu mengalah.
Ini bagi sedikit inspirasi buat peserta tentang kebaikan menyebar manfaat.
Kali ini ada e-book, mudahlah sikit beri penjelasan dengan rujukan.
Waktu rehat, penganjur pasang lagu best promosi Kuantan.
Percayakah kalau cikgu online diberi slot berkaitan online boleh selesai dalam satu jam?
Semasa rehat 10 minit, ligat kepala berfikir menyusun semula apa yang perlu untuk memenuhi keperluan dan kandungan kursus supaya dapat dimanfaatkan untuk masa berbaki dua jam lagi.
Selesai sejam slot perkongsian dengan sharing screen di komputer, sesi kedua cikgu online mula beralih ke sharing screen di smartphone pula.
Haa buat apa pula?
Smartphone yang canggih tiada maknanya andai manfaatnya tidak digunakan sepenuhnya. Jadi beberapa aplikasi diperkenalkan dalam menghasilkan bahan digital yang kreatif kepada peserta.
Banyak aplikasi tertera di skrin smartphone. Tinggal pada kita sendiri mahu mencuba atau tidak. Antara yang sempat dikongsi penggunaanya ialah aplikasi Picsart, Canva, dan Capcut.
1) Rajinkan diri untuk meneroka fungsi setiap button dalam aplikasi.
Hasilnya akan memudahkan kita dan menampakkan effect yang lebih menarik.
2) Visual dan audio adalah elemen penting dalam penghasilan video.
Kedua-duanya berperanan dalam menjadikan video lebih bermakna. Jadi bantuan alat bantu seperti sistem pencahayaan dan sistem audio yang baik perlu dalam menghasilkan video yang berkualiti.
3) Teknik pergerakan kamera, angle kamera
Rajinkan diri follow tutorial dalam mana-mana platform media sosial. Contohnya belajar cepat dan mudah difahami melalui perkongsian percuma yang ada di Tik Tok.
Begitulah berakhirnya tiga jam perkongsian cikgu online dalam teknik mudah menjadi kreatif 2.0 bersama pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan, Politeknik Sultan Idris Shah.
No comments:
Post a Comment