Sejenis kerinduan yang tidak bernokhtah - corEtan akAsHah

Thursday, August 13, 2020

Sejenis kerinduan yang tidak bernokhtah

Bismillahirrahmanirrahim ...

CORETAN AKASHAH - Rindu menulis bebas tanpa tema tanpa batas.  Tulis sahaja apa yang terlintas. Memuntahkan segala-galanya ... 


Ya. Memang puas! Aku boleh tersenyum lebar melayan nafsu amarah yang memberontak. Button publish ditekan semahunya akhirnya cerita tersebut dicanang kepada segenap penghuni di alam maya.

Waktu itu, bakal ada pihak yang makan hati. Silap langkah kata-kata menjadi bukti dan akhirnya memakan diri sendiri.

Pada diri ini, telah dititipkan pesanan dari guru - 

Menulis bukan medan membalas dendam. Penulis punya tanggungjawab terhadap tulisannya sendiri. (Bonda Nor)

Fikir dan renungkan ...

Andai tulisan itu merupakan kalam akhir yang aku coretkan, itukah yang nak dipahatkan sebagai kenangan waktu roh dan jasad berpisah menghadap Ilahi?

Seberapa banyak pula nak dikira andai itulah coretan yang mendapat paling banyak reaksi dan perkongsian. Nampak cantik pada trafiknya namun rupa-rupanya cuma mengurangkan bekal pahala dan berbakul-bakul dosa dikutip atasnya.

Pesan pada diri

Pesan pada hati

Pesan pada jari

Semoga pada setiap yang disampaikan adalah bermanfaat kepada orang lain. Disebarkan dan menjadi bekalan saat diri tidak lagi boleh menyumbang amal dan bakti.

Dari seorang Akashah

Yang menulis sebagai terapi diri

Yang mengharap bukan pencetus benci



2 comments:

norhidana said...

terima kasih atas ingatan

Akashah Kassim said...

Sama-sama kak norhidana.

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.