KLCC BURGER TIKAM
"Eh! Ni sejenis viral ni. Hahah"
" Order! Order! Kashah nak amik gambar. Kashah nak order nasi." Begitulah sejenis tak rasa puas kalau tak makan nasi. Tekak nak cari nasi juga sehari.
Harga berbaloi
Harga RM15. Nak bagi bayangan ketinggian burger ni, kalau duduk tu, setinggi paras kepala juga lah.
Tak jatuh pula burger tu
Boleh dikira 5 kali burger biasa disusun menaik dan dicucuk pada sebatang besi. Sebab tulah dia sebut tikam kot. Jadinya stabillah kedudukan burger tu.
Ada salad, tomato daging, ayam, sosej, mayonis disusun berselang-seli. Makan berempat pun tak habis sebab yang lagi 3 orang dah melayan nasi goreng. Rasanya kalau budak laju je ni.
Kesimpulannya, recommended. Bolehlah singgah kalau lalu Chalok. Sebenarnya Kashah waktu ni dari Kota Bharu menuju ke Kuantan, jadi singgah makan malam. Perut dah lapar betul time tu.
Gambar gelap sikit sebab waktu tu dah senja.
Ooh ada lagi satu menu yang sedap dilayan. Sotong goreng tepung dia. Berbaloi makan walaupun alergik. Gatal lepas tu pun tak apa. Tapi murah je RM7 dapat seekor sotong. Ingatkan yang potong kecik-kecik tu je.
"Fuh! Mujurlah jauh. Kalau tak, mahu kita ni mengulang selalu kat kedai ni. Huhu"
Alhamdulillah... Rezeki hari ini.
Makan berempat. 3nasi goreng, 1burger klcc, air buah 1, nescafe ais dan 2 air suam. RM60.
Layanlah sekejap lepas 8jam menghadap kursus sistem iFRP di Politeknik Kota Bharu Kelantan.
Sila ke fb kedai tersebut
https://www.facebook.com/DNORA-Seafood-1429875423802115/
DNORA Seafood
Kampung Chalok Kedai,
Setiu, Terengganu
5 comments:
Ingatkan di bangi. Murah Rm60 utk 1 family
wahh ni kalau i is makan ni mau kenyang sampainesok... sedap nya...tengok pun dah teiur...nak try lah nanti
Tudiaaa tingginya burger.
Oh my sedapnya burger dia tgk. Tinghi pulak tu.. Puas makan
Lapar burger la plak
Post a Comment