Macam mana nak ambil gambar cantik?
Meh Kasha kongsi teknik santai
Teknik Klik sekali sambil duduk menunggu servis kereta pon boleh. Gunakan ruang yang ada depan kita.
Kebetulan ada meja hitam dekat Service Centre ni. Cantik lah buat sign buku untuk di poskan kepada yang nak membeli.
Baiklah kita mula langkah-langkahnya.
1. Kosongkan meja dihadapan kita. Kebetulan meja plain hitam. Lagi mudah kerja. Jadi kasha alih air teh tu ke tepi dulu.
2. Nak nampak kelainan?
Sengetkan sikit objek yang kita nak klik tu. Kadang lagi bersepah lagi menarik. Kreativiti penting tak tak perlu belajar beria. Kaedah cuba jaya sahaja.
Tips Tambahan
Kalau ada cermin mata ke atau bunga atau pen bolehlah jadi hiasan
3.Rajin edit?
Kasha suka gunakan apps picsart. Untuk android phone free download di playstore.
Tips tambahan
Tambah tulisan. Cikgu lokman al harraz ada kongsikan tips, bila tambah tulisan bahagian nama kita gunakan tulisan format lain. Baru nampak highlight sikit
4. Dah siap ...
Simpe dan menarik kan? Kalau menyunting dan mengambil gambar boleh buat kita ralit buat perkara positif dari membawang dalam hati, apa salahnya. Hehe.
Selamat mencuba
#kashatutorial
Saturday, February 29, 2020
Cara tangkap gambar cantik untuk promosi buku/produk
kashagrafik
Labels:
gambar cantik,
kashabuku,
kashagrafik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment