Perangi Hati - corEtan akAsHah

Saturday, February 15, 2020

Perangi Hati


Buat sahabat ...
Kadang fikiran yang menuduh melulu
Sudahnya menyangka yang bukan-bukan ibarat peluru
Bermati-matian memburu

Ya sudah tentu
Bukannya dia telah mencuba buat tak peduli
Cuma pabila diasak berkali-kali
Kubu hati bukan cuma berasap, boleh buat jadi berapi

Buat sahabat ...
Peluru fitnah selalunya menuju mangsanya sepantas kilat
Ada masa bom dengki meletup tanpa simpati
Maka bertempiaran segala janji dan terbongkarlah kubu pertahanan yang dibina selama ini

Lalu apa yang harus diperbuat?
Berperanglah dengan hati sendiri.
Pujuk dia bertenang
Supaya dia tak terlajak rugi

Masih tak tak berubah?
Kembalilah pada Tuhan
Maha mengetahui apa yang tersembunyi
Baik di langit mahupun di bumi


#jom
#coretanakashah2020

2 comments:

norhidana said...

terima kasih atas ingatan dan nasihat kashah

Akashah Kassim said...

Sama-sama kak norhidana

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.