Puisi BN: Takdir yang mengelirukan - corEtan akAsHah

Monday, February 11, 2019

Puisi BN: Takdir yang mengelirukan

Takdir itu sering mengelirukan!
Saat kita bersungguh mengatur masa depan tiba-tiba boleh saja bagai tiada masa depan.
Bagai sia-sia segala perancangan kalau akhirnya tak dapat dilunaskan.
Kadang serasa putus asa mahu merancang apa-apa. .

Sungguh.
Buat apa kerja kuat kalau jalan akhirnya cuma sekerat? 

Buat apa dibazirkan kederat kalau tiada hasil yang ku dapat? 
Tanyakan sahaja soal usia;
Esok masih berbaki 
Atau esok sudah tiada lagi? .

Alahai.. Kadang mahu saja aku bertanya;
Tuhan, usiaku ini tinggal berapa? 
Kalau masih panjang, aku ingin terus merancang. 
Kalau matinya esok lusa, aku mahu tinggal di atas sejadah sahaja.
Tidak lagi mahu peduli hal dunia yang seringkali menyesakkan dada.

Tapi mana mungkin aku beroleh jawapan saat hidup sangat memerlukan persoalan?
Mana mungkin ku tahu cerita saat rahsia berlapis rahsia?
Begitulah takdir
Lagi-lagi rahsia
Lagi-lagi misteri yang tiada sudahnya.
Lagi-lagi Allah menyuruh kita terus berharap 
Lagi-lagi disuruhnya kita bergelap lalu diam-diam sujud meratap.

Allahurabbi 
Tak mengapa kalau semuanya masih menjadi rahsia-Mu
Tapi pimpinlah aku 
Tunjukkan aku jalan menuju ke syurga itu.
.
Jangan ada dosa yang tak sempat ku lafazkan taubat,
Jangan ada usaha yang tidak berpahala hingga penat lelahku berbayar sia-sia,
Jangan ada yang buat-Mu murka saat jasad ini terpisah dari nyawanya,
Jangan ada! 
Pada usia berbaki yang angkanya masih misteri, 
Aku pohon.. Tunjukilah diri ini.
 (Bonda Nor , 2019)
_______________________________________________________________________________
Bonda Nor mentioned you in a comment

Bersantai petang ahad.. tiba-tiba ada notification pada Instagram. wah apakah? Nervous nak baca apa agaknya. selak punya selak rupanya hadiah gambar yang kasha kirimkan di aplikasi telegram pada cikgu penulisan kasha sebelum ni. Seronok tengok digunakan.

Tambah dengan ayat puisi yang macam kena-kena aje dengan waktu sekarang.  Jemput baca.

2 comments:

norhidana miswan said...

alahai sedapnya ayat2 puisi tuh...

takdir kita cuma DIa yg tahu

Akashah Kassim said...

norhidana. kan? hanya Tuhan yang tahu
memang menyentap

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.