Trip ke Air Terjun Pelangi, Sg. Lembing seawal jam 6 pagi meredah hutan.
.Akhirnya smpai jugak ke sini setelah 18km perjalanan menaiki 4x4 dan meredah 1.2km trekking dan hiking..hah mencabar, indah, penat, semua ada.fuhh lap peluh sikit.
Stop over menikmati matahari terbit
tak sangka selama ini, dapat tengok matahari terbenam je.. akhirnya dapat lah menikmati keindahan matahari terbit. subhanallah.. setiap ciptaan Allah tu memang indah. Sebab tulah, jadi hobi kita merakam setiap sesuatu sebagai kenangan. banyak-banyak bahagia. lain macam bahagia bila dapat snap yang indah-indah ciptaan Allah. Cantik sangat kan?
laluan ke air terjun Pelangi
Bunyi air terjun pelangi tu memang best. Katanya laluan trekking je.. rupanya ada juga hiking.. part trekking ok lagi landai.. part hiking semput juga hakak. cuma nak dibandingkan dengan bukit panorama, ni ok sikit lah. takde la berhenti banyak kali macam bukit panorama. Trekking mencabar sebab trekking berbatu.
hakak dapat tongkat sakti untuk cover asik jatuh.(sila rujuk gambar untuk tongkat tersebut) Memang boleh dapat crown la hakak ni. "Ratu Jatuh" selamat datang boleh tahan lagi jatuh masa trekking berbatu.. yang tak boleh blah jatuh masa balik trekking jalan rata, takde batu langsung. haha layanzz.
Maggie Air Terjun Pelangi |
Makan maggie je ke?
Makan selepas 1 jam hiking naik air terjun pelangi. Bagilah bekas maggie posing kat sini. gambar tengah tu pulak udang yang berjaya dicapai oleh budak2 tepi tu. kita kacau je dok snap sana-sini . pastu feeling2 macam kita yang tangkap. sudahnya melompat udang tu kat tanah. haha menjerit sekejap. nasib dapat balik masuk bekas. kalau tak mau kena kecam.haha
bergambar pegang tongkat. dah macam nenek kebayan |
- masuk kawasan ke air terjun pelangi memang kena awal pagi, kelebihan dia dapat tengok matahari terbit.
- lepas pukul 11 memang takde dah trip masuk sebab laluan dia sehala aje.
- kena dapatkan permit nak masuk air terjun ni kalau tak kena patah balik je, sia-sia. haha harga permit . rujuk sini
- tapi sebenarnya kalau naik 4 x 4, semua tu rm60/pax dah include sekali harga permit dan makan maggie + air milo. nak melantak banyak2 lepas turun hiking lah. (limit sekurang2nya 4 orang) atau rm250 untuk sebuah 4x4. (kalau lbh 4 org untung lah kan.
- boleh je pergi naik kereta sendiri kalau tak sayang absober semua.. atau kereta ko memang kategori tahan lasak.
Jumpa benda ni wei kat timeline.. Terasa kerdil lah nak jalan ngan orang2 fit.. Sentap tu boleh tahan lagi.part jalan sikit dah semput tu pulak dah improve sikit. Haha
Yang penting nasiblah jalan asik jatuh die tak sebut dalam tu. Kalau sebut mereput lah.. Eleh sape yang tulis ni, kurang sangat ke songeh die. Nak berkenalan jugak.. 😝😝😝
No comments:
Post a Comment