Asyik Makan Aje - corEtan akAsHah

Saturday, February 10, 2018

Asyik Makan Aje

Cantik dipandang
Buat apa aje hujung minggu? 
Aktiviti setakat ini,  Makan2 and jalan2
Misi ke Kula Cakes.Nak tau detail dan lokasi pi usya fb dia kat sini .
Sebenarnya kedai kek ini merupakan kali kedua kasha dan hanim terjah. Kuasa viral info kat web ni,  bagitau kedai ini #mestipergi.  Sebab katanya popular dengan mango cheese cake dia.
Tapi malangnya,  Masa pertama kali datang haritu  ramai orang dah beratur panjang depan kedai.. Kita duduk jap kat meja tepi tu,  tak jugak beransur kurang orang beratur. Makin bertambah adalah.. Jadi,  Terbantut rasa nak makan tu dan kami terus balik.
Jadi,  untuk kali ini kami cuba nasib lagi dan alhamdulillah line clear.. Belum ada situasi orang beratur panjang macam ulat gonggok.. So atur langkah terus masuk ke kedai dan cepat2 pergi order.. Kebetulan ada 2 je meja kat bahagian dalam(ada aircond, sejuk sikit),   1 meja kosong terus lepak kat situ. Dan tak sampai 2minit duduk,  snap sana sini,  da mula ramai orang beratur panjang sampai ke luar..  Good Luck korang..
Sebenarnya kami singgah sini cuma Nak rasa je. dalam hati masih sedar fakta yang kek dan kalori tak dapat di pisah..ni pon sebab kuasa viral lah..
Menu anim: mango cheese cake
"Ok la.. Tak manis nice..  Cake nya dibekukan.." kata hanim.
(actually mangga tu die da blend siap2 dan bekukan macam lengkong la teksturnya)
Kasha:nutella pavlova
Pavlova dia ringan (ayat shu)  , yg penting xmanis nak combine ngan nutella biskut kat bawah dia yg kuat manisnya.. " -kasha
kasha ni jenis xminat buah,  popular mcm mana pon..tetap  X order menu kek viral tu.  hehe sebab tu order nutella.. Boleh le layan.
Parking dia nasib2 je,  kedai die kecik je tapi jadi buruan bagi food hunter.sebab da tersenarai tempat mesti pergi bila tiba kuantan dalam google kan.masa observe tengok pon kebanyakan yang datang ni pon ramai orang luar. Nampak lah gaya food hunter tu. Haha macam kitorang gak.. Kira memang nak tau betul ke sedap? Dan masing2 nak #wearehere kot? 😝😝
Itulah die cerita late lunch kitorang ari sabtu.late lunch katanya mkn kek ko hado? Tekak orang tak sihat nak makan kek..  😂 layankan aje..
Dah kenyang,  jalan pulak
Lepas dah 1 , nak watpe lagi tak tau.  Jalan2 kat tepi pantai aje lah..  Cicah2 kaki kat air.
Rindunya alahai nak berendam..  Dapat cicah pon jadilah kan? Tapi bukan cicah,  ni da kira celup..  Abes kaki seluar basah..  Tulah die bila dah jumpa air kalah budak2.
Kalau takut dilambung ombak,  jgn berumah ditepi pantai
Tengok gambar ni teringat peribahasa ni
Model lensa kasha
Muka comot as usual.mata merah tu tanda mengantuk nak tertido sebab dapat angin laut.lagi2 lepas makan ubat batuk (dari doc sedap mata memandang semalam. 🙇)
Hari ni xde idea nak snap celah2 pokok ni sebab belakang2 tu banyak kete..  Orang park terus kat atas rumput padahal ada je parking bertar..  Kat belah sini plak ada orang tengah sambut birthday.. Siap bertema lagi merah putih..  Meriah sambut die 1 family.. Siap ada backdrop lagi.  Seriusly tema dia cantik tepi laut alas putih ngan merah2..  Kalau muka kasha ni tak malu,  dah lama mintak izin snap backdrop die. Tepi pantai,  angin2.. Sejuk je. Hehe tapi sebaliknya lah.  Heheh pandang aje dari jauh


1 comment:

Anonymous said...

sedapnya

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.