PUISI -PANDANG PERTAMA - corEtan akAsHah

Thursday, November 11, 2010

PUISI -PANDANG PERTAMA

sumber gambar:theinterns.net
Kadangkala,
aku suka pada pandang pertama,
Mampu mengundang cahaya ceria,
Tak padat dililit selendang hipokrit,
Tak menipu, apa lagi meniru,

Di lain tika,
Aku benci tanggapan pertama,
Mengundang juraian air mata,
Bakal dikelabui fitnah dunia,
Membuku gelapnya mazmumah diri,
Haru-biru,menambah sendu...

Di saat itu pula,
Aku bersyukur dengan pandangan pertama,
Menyelamatkan diri dari kekal peritnya neraka, Walau bukan itu daku impikan,
Memimpin daku meniti titian indahnya syurga, dimartabatkan sebagai umat Muhammad...
Berkatnya pandangan, tanggapan pertama...


Dalam hidup ini, tak terlepas dek penangan pandang pertama,
Terpulang lah pada cara untuk menerimanya,
Diambil, dicicah menarik jadinya,
Dibuang, dijaja buruk padahnya,
NUKILAN asli dari akashah kassim.

alhamdulillah, stlh skian lama tdk brkarya, ktandusan ilham, trhasl juga sajak ni, trcipta akhrnya pandang pertama untuk renungan semua.

No comments:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.