~AKSARA MERDEKA~ - corEtan akAsHah

Tuesday, August 31, 2010

~AKSARA MERDEKA~

Setelah sekian lama kita menyusun dan mewarnakan aksara merdeka,
Kenapa masih ada lagi warga tanah bersejarah ini yang kenal huruf tetapi terlupa maknanya,
yang kenal angka tetapi terlupa nilainya,
yang kenal rentak tetapi terlupa geraknya,
yang kenal lagu tetapi terlupa iramanya,
yang kenal akhir tetapi terlupa awalnya.

Setelah sekian lama kita membaca dan menghafal aksara merdeka,
Kenapa masih ada lagi warga tanah tercinta ini yang cerah mata tetapi gelap hati,
Yang cerdik minda tetapi dungu peribadi,
Yang cantik bahasa tetapi buruk sikap,
Yang lembut budi tetapi keras lagak,
Yang merdu suara tetapi sumbang bicara.

Setelah sekian lama kita mencatat dan merakam aksara merdeka,
Kenapa masih ada lagi warga tanah pusaka ini yang impikan kemajuan tetapi menolak teknologi,
Yang impikan kemakmuran tetapi membelakangkan ekonomi,
Yang impikan kesejahteraan tetapi mencetuskan pergolakan,
Yang impikan kegemilangan tetapi meremehkan wawasan

Setelah sekian lama kita menganalisis dan mentafsir aksara merdeka,
kenapa masih ada lagi warga tanah bertuah ini,
Yang terlepas kaki tetapi terikat tangan,
Yang terlepas mata tetapi terikat jiwa,
Yang terlepas fakir tetapi terikat cita-cita.

Setelah sekian lama kita menjulang dan memartabatkan aksara merdeka,
Kenapa masih ada lagi warga tanah bertuah ini,
Yang kasihkan bangsa tetapi membenci pemimpin,
Yang cintakan agama tetapi menyelewengkan fakta

Setelah sekian lama menghargai dan menghormati aksara merdeka,
Kenapa masih ada lagi warga tanah berdaulat ini,
Yang menanam bunga tetapi menabur duri.

Karya: Wadi Leta S.A

2 comments:

Sutera Maya said...

mule2 kite bace ingatkan kashah yg wat.. tp bile dah smpai last rupenya org lain da... tp xpe.. best2...

Akashah Kassim said...

ye ke midah? huhu, kasha p0n suke sjak ni..

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.