corEtan akAsHah

Friday, May 02, 2025

Sesekali
May 02, 20250 Comments


Jarang Kashah nak deep talk dengan student.
Tapi hari tu… ada sesuatu dalam nada suara dia yang buat Kashah tak sampai hati nak diamkan.

"Miss… semua saya dah cuba."
Dia tunduk. Main-main hujung lengan baju.

"Tapi tak kira apa saya buat… semuanya salah di mata dia. Saya senyum, dia marah. Saya diam, dia makin jauh. Saya buat baik pun… macam tetap tak cukup."

Kashah diam sekejap. Bagi ruang.

"Lepas tu awak buat apa?"
"Saya… saya try sabar. Tapi kadang rasa macam… sia-sia."
"Awak penat?"
"Penat sangat… Tapi saya tak nak benci dia, Miss. Saya cuma… nak difahami."

Kashah pandang mata dia. Dalam mata tu, ada luka yang diam.
Luka yang tak berdarah… tapi pedih.

"Awak dah cuba minta dengan Dia? Yang pegang hati manusia tu?"

Dia senyap.

"Belum lagi, Miss..."
Nadanya perlahan. Macam mengaku kalah.

Kashah senyum nipis.
"Bila kita usaha dengan manusia, kita letih. Tapi bila kita mula minta pada Tuhan, kita lega. Awak tau tak... hati manusia ni lembut sebenarnya. Tapi kita tak ada kunci dia. Tuhan yang ada."

Dia angguk perlahan.
"Miss pernah rasa macam saya?"
Kashah ketawa kecil. "Selalu. Kadang kita rasa macam, eh dah cukup ni… kenapa dia tak nampak? Tapi tu lah… bila kita sandarkan harapan hanya pada reaksi manusia, kita akan kecewa."

"Jadi saya kena doa?"
"Ya. Tapi bukan sekadar doa… doa yang betul-betul percaya. Bukan sebab nak dia berubah, tapi sebab nak awak tenang."

Dia pandang jauh. Mungkin memikirkan sesuatu.

"Miss..."
"Ya?"
"Kalau saya doa… tapi tetap dia tak nampak saya, tak faham saya…?"
"Maknanya Tuhan nak ajar awak… yang penghargaan sebenar bukan datang dari manusia. Tapi dari ketenangan yang tak boleh dibeli."

Catatan ini Kashah tulis di sini.

Untuk dia.
Dan mungkin… untuk kau yang sedang baca sekarang.

Ingat…

Kalau dah usaha dan tak dihargai,
jangan terus paksa.
Mungkin Tuhan nak awak belajar reda.
Mungkin Tuhan tengah bawa awak keluar dari luka yang tak kau nampak.

Dan doa…
ia bukan untuk ubah dia saja.
Tapi untuk lembutkan hati awak juga. 💌
Reading Time:

Wednesday, February 19, 2025

Kursus Canva Intermediare-Professional Graphic
February 19, 20250 Comments
Eh, serius la? Macam mana nak buat presentation yang nampak profesional? Saya tengok orang lain punya slides kemas je, infografik pun cantik. Kita buat, macam ada yang tak kena.

Haa macam tulah kan agaknya sebelum masuk kelas ni.

Alhamdulillah suasana di awal sesi Kursus Canva Intermediate-Professional Graphic yang berlangsung di Politeknik METrO Kuantan hari ini. Anjuran Biro Seranta & Multimedia dengan kerjasama Kelab Keluarga Kumpulan PKNP, kursus ini berjaya mengumpulkan 30 peserta yang bersemangat mahu meningkatkan kemahiran mereka dalam mereka bentuk slide Presentation dan infografik yang lebih profesional menggunakan Canva.


Dari wajah-wajah penuh tanda tanya di awal sesi, bertukar menjadi ekspresi kagum bila masing-masing mula memahami rahsia penggunaan Brand Kit, teknik menyusun infografik yang kemas dan berstruktur, cara memilih font dan warna yang harmoni, serta kaedah menggunakan animasi dan transisi dengan lebih berkesan.

Okay, kalau nak audience fokus, jangan sumbat semua teks dalam satu slide. Gunakan infografik. Guna ikon, buat hierarchy maklumat, biar mata senang skan info, macam biasa sambil cakap cikgu online sambil menunjukkan contoh di skrin.

Sesi diteruskan dengan cabaran reka bentuk spontan. Ada yang mula merombak slide lama mereka, menukar teks panjang kepada infografik yang lebih visual. Ada yang bermain dengan transisi, memastikan setiap pergerakan dalam slide memberi impak dan bukan sekadar hiasan kosong.


Di penghujung kursus, senyum kepuasan jelas terpancar di wajah peserta. Lepas ni tak ada lagi slide bosan atau infografik hambar! Presentation saya confirm nampak lebih profesional!kata seorang peserta sambil ketawa.

Misi kursus ini tercapaiâ”bukan sekadar belajar, tetapi membuka mata peserta tentang bagaimana Canva boleh membantu mereka menghasilkan slide dan infografik yang lebih menarik, kemas dan berimpak. Yang dulunya hanya tahu buat slide biasa-biasa, hari ini mereka sudah bersedia untuk tampil dengan presentation dan infografik yang memukau!



Reading Time:

Saturday, December 28, 2024

Thursday, December 19, 2024

AI gambar realistik
December 19, 20240 Comments

 Asyik posting gambar AI kartun je kan? JOm kita layan begini.  
Sebenarnya kasha tak berapa suka imej AI yang di generate based on realistic. 

Kadang-kadang bila kita guna imej AI yang terlalu realistik, risikonya lebih besar. 
Kenapa? Sebab gambar yang nampak terlalu real mudah sangat disalahgunakan oleh orang yang tak bertanggungjawab.
Cuma kali ni cubalah juga generate versi realistik supaya nampak hidup sikit.

Kita tengoklah sekarang ni, teknologi AI dah makin maju. Sampai ada yang boleh buat muka orang lain nampak macam tengah buat benda yang langsung tak pernah dia buat. Itulah yang kita panggil deepfake. Bahaya, kan?

Sebab tu Kasha lebih suka guna imej AI gaya kartun atau ilustrasi. Selain nampak lebih selamat, imej jenis ni juga ada vibe tersendiri. Lebih santai, lebih kreatif, dan at the same time, tak mengundang masalah. Kita pun tak perlu risau kalau ada yang nak salah guna sebab tak ada elemen realistik sangat. Kartun ni fleksibel tau. Kalau nak sampaikan mesej kreatif, ia boleh jadi lebih unik, berwarna-warni, dan fun untuk tengok. Orang pun lebih terhibur!

Contohnya, kalau nak buat konten motivasi atau berkongsi cerita, imej AI kartun tu boleh jadi pelengkap visual yang menarik. Kalau mesej tu berat sikit pun, imej kartun boleh kurangkan rasa tegang. Ibarat gula dalam kopi, dia bagi manis-manis sikit. Senang cerita, gaya kartun ni lebih mesra dan tak nampak formal sangat.

Kita pun kena sedar, dunia digital ni luas. Apa-apa konten yang kita keluarkan ada risiko kalau tak berhati-hati. Jadi, langkah Kasha untuk elakkan imej realistik adalah satu pilihan bijak. Bukan semua benda kita kena buat ikut trend, betul tak? Janji selamat, kreatif, dan tak menyusahkan orang lain.

Jadi, teruskanlah berkarya dengan imej AI kartun tu. Yang penting, mesej sampai, audiens suka, dan kita pun rasa puas hati. Bukan rupa yang realistik jadi ukuran, tapi kreatifnya idea yang kita nak sampaikan. Lagipun, dunia kartun ni lebih ceria dan positif. Tak perlu realistik pun tak apa, janji vibe onz!

Reading Time:

Saturday, December 14, 2024

Tukar emoji kepada gambar guna AI
December 14, 20240 Comments

 Senangnya tukar AI imej guna emoji je tanpa sibuk nak fikir teks prompt: 

1) 🦉🐢🌳🪵🍂🌒 


2)🧕🏼🌻✍🏻🌂🎒

.

Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.