Apabila rasa nak berhenti separuh jalan, cuba dengar balik puisi di atas. Entahlah hati manusia ni berbolak-balik.
Ada masa over confident.
Ada masa relaks-relaks aje.
Ada masa dia goyang juga.
Jadi kena rehat sekejap bukan bermakna berhenti.
Apabila rasa nak berhenti separuh jalan, cuba dengar balik puisi di atas. Entahlah hati manusia ni berbolak-balik.
Ada masa over confident.
Ada masa relaks-relaks aje.
Ada masa dia goyang juga.
Jadi kena rehat sekejap bukan bermakna berhenti.
Pening nak fikir cara remove background gambar? Jom follow step di bawah
1. Klik link ini
https://www.remove.bg/
2. Klik upload image

pilih gambar yang nak buang background tu. Contoh Kashah nak buang background laut kat gambar asal dibawah.
3. Tunggu dia upload dan remove background. Tak lama pun sekejap je dia renove tu. Kelip mata je eh dah siap.
4. Dah siap, Klik download.
Hah dah hilang kan laut tadi. Ada kotak-kotak transparen. Menjadi lah tu. Klik kotak biru download untuk simpan gambar tersebut.
Kalau nak tukar background terus,
1. klik edit ada kat bahagian kanan atas. Hah kalau malas nak fikir background lain ambil je dari situ.
2. Pilih background
Ada juga pilihan untuk blurkan background selain gambar background yang lain kat situ. Cuba aje mana yang berkenan.
3. Klik anak panah di bahagian kanan
atas.
4. Download image
Dah siap pun, boleh tekan download image untuk digunakan.
Selamat mencuba. Mulakan dengan gambar sendiri. Dah berjaya? Jangan biarkan ilmu ini terhenti, kongsi dengan cara klik share di wall masing-masing.
. agak-agak malas baca, tengok di sini
Sebarkan manfaat semoga berkat.
insya-Allah
Oleh: Cikgu Online
#kashatutorial
#akashahtutorial
#cikguonline
Selamat Menyambut Ulangtahun ke-13 Pengisytiharan Melaka Bandaraya Warisan Dunia (UNESCO) pada 7 Julai 2021.
Semalam Kashah berpeluang menyertai satu program sempena sambutan tersebut secara dalam talian melalui platform Zoom.Selepas 5 kali buat perkongsian live secara public dan di group tertutup, semalam satu benda drastik telah dilakukan oleh seorang Akashah. Tapi yang pastinya bukan berseoranganlah. 2 kali live berturut-turut pada hari Ahad.
LIVE 1: 1 jam pukul 3
-kasha kongsi 5 online tools untuk memudahkan PdPr.
Okay yang satu ini, kira memang 'makanan' Kashah lah. Berkongsi tip mudah penggunaan online tools untuk pembelajaran. Yang baharunya live kali ini dapat guna OBS, jadi live kali ini lebih jelas dan dapat masukkan skrin hp dalam tu. Excited belajar pagi dalam pukul 11 macam tu, pukul 3 terus cuba. Ahh sakit pun tak fikir dah, bila buat benda ni.
Boleh tonton di sini
LIVE 2: 19minit je @ Go Shop Nad
'Semakin saya berusia, saya perlu bagitahu orang muda supaya kejar masa yang ada. Jangan masa berumur nanti baru nak buat. Sebab bila dah tak mampu nanti baru kita rasa nak buat semua. Tapi masa tu kita dah tak berdaya' - Prof Siti Rugayah.
'Bimbang jika diberi sekian-sekian nikmat, masih tidak bersyukur. Takut jikatelah diberi sekian-sekian bakat, tidak digunakan sebaiknya. Moga Allah bimbing hati dan tindakan kita' - Bonda Nor
Semoga dengan usaha yang sedikit ini, dapat memberi manfaat buat yang menerima. Sebenarnya satu kebahagiaan juga apabila nampak ada yang menggunakan ilmu yang Kasha kongsikan. Ya Allah rasa hilanglah penat membebel dalam live tu.
Doakan dapat istiqamah buat sharing macam ni. Cuma sepatutnya sekarang kena siapkan dokumen. 3 minggu lagi. Alahai tak ready lagi tu oi nak upload dalam one drive.
Sekian coretan bagi mengemaskini blog yang lama dah menyepi ni.
Okay bye.
Ok mari kita simpan sejarah PKP 3.0 diperketatkan. Maknanya PKP 3.1 la kan?
Ura-ura yang pada mulanya lock down tidak berlaku. Jadi hari ini 2 menteri telah pun menamatkan spekulasi yang tersebar seminggu dua ini.
Sedut poster cantik
blog ini wujud hasil inspirasi pemilik blog ini sejak tahun 2009. mula berjinak-jinak dengan penulisan dibuku tulis sekolah rendah, beliau mengambil inisiatif memaparkan dalam alam maya. bukan mereka cerita, apalagi berniat menempa nama. sekadar mencoret apa yang terbuku di minda dan jiwa. boleh dihubungi melalui email akashahkassim@gmail.com.