corEtan akAsHah

Monday, May 23, 2016

Cerita shooting and editing video econvergence
May 23, 2016 4 Comments
Bismillah dimulakan
Hobi dan minat tu seiringan dalam impian
Bila tugas menggalas setiap impian
InsyaAllah ikhlas itu datang
Bukan pinta satu penghargaan
Tapi lebih kepada kepuasan...

Nak jadikan ceritanya, plan masuk video e convergence ni dah lama dari akhir bulan 3,awal bulan 4 kot.. masa tu terjebak masuk sebab ada yang menarik diri.. jadi ambil peluang tarik kawan2 sekeliling masuk sekali, mcm iza, jan, k.lin dan k.maria.. xbanyak plan dibuat sebab setiap minggu masa pnp penuh, event berturut-turut, audit, tugasan sampingan, sampai ke validasi. JPH memang penuh dengan event, event bawah pnp lain, event PIS diberi kepada JPH atas dasar ada pengurusan acara pon lain.kalau buat bisness dah dapat rumah sebiji rasanya.

Usai hari validasi yang terakhir, tup tup
18Mei:
pegawai elearning PIS mesej, mana ye video econvergence JPH? 21 hb tarikh tutup submission
Kasha: hah?baru plan nak shoot 23hb.. (masa tu rasa dah nak jatuh jantung ni, alamak takde harapan lah ni, tarik diri)
Tapi peg elearning soh submit gak macam mana pon bentuknya..

18 mei petang: discuss ngan k.maria, tergempar nak siapkan video, k.maria siapkan skrip sampai ke malam buta, katanya macam nak viva master..da start mesej haziqa mintak gambar wbl.. 
18 mei malam: kasha mesej semua ahli kumpulan, standby utk stay up shoot khamis, jumaat editing, sbtu upload
19.mei pagi: short discussion sambil breakfast.. baca skrip sepintas lalu ..plan storyboard dengan imaginasi je dah masa tu...


19 mei pk10-12.30:  ada pembtulan , nak print skrip la, kasha da start rangka pakaj power point sambil cari contoh video dalam youtube, draft da siap..tinggal masuk video



19 mei petang: start shoot kat laman GIA depan opis walau asalnya nak shoot kat cidec.. dah penat buat yang dekat dulu.. apa2 nanti backup..  shoot tak dapat pakai wireless mic sebab time tu la bateri takde, mic tu problem.. last2 kaku la sikit awal video. Masa tu semua orang opis pelik, buat apa shooting2 ni?
19 mei malam: plan lagi dan baca skrip ..tido sambil pesan kat iza pakai baju cantik lagi esok sambung shoot ngan jan. Komen nak cenggini ke 45 darjah ke 50 darjah ke? Haha serah kat die..rupanya tak abes shoot lagi part 5 strategy...
20 mei pagi: sambung shoot yang tertinggal, kak lin siap bawa madihah lagi berkampung kat opis.. abes shoot ..masa utk edit mcm yg da plan. Iza da start buat jadual.. part die da abes.. k.lin di sisi bagi komen dan semangat

20 mei petang sampai pk7: masih buat editing, eh tak boleh jadi, kena balik. Sebelum kena halau dengan makhluk yang shift malam.hahah.. usung pc bw blk.. smbung plak kat rumah...

20 mei malam bawa ke 6.30 pagi: edit video lagi, nak dapatkan 7minit ni cane, bru 6minit.. adoihai.. masuk je pape video.. 70% bercakap da tak kira da masa tu..harap2 capai lah.. iza siap teman tertido2 die kat ruang tamu, sampai tukang edit pon tertidor gak sejam dua.. alhamdulillah pk 6.30 siap juga.. walaupon ada yang tak puas lagi.. nak wat cane last minit production
21 mei pagi..:tunggu upload video dari pk7 hingga pk11.30 baru 13%.. huarggghh stress makcik.. buat keputusan memang kena masuk opis
21 mei tengahari;masuk opis , upload xsampai 10.minit siap upload, dan alhamdulillah dapat submit url pk1.30 tengahari rasanya.. lega.. puas .. penat.. 48hours.. harap berbaloi walaupon tak sehebat yang pakar...

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung(team yang hebat) dan tidak langsung warga JPH dalam penyediaan video ini

Reading Time:

Monday, January 04, 2016

Mula 2016
January 04, 20160 Comments
 2016..
10 tahun yg lps 2006 baru abis diploma dekat polijb

Sekarang 2016,
Masa tulis kat blog ni, masih terperuk dalam bilik tidur sbb demam tahun baru.budak skrg cakap mereput. Ceh mana tah mereputnya..
Belum datang kerja untuk tahun baru ni..
Dan masih belum sihat sepenuhnya..

Smalam amik spek baru..
Sebab spek sebelum ni hilang entah ke mana tak tau khabar berita...
Kali ni kena jaga elok2..jgn bagi hilang...

Ok la..

Nak bagi beberapa gambo prnghujung 2015










Reading Time:

Saturday, November 07, 2015

Kenapa pakai jam belah kanan?
November 07, 2015 5 Comments
Kita pakai jam belah kanan.. maybe 50% daripada apa yang ditulis kat belah tepi tu betul kot. Haha da lama tak pki jam.. tak jumpa lagi jam yang selesa betul.. tp tetiba jumpa dan cak.. hehe..tp kan mcm tak selesa aje.

Jom kita go through satu persatu..

Pertama:Keras kepala... hmm kjap.. cukup keras tak kepala ni.. nak try hantuk kjap kat dinding..hehe.. utk satu2 benda keras kepala tu penting tau.. huu giler tau.

Kedua:kuat memberontak..hahah kjap eh fkr..haha kuat hentak kaki ada ye.. kot..ms kecik2 dulu kalau tak puas hati.mcm kawat kaki tu.protes ar tu..haha

Ketiga: tak suka diarah: haha ni bertentang ngan SYMP nii. Tak suka pon kena buat jugak.eleh.. apa tak suka.. layan aje la..

Keempat: setia u alls. Haha setia .tu mcm mana ye.. ada cth setia ye.. setia minat Hafiz hamidun smpi skarang..dr zmn diploma dulu smpai skarang.. sampai tahap semua kengkawan geleng kepala je.. hehe.. eleh knapa org lain boleh minat macam2..kita minat satu pon.xbole. 

Kelima:hati kering.. haha susah nak nangis. Walaupon sedih mcm mana pon situasi.. sbb kita nangis dari hati bukan dgn air mata.. tapiii kalau tgk cite hindustan ke.feeling2.menghayati cite. Tetibe je mencurah2 air mata kalah pelakon dalam tv tu..bole gak nangis.haha

Keenam;garang. Hmm ada yg cakap kita garang..ha ko ni garang sgt la kasha..eh ceh... manja? Oooi hai no komen.

Ketujuh:suka menyendiri? Hmm depend...ada yg tak kna ni.

Kelapan:tlg org dlm kesusahan..kalau mampu bole la tlg.. hehe..sbb kita berpegang pada prinsip ni.. stiap kebaikan yg kita buat tu, satu hari akan dibalas bukan dr org yang sama..tp dgn lancarnya perjalanan hidup kita.. kan? Hmm 

Kesembilan:pendiam..sbb apa.. sbb diam2 kita edit gambo.. hehe menyusun ayat..pegang hp je kejenya..da addicted to hp . Xpon baca novel.. kita kna bawa bekalan isi kesepian ni..bekalan novel ataupon data intrrnet

Ke10:pantang dicabar; cabar apa eh.  Haha depend. 




Reading Time:

Thursday, November 05, 2015

Meow The Series
November 05, 20150 Comments
Sejak g cat cafe baru2 ni dapat hobi baru la.edit gambo kucing comel.. semenjak dah tinggalkan batu pahat ni, takde bela kucing dah.. ye la klu bela kucing kat kg, pandai2 sendiri la die nak membuang kat tanah kambus sendiri.. siap elok je die duduk depan pintu tak masuk umah pon.. selalu beli makanan die je..
Duduk kat taman leceh nak bela, so kita menumpang kasih kucing orang je. Kat opis pon selalu ada je kucingnya tapi tak comel cenggini.jom tengok ni kat bawah.
Ni kucing ain. Nama die pyro..Baru 5bulan usia nya.. :)

Ni pulak nama die belle...nasib die baik.. sally jumpa kat kompleks psr gudang masa kecik2..pastu bela bawa balik dan cantik macam ni.



Yang bulu kuning ni .nama die edward.kucing sally jugak.. hmm pemalu kucing ni.asal datang je meluru die lari naik tangga atas.. kalah anak dara.hehe.. tapi dah dok tangga tu, main cak2 pulak ngan kita
P/s:agak2 berbakat tak kalau buat meow the series comic?
Hehe..bkn main berangan


Reading Time:

Thursday, July 16, 2015

Salam Aidilfitri Salam Kemenangan
July 16, 20150 Comments
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Segala Puji bagi Allah,
Tuhan Semesta Alam
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Yang Menguasai hari pembalasan

Hanya kepadaMu (Ya Allah)
kami menyembahMu (Ya Allah)
hanya kepadaMu kami mohon pertolongan

Tunjukilah kami jalan yang lurus
(yaitu) jalan orang-orang yang Kau kurniakan ni’mat kepada mereka,
bukan (jalan) mereka yang dimurkai
dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat


https://youtu.be/AL6pyElhPSs

Terngiang-ngiang dalam kepala lirik lagu erti alfatihah..dgn budak2 qari jr yg sura ala2 comel..sepatah kata iza ahmad..comel sgt rasa mcm nak sepak? Eh hahah.. surah yang biasa kita baca tapi kadang2 tunggang terbalik juga maknanya.. jadi kat tv masa sahur sebulan selalu keluar lagu erti alfatihah ni.. dah naik hafal sebijik2 maknanya dia.. besar pahala sape yg melagukan erti surah ni.hehe

ok lah dalam meninggalkan Ramadhan dengan kesedihan..kita juga menyambut Syawal hari kemenangan bagi umat islam.. saje juga la wat satu entry khas sempena syawal  setelah sekian lama terbiar blog ni tidak berhuruf menari-nari di jemari ..tak sabar juga nak tggu hari kemenangan yg lagi satu sempena syawal.. dengan kesabaran hampir 2tahun bertungkus lumus.. ala2 lagu black tu..ketawa bersama menangis pon bersama.. apa dia? Nanti  tggu next entry kalau dah merdeka nanti

Sempena bulan yg mulia ini
kasha nak memohon maaf sekiranya terguris hati dengan kata..perbuatan atau apa sahaja .. juga berharap diberi kekuatan memaafkan semua orang. InsyaAllah saya maafkan semua orang.. 



Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.