April 01, 2014
BY Akashah Kassim0
Comments
Tuesday, April 01, 2014
Saturday, March 22, 2014
March 22, 2014
BY Akashah Kassim
5 Comments
kita boleh bagi kasih
mampu curah sayang
kita boleh jaga
bila dia ada depan mata
bila jauh mungkin beribu batu
cuma boleh bertukar cerita
mungkin mampu mendengar suara
atau sekeping gambar penambah perisa
tapi manakan sama
macam bertentang mata
Sebagai insan, seorang hamba
cuma doa yang kita ada
menjadi senjata, pengubat jiwa
mohon pada Allah
minta jaga dia untuk kita
sebab kita tiada kuasa
untuk muncul sekelip mata
ya Allah..
andai dia berduka
kau hadirkan buatnya teman
yang sekurang-kurangnya mengembalikan senyuman dibibirnya
jika dia diuji kesakitan
maka kau berilah dia kesabaran dan rasa redha
bila dia berdepan delima antara dua
kau pertunjukkanlah jalan terbaik antara semua
saat dia tak mampu menahan kemarahan
kau peringatkan dia dengan istighfar
buat penenang jiwa penyejuk suasana
sesungguhnya tiada aksara mampu disusun
tiada gambar seindah lukisan untuk dilakarkan
tiada puisi indah mahu disampaikan
tiada irama senada mampu dilagukan
bagi menyatakan rasa terhadap dia
yang sekian lama berjasa
yang setiap doanya tidak lupa buatku
yang pengorbanannya tiada terbanding
buat insan yang kita sayang..
Pesanan rindu bakal berkumandang
Sayang takkan penah hilang
Doa usah pernah dihentikan
Kongsikan untuk tatapan
Ceritakan agar tercipta kenangan
Buat insan yang pernah melahirkan kita
Yang pastinya tiada galang gantinya
Lihat versi video plak kat sini
credit utk cik hanis atikah sbg pencetus ilham dr fb.. bermula dgn gmbr kat bawah ni
Thursday, February 13, 2014
February 13, 2014
BY Akashah Kassim1
Comments
Thursday, January 30, 2014
January 30, 2014
BY Akashah Kassim0
Comments
Nur itu cahaya
Dalam suram menyinari laluan
Mennyingkap satu suratan
Tak mampu disanggah
Alhamdulillah itu syukur
Menerima seadanya
Menikmati anugerah tersedia
Yang fakir menerima
Syukran berterima kasih
Tak lupa diucap
Kata rahsia atas mereka
Tanda seia kata penghargaan
InsyaAllah penyata janji
Izin Allah menjadi nyata
Jika tidak.. Tidak mengapa
Pencipta hikmah dalam dunia
nukilan..akashah
penghujung jan 2014
9.28pm
nota hujung jari;
sibuk tgkp gmbr dlm kete.. blkg ada chya mthri.. org kata la, mcm bgs sgt nak amik selfie picture ni.. eleh.. pdahal org tu nk buat tp dek trlalu fkr apa orang kata.. so die kutuk org lain buat kan..kan?
hehe..
saya suka amik gambo sendiri .. tak suka org amikkan gambo sbb selaluposition salah nampak gemok huhu
Dalam suram menyinari laluan
Mennyingkap satu suratan
Tak mampu disanggah
Alhamdulillah itu syukur
Menerima seadanya
Menikmati anugerah tersedia
Yang fakir menerima
Syukran berterima kasih
Tak lupa diucap
Kata rahsia atas mereka
Tanda seia kata penghargaan
InsyaAllah penyata janji
Izin Allah menjadi nyata
Jika tidak.. Tidak mengapa
Pencipta hikmah dalam dunia
nukilan..akashah
penghujung jan 2014
9.28pm
nota hujung jari;
sibuk tgkp gmbr dlm kete.. blkg ada chya mthri.. org kata la, mcm bgs sgt nak amik selfie picture ni.. eleh.. pdahal org tu nk buat tp dek trlalu fkr apa orang kata.. so die kutuk org lain buat kan..kan?
hehe..
saya suka amik gambo sendiri .. tak suka org amikkan gambo sbb selalu
Thursday, January 16, 2014
January 16, 2014
BY Akashah Kassim0
Comments
