corEtan akAsHah

Saturday, July 20, 2013

Kursus PPK di penghujung ramadhan
July 20, 20131 Comments

Bismillahirrahmanirrahim.. 
Ni nak habaq mai, tgh rileks2 cheq selak2 web esis. terkejut sat tgk ada info katweb esis ni

hahah.. pehal tetibe ckp penang.. k balik ke normal..
Bole bayang x kursus masa mood da nak blk kg?
advertising tourism? kang jadi aidilfitri tourism kang..

29.7- 2.8.. masa tu ada pdp lagi tau.. 
wpun ada sharer dlm subjek, tp xde makna sume tu
nak tau sebab apa?
sebab semua sharer pon kena gi kursus ni jugak (jan dan k.lin)

maknanye akn senyap sunyilah opis minggu tu
sbb rmi yg kena g kursus ppk 
kasha,iza, k.lin, jan, 

yg plg penting student confirm dgn BAHAGIAnya
boleh cuti awal, sbb lect pon xde..
isk isk untung la
kena ganti la kelas nye.. erk..byk ok seminggu tu


Reading Time:

Friday, July 05, 2013

Penerbitan buku seni dan alam
July 05, 2013 6 Comments
Alhamdulillah, hasil penulisan selama ini berbaloi. Terhasil juga sebuah buku seni dan alam karya sulung terbitan PIS.. Lama juga tunggu buku ni siap dicetak. Banyak proses da dibuat. Semakan oleh dewan bahasa dan pustaka pon bukan sekali dan berperingkat. Pemilihan gambar dan caption bersesuaian pon ambil masa agak lama. Perkara paling penting. Kena rujuk dengan taman negara johor tg.piai buat saat2 akhir sbb sumber penulisan dtg dr tg piai..sbb confuse masa tu.jadi nak citer jugak la serba sedikit ttg buku ni.

Sebenarnya tujuan buku ini diterbitkan sempena untuk dipersembahkan kepada Raja Zarith Sofiah permaisuri Sultan Ibrahim. Buku ini telah pun dipersembahkan ketika majlis Malam Kurnia (Raja Zarith Sofiah Award) bertempat di PERSADA convetion centre. Bertepatan dengan latarbelakang baginda yang meminati bidang seni, politeknik mengambil inisiatif untuk menghasilkan penulisan seni dan alam dalam pelbagai subtopik.

Antara subtopik yang terdapat dalam buku ini ialah:

  1. Seni Persekitaran
  2. Perspektif Alam melalui SImpulan Bahasa
  3. Seni Ukiran Kayu Tradisional
  4. Penggunaan Seni dan Alam dalam Bahasa
  5. Tenaga Suria dan Kelestarian Alam
  6. Seni dan Pelancongan bercirikan Kelestarian Alam
  7. Seni dalam Air
  8. Nilai Seni Bunga Siti Fatimah
  9. Matematik dalam Seni
Antara sutopik yang tersenarai, Seni dan Pelancongan bercirikan Kelestarian Alam merupakan hasil penulisan bersama Akashah dan kak azila . Terima kasih kepada kak ila sebab memberi kepercayaan sepenuhnya untuk menulis bersama. Penggunaan sumber Taman Negara Tg. Piai diketengahkan dalam aspek penulisan yang lebih menonjolkan konsep interpretasi awalnya.. Tapi nak memudahkan pembacaan, interpretasi terpaksa diubah.. hmm sedih..

Penulis lain turut terlibat khasnya dalam JPH ialah Jan, Yati dan Faizal.. Tahniah untuk semua.

Buku Hijau Sangat kan?
Overview Seni dan Pelancongan
 
                 

Reading Time:

Thursday, June 20, 2013

jerebu di pasir gudang
June 20, 20131 Comments
teruk jugak indeks udara kat pasir gudang mencapai 190 ipu.. ni la jadinya..
bau macam ada org bakar sampah kat luar tu
kalau kurg minum air, maka semua doktor kat pasir gudang ni sibuk tak lama lagi..


Reading Time:

Thursday, June 06, 2013

terUji lagi..
June 06, 2013 2 Comments
Hikayat Preve & tuannya..

Sekali lagi entry berkenaan dgn makhluk besi silver ni.. 2 hari bercuti rehat, naik2 cuti nasib kurang baik menimpa. Kebetulan plak hari tu, memandu buka tingkap, sebaik tiba pintu pagar politeknik bukan disambut kompang ke apa ke? bersambut bunyi tayar ..mcm ada benda tersangkut.. haish da rase lain macam da masa tu.. rupanya amik ko, skru test pen patah lebih kurg 7cm da tembus bahagian tayar kat tepi tayar.. da xdpt diselamatkan da tyrnye.. kena tkr baru.. tampal pon xmenjadi.. melayang lagi duit nye.. haish




Reading Time:

Friday, May 24, 2013

Bahan PdP: Galerry walk dan place mat
May 24, 2013 2 Comments
Mukadimahnye: kedua-dua kaedah ni memang sesuai utk pengajaran dewasa dan bekonsepkan OBE yang mana pelajar lebih aktif dari guru.

apa yg penting: Gallery walk digunakan utk membincangkan subtopik yang berlainan utk setiap kumpulan, yang place & mat pulak biasanya utk membincangkan topik yang sama utk semua kumpulan.


sesuai digunakan dalam kelas tapi kalau setiap subjek seminggu sume guna kertas majung, takut jadi fobia lak ngan kertas majung.hehe

KAEDAH GALLERY WALK

Cadangan alat yang boleh digunapakai:

- kertas majung ( ikut bilangan kumpulan)
- pen marker ( 3 warna kasi cantik sikit )
- ahli kum yang tulisan cantik, pandai dan suka melukis
- ahli yang bagi idea
- ahli yang berkeyakinan utktlg tampal kat dinding
- dan plg penting gembire :) utk buat presentation

Gambar sebelah ni: proses tgh melorek dan mencantikkan (touch up) peta minda yg dibuat . Ha nampak tak ada tangan2 yg diberi anugerah melorek tu?hehe

Proses:
1. Kump diberi topik mengikut pembahagian subtopik berlainan
2. Buat perbincangan bersama ahli
3. Tulis hsl perbincangan dalam kertas majung mengikut kreativiti ( biasa sng buat peta minda la, tgk kesesuaian)
4. da siap? tampal kat dinding, sorang akan tinggal utk prsent mewakili kumpulan
5. Ahli kumpulan yg lain akan melawat hsl pmbntgn kumpulan lain mengikut pusingan jam smpi habis
6. klu rase mcm ada nak tambah, bole terus tulis kat situ.

KAEDAH PLACE & MAT ACTIVITY
Alatan: sama dgn gallery walk
Proses:
  1. Setiap kumpulan mesti ada 4 ahli mewakili A, B, C DAN E
  2. Tanpa berbincang, tulis jawapan mengikut tajuk yang diberi dlm masa 1/2minit
  3. Bila masa tamat, bandingkan jawapan ahli , dan letakkan jawapan yg sama di petak E
  4. Secara rawak, guru memilih mana2 kump utk membuat ringkasan ttg aktiviti
(yg ni xde gmbar sbnr)
Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.