corEtan akAsHah

Tuesday, April 23, 2013

ujian KIPA
April 23, 2013 3 Comments
Huhai tak terkata rasanya sebaik terima soalan KIPA masa tu.. Rasa mcm tgh seat soalan PTD pon ada jugak. Punye semangat menulis nota dgn Hint2 yg dpt.. sekali yg keluar byk soalan am..

Mcm ni kot mukenye tgk soalan no.1 dia ty psl surat rasmi, 
tgk page ke2, dia ty pasal penyusunan fail..
Sabar je la.. xde pon blajar dlm kelas.. ok be positive.. pengetahuan am tu..

Soalan objektif 50 soalan.. nak tulis nama pon kena pki objektif jugak..
Bayangkan insan yang diberi nama sampai 3 suku kata tu.. heheh
x best sebenarnye soalan objektif ni.. jwpn nye 4 tu jela, klu x A, B, C mesti D

Cuba la soalan esei mcm induksi tu, 
mesti macam gambar kt ats ni la jadinye.
sng sikit nak menggoreng sampai hangus

tapi hakikatnye?
objektif la objektif.. tadaaa
dan antara byk2 soalan dalam tu,
ada 4 soalan berturut psl multiple intelligence
atau kecerdasan pelbagai, yg tu je jwb paling yakin betol.. 

soalan yg lain kita baling dadu.. heheh





Reading Time:

Monday, April 22, 2013

koleksi madah di tanah tinggi
April 22, 2013 5 Comments
2 minggu berada di tanah tinggi ni, memang rasa tenang dari segala kerja kat opis tu. Sebulan rasanya tiada sabtu ahad duduk di rumah, setiap minggu kena kerja. Nak gi kursus ni pon aritu, terpkasa siapkan transkrip untuk pelajar konvokesyen.

Memang tak dinafikan, rasa sejuk kat sini ada rasa luar dari biasa. Tapi pergerakan kat sini pon luar biasa malasnya.. haish apa nak jadi ni. Kalau nak cerita yang x best? BANYAK ok.. malas nak citer panjang. 

Berita tak bestnye, Preve pancit kat Pasir Gudang, die rindu kan kat tuan die yg comel ni.. hehe.. Kunci kete tinggal kat housemate tersayang tapi steering lock bole lupa bagi.. aduhai akashah, kenapa la bole lupa.  Banyak makan semut.

Hmm, setelah sekian lama ilham berpuisi menghilang, di sini lah bermacam kata tercipta.. Ala-ala lagu FAizal Tahir tu " Memori Tercipta". Macam kat bawah ni. 


Kalau tanam kacang xkan nak dapat gula2.. Bila daki tangga ke atas takkan boleh jumpa keli di air.
(11 April 2013)

Cuma darjat kesabaran yg tinggi mampu mencipta satu keajaiban, insyaAllah
(12 April 2013)

Dlm mencipta satu kehebatan, tiada istilah lambat atau cpat, paling penting kesabaran.. Cuma darjat kesabaran yg tinggi mampu mencipta
(13 April 2013)

tugasan individu KIPA ni cuba menguji keyboard ni berbicara tentang pdp tapi akhinya ia lebih petah berbicara di muka buku..
(14 April 2013)

Lazimnya isnin tu mengantuk, kebiasaannya permulaan tu sukar, normalnya baru itu seronok (ek?), tp lazim dan kebiasaan itu hanya mentaliti, hati yg seronok tu mampu mengatasi keduanya..
 (15 April 2013)

bila Tuhan tarik nikmat yang selama ni kita lupa.. mampukah kita membawa kembali apa yang telah kita persiakan sebelum ni.. bila Tuhan menguji.. berupayakah kita bersandarkan kasih-sayangNya bukan hanya ujian pencipta terhadap hambaya? Kuatkan hati hambaMu agar tidak jauh dariMU
(16 April 2013)

Knangan terindah takkan mampu terucap hanya dengan kata2
(17 April 2013)

transform minda...dr alm mimpi ke realiti (18 April 2013)

Penat tidak mampu digambarkan dengan kata-kata, gembira tidak tercanting dalam lukisan, sedih mungkin merajai nurani yang memadam rasanya benci, bersabarlah wahai hati.. jangan terganggu dengan emosi, bertenanglah jiwa, jangan tergugat dengan tragedi
(19 April 2013)



p/s: dah lama gile x wat keje2 camni.. alhamdulillah ilham datang lagi setelah kian lama menyepi. Ni semua sebab...bz sgt la kot
Reading Time:

Sunday, April 21, 2013

Jom study 5 : kerangka Pengurusan PdP
April 21, 20130 Comments
Charlotte Danielson (2011)
Gambar dalam kelas sustainable tourism. aktiviti forum perbincangan tentang sustainable tourism di Taman Negara

 Apakah 4 domain dalam Kerangka Charlotte?
  1. Perancangan & Penyediaan
    • Penguasaan isi kandungan & pedagogi
    • pengetahuan mengenai murid
    • Tetapkan hasilan pengajaran
    • pengetahuan ttg sumber (bhn mengajar)
    • mereka bentuk pentaksiran murid (Sesuaikan dgn situasi sebenar) 
  2. Persekitaran bilik darjah
    • Bentuk persekitran saling menghormati dan bekerjasama
    • bentuk budaya pembelajaran
    • prosedur2 bilik darjah
    • mengurus pelakuan murid
    • mengurus persekitaran fizikal
  3. Pengajaran
    • berkomunikasi dgn murid
    • teknik soal dan bincang
    • libatkan murid dlm pmbelajaran
    • pentaksiran dlm pgjaran
    • menunjukkan fleksibiliti dan sifat responsive
  4. T/jawab Professional
    • imbas semula pgjaran
    • kendali rekod dgn tepat
    • berkomunikasi dgn kluarga
    • pglibatan komuniti professional
    • perkembgn professionalisme
    • pemaparan professionalisme

Outdoor class, trip organization dalam subjek Travel Agency Operation di KL Gallery
Reading Time:
Jom Study 4-kajian tindakan
April 21, 20130 Comments
1. Siapakah bapa kajian tindakan
    KURT LEWIN

2. 4 Elemen kajian tindakan (PAOR) -OLEH Kemmis 92')
  •     merancang (plan)
  •     Bertindak (act)
  •     Memerhati (observe)
  •     Mereflek (reflect)
3. 4 cara kumpul data/alat kajian
  • soal selidik (terbuka @ tertutup )
  • pemerhatian (berstruktur @ tdk berstruktur)
  • temubual (face-to-face/telefon)
  • analisis dokumen (manual @ spss)
4. Pendekatan / metologi ada 2:
  • Kualitatif
    • bersifat subjektif
      • percakapan
      • pemerhatian
      • penyemakan perk yg dkaji
  • Kuantitatif
    • bersifat numerical dan libtkan statistic trhdp data
      • sampel besar/populasi
      • mklumat melalui fakta dan bukti statistic
      • penganalisaan statistic melalui spss
5. Prinsip Pengumpulan data
  • Mudah diperolehi
  • Kesahihan data
  • cukup utk rumusan
  • relevan utk kajian
  • boleh pindah balik
6. Panduan menjayakan temubual
  • Gunakan soalan probing spt apa pndgn tuan...?
  • ulangi soalan jk perlu
  • beri masa cukup utk responden jwb
  • tiada paksaan atau ugutan
  • berhenti jika ada riak keletihan dr responden 
7. Refleksi Program intervensi terdiri dpd:
  • nama program
  • tarikh laksana
  • aktiviti
  • refleksi program ( reaksi subjek, keberkesanan, kekangan)
Contoh penuh Kajian tindakan
  1. Kulit Depan
  2. Kandungan muka surat
  3. Abstrak
  4. Pengenalan
  5. Latarbelakang Kajian
  6. Masalah kajian
  7. Kepentingan kajian
  8. Matlamat kajian
  9. Objektif kajian
  10. Soalan Kajian
  11. Rekabentuk kajian
  12. Tinjauan literature
  13. metodologi kajian
  14. Dapatan kajian
  15. Perbincanagn
  16. Kesimpulan
  17. Bibiliografi
  18. Lampiran
(jika proposal kajian perlu tambah bajet dan jadual perlaksanaan kajian sebelum bibliografi)
Reading Time:
jom study3: Falsafah Pend. Kebangsaan
April 21, 20130 Comments
nama pon slot falsafah, normalnya ngantuk abes bila masuk slot ni.. terima je la apa yg masuk time tu, yg pastinya notes ni kasha x conteng notes sgt ms dlm kelas.. hmm watpe ntah time tu.. haish.. dok nengok video je lebih kan.. hoho
falsafah pendidikan kebangsaan ni, masa nak interview jd pensyarah dulu, bukan main hafal lagi, gile panjang mcm ni.. heheh
seb bek kali ni xyah hafal sgt kot sbb soalan objektif..faham sudah..
Konsep @ hasratnya, :
  1. lahirkan modal insan seimbang dr segi JERI ( Jasmani emosi rohani intelek) bersandarkan kpercayaan & kepatuhan kpd Tuhan.
  2. pendidikan bersepadu dr segi BIN ( Bahasa, Ilmu&kemahiran, Nilai murni
Perlaksanaan melalui:
  • kurikulum & sukatan pelajaran
  • pdp
Hasilnya:IP4BS
  • insan yg baik
  • percaya & patuh Tuhan
  • berilmu , berpengetahuan & brketerampilan
  • bertanggungjawab
  • Berakhlak Mulia
  • Berbakti, menyumbang kpd Negara
  • sahsiah sepadu &seimbang
_________________________________________________________________________________
SIstem Pendidikan (ikut tahun huu sejarah uh)
  • Penyata Razak 56'
  • Laporan Rahman Talib 60'
  • Akta Pelajaran 61'
  • Laporan J/kuasa Kabinet 74' & 79'
  • Falsafah Pendidikan Negara FPN 88'
  • Akta pelajaran 96'
  • Falsafah Pendidikan Kebangsaan 96'

Pembangunan Pendidikan
  • Rancangan Pembangunan Pendidikan 2006-2010
  • NKRA
  • PPSMI?

Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.