corEtan akAsHah

Friday, October 05, 2012

Puisi Hati
October 05, 20120 Comments

Berteladankan ombak memukul pantai,

Menghilangkan cakaran dek tingkahnya lawan,


Berpandukan angin,

Dari barat ia bertandang ke timur,

Titisan hujan tidak dihirau,

Hilang pasang surutnya air,


Yang dicengkam tiba masa perlu diurai,

Yang dipendam tiba masa harus dipadam,


Ibarat orang darat ke pulau,

Tiba masa naik ke darat,

Umpama  penyu bertelur dipantai,

Akhirnya laut juga tempat bermain..

nukilan (akashah, 05 oct 12, 10.20 pm)

ni penangan gi sibu sampai 2 kali dlm sebulan.. 
jd pencetus ilham lak.. stlh sekian lama blog ni berhabuk kot




Reading Time:

Thursday, October 04, 2012

Seloka Rasa
October 04, 20120 Comments
Yang selerak sudah disusun
Beralas cantik bertatah delima
Yang retak sudah meruntun
Hati dicarik duri terluka

Bukan suasa bukan berlian
Hanya meranti berhias mawar
Tersilap rasa dek katamu tuan
Sakit dihati tiada penawar

Meniti jambatan bertali reput
Hati-hati terputus talinya
Rasa terkilan terlalu berlembut
Akhir diri sendiri merana


Cantik tidak bukan puteri
Apa lagi emas untuk berbudi
Hanya berbekal ikhlas dihati
Salah tafsir berkalang benci


Berkaki ayam cuba berlari
Sayang kaki terpijak duri
Hendak diam cuba menyepi
Tapi rasa tak sampai hati




-nukilan akashah, 4 oct 2012, 9;41pm
Reading Time:

Thursday, September 27, 2012

2 trip ke sibu dalam sebulan

Saturday, June 23, 2012

ijazah kelas pertama sblm 2010 tetap dihargai-ptptn
June 23, 20120 Comments
kalau benar bagai dikata.. Alhamdulillah.. bestnya.. klu sebelum ni x tergolong dlm syarat2 pengecualian... skrg dapat pon.. xsia2 usaha slema ni.

, 
tweet ngan Menteri Pengajian Tinggi

Kosmo! Online - Terkini

update: lupa nak update..
memang berjaya dapat pelepasan ptptn degree tu..wee
seawal 4 pagi kasha dan dayah bergerak ke shah alam untuk dapatkan cop pengesahan counselor uitm kat sijil kita. siap terus shoot ke kaunter ptptn kat KL Sentral.
So sekarang ini bayar yang diploma aje lah. lagi 7K nak setel
Nampak kan tu muka ada senyum sebab tak payah bayar loan degree.


Reading Time:

Thursday, June 21, 2012

Seni interpretasi dalam kelestarian sumber alam
June 21, 20120 Comments

Penghujung Selatan Tanah Besar Asia

Penghujung selatan diberi nama,
Konservasi bakau taman negara,
Tanjung Piai tempat ternama,
Menjadi sebutan diluar negara. 


On-site interpretation

Antara kaedah interpretasi yang menarik perhatian pengunjung. Kalau kebiasaannya, "Jagalah kebersihan, Cintai alam sekitar, dan konvensional papan tanda, Tg. Piai mengambil inisiatif mengetengahkan bahasa Malaysia dalam interpretasi ayat untuk mendidik pelancong secara tidak langsung. 
Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.