Majlis apresiasi staf ini berlangsung pada 10 Februari 2023 bagi pencapaian 2022.
Anugerah staf paling terinspirasi disampaikan oleh Pengarah dan diiringi Timb. Pengarah.
Bahagian anugerah ni berdasarkan vote google form. Hakak pun tak pasti inspirasi yang mana yang terlebih ni. Mungkin perkongsian tutorial online. Apapun terima kasih kerana sudi mengundi.
Anugerah staf paling aktif sumbangan luar disampaikan oleh Ketua Jabatan
Anugerah disampaikan berdasarkan myperformance yang kita isi dalam HRMIS setiap hujung tahun.
Sumbangan luar pun banyak berkisar program di bawah pasukan Bonda Nor Sdn Bhd. Program Kembara Semangat, Pesta Buku Antarabangsa, Penulis, dan lain-lain. Kadang-kadang tu melibatkan hari weekday. Adalah sekali dua apply cuti.
Selain itu, banyak ambil peranan sebagai penceramah luar, hasil perkongsian cikgu online. Terima kasih kepada beberapa universiti, politeknik, NGO dan lain-lain yang menjemput Kashah untuk berkongsi ilmu.
Ada juga sumbangan luar, atas lantikan peringkat JPPKK, Sukarelawan, CSR, pertandingan KIK dan lain-lain.
Wakil menerima sijil penghargaan unit pengurusan pelancongan
Naik menerima sijil sebagai wakil staf Unit Pengurusan Pelancongan yang sama-sama menyumbang kepada prestasi poli bagi tahun 2022. Awal tahun 2023 adalah tahun ke-5 bergelar Ketua Program. Sesi awal 2023 dah serah tugas kepada Hidayah. Hah.. lega.
No comments:
Post a Comment