Sebenarnya fungsi camera recorder semasa memandu sudah menjadi keperluan berbanding membeli peranti kayangan saat kita telah memiliki peranti yang biasa-biasa. Haha ayat feeling victim aku.
Macam nilah apabila gadget kamera perakam dah tersedia dalam kereta, legalah sikit. Memanglah kita doa agar terlepas dari sebarang kejadian tak diingini.
Tapi benda ni dah kena ada.
Bahan bukti dah tersimpan andai kata insiden yang tidak diingini berlaku. Lebih-lebih lagi saat kau memandu sendiri tanpa saksi, atau di kawasan sepi.
Gadget baru tapi dah guna lama. Terang juga lens kamera dia. Rakaman pun stabil, audio pun ada. Ni kalau pusing depan lens dia, boleh selfie berjemaah. Boleh tengok rekod rakaman melalui HP. Senang nak transfer, hanya guna wifi sahaja. Jadi kalau nak delete memori pun mudah.
Bak kata pepatah, kita perlu sediakan payung sebelum hujan.
Apapun tepuk dada tanya selera. Kalau ada kepok-kepok dalam wallet, beli je semua, peranti kayangan plus Camera recorder. Puas hati. Tak ada la masuk mimpi.
Boleh baca tips pemilihan kamera perakam dari https://careta.my
Pastikan ia mempunyai resolusi minumum HD 720p kerana jika lebih rendah, anda akan mempunyai masalah untuk membaca nombor plet kereta, jenis kenderaan atau muka pemandu wanita yang comel itu.
Dashcam dengan resolusi HD 1080p dan 2K memang ada tetapi fail video terlalu besar dan memakan memori.
Kapasiti simpanan memori
Contohnya, satu jam video HD 720p memerlukan ruang memori antara 1GB ke 2GB.
Untuk satu jam video HD 1080p, anda perlukan 6GB ke atas.
Jangan beli microSD dengan memori yang terlalu rendah. Paling minimum yang disyorkan ialah 64GB.
Jika anda membeli dashcam yang terlalu murah, pastikan kad memori anda dari jenama yang boleh dipercayai. Jika tidak, kad memori murahan mempunyai kebarangkalian fail video anda rosak (corrupted file).
Haha meratib nak peranti terkini sebaik model baru dipasarkan, keterujaan meninggi apabila menonton hasil video-video dan gambar dari peranti tersebut di media sosial. Cuma itulah, mimpi je lah sebab itu cuma kehendak bukan keperluan. Lain teringin, lain yang aku beli. Begitulah...
3 comments:
kereta lama takde kamera ni, insyallah kereta baru nnti memang nak pasang. Memang sangat berguna
Peranti macam ni dah wajib pasang bagi yang mampu. Elak dan cegah sebelum benda buruk berlaku. Atleast ada bukti kalau apa-apa jadi
@norhidana, betul dah jatuh wajib
@rodiah Amir, setuju sangat
Post a Comment