Dia pergi macam tu je - corEtan akAsHah

Monday, May 02, 2022

Dia pergi macam tu je


Dalam kekalutan Syawal menjelma,
Kita terlupa ... 
Sebenarnya Ramadan sudah pergi meninggalkan kita.

Dia pergi macam tu je ...
Tamu yang hadir sempurnama lalu mengetuk pintu pamit tanpa bertemu,

Entahlah tiba ada rasa menjengah, Mengapakah begitu?

Malam tadi,
Ada insan yang sedang bersedia menunaikan tarawikh terakhir,
Namun rupanya peluang itu tidak muncul tanpa kita duga,

Malam tadi
Ada jiwa yang baru mula mengatur indahnya berada di tahajud dan sahur untuk sekian kalinya,
Namun akhirnya berkumandang takbir raya memecah suasana,

Apakah ceritanya?
Buat kita tertanya-tanya...
Adakah ada Ramadan lagi untuk kita? 
Adakah ini Ramadan terakhirku, Allah…😔

Cuma yang harunya
Dia yang satu lagi muncul tiba-tiba ...
Ibarat satu gendang bergema satu Malaysia,
Entah mahu bersorak
Entah mahu menangis
Atau entah mahu apa lagi?

Kata Ustaz
Alah, tenang-tenang aje...
Baru kalut tiba-tiba raya, 
Cari lauk, ayam kambing semua
Kalau tiba tiba kiamat, apa nak cari ya?

Menulis pagi ini,
Rakamkan kenangan di sini,
Usai maghrib tadi, 
Dia pergi macam tu je...

Entahlah 
Terlalu banyak peristiwa sekarang

Kata orang,
Dua tahun Syawal dihadapi dalam pandemik,
Kita mengeluh kerana tak dapat berkumpul,
Tup-tup Allah bagi kita pembuka tirai Syawal dalam panik!
Nikmat yang satu ini cubalah disyukuri,
Alhamdulillah ...

Apapun yang Tuhan atur,
Kita terima seadanya,
Doa agar amalan sebulan diterima,
Teruskan beramal untuk hari yang seterusnya,
Penghujung ibadat bukan pada pergimya dia tapi sehingga ke hujung nyawa,
Teruskan beramal,
Semoga dipandu olehNya,
Insya-Allah


Coretan Akashah
6.29 pagi
2 Mei 2022


Salam Aidilfitri semua

Salam kemaafan moga amalan kita diterima




No comments:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.