2 September - corEtan akAsHah

Wednesday, September 02, 2020

2 September

2 September 2016
Genap 4 tahun ayah telah pergi meninggalkan kami.

"Kita dah takde ayah..." 
Satu ayat dari Kak Yung sebaik selesai urusan pengkebumian. Pendek - namun ada rasa meruntun jiwa mendengarnya. Panas dirasakn seluruh muka, dan perasaan seakan bercampur-baur.

Mengenang kembali, beberapa  jam sebelum pemergian arwah.
"Allah, jika pemergiannya menamatkan segala derita sakit yang ditanggung selama ini, Aku redha Ya Allah. Sesungguhnya aku menyayanginya. Kau ampunkanlah dosa-dosanya, Ya Rahman. Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui apa yang terbaik" 
Doa terakhir malam pemergian ayah. Saat diberi kekuatan, entah kenapa malam itu, doa itu terkeluar sebegitu usai bacaan yasin. Sedangkan sebelum ini, doanya berbeza ;dipanjangkan umur, disembuhkan penyakit dan seumpamanya. 

"Kita bukannya tak ada ayah, cuma pinjaman dari Tuhan telah dipulangkan kepada pencipta."
Dalam kenangan....
Seorang insan yang bergelar ayah, tetap tersemat dalam memori. Sampaikan rindu dalam doa. 

 Alfatihah buat Kassim bin Ghaffar.


Ayah semoga tenang disana...

No comments:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.