Lebaran kali ini
tidak serupa seperti sebelumnya
Malah Ramadhan kita
yang baru lepas juga berbeza dirasa
Saban hari
Satu demi satu nikmat
yang biasa kita amalkan mula ditarik
Puluhan larangan
mula di bangunkan
Antara paksa atau rela
Keresahan bercambah
kebanjiran statistik dan fakta
kematian merundung kesedihan
tersiar di kaca televisyen
bukan lagi perkara mengejutkan
Ah!
Penuh ...
Biar beribu pun kisahnya
Baik dalam tangis dan tawa
Pahit ... Perit yang dirasa
Kerana rindu ini bukan sedikit
Apalagi mahu di buat-buat
Tapi
perlu diingat yang rasa ini
Bukan cuma kita sahaja yang rasa
Betapa ramai yang terluka
Malah ribuan barisan hadapan
Berkorban dan merindui keluarga
Demi kesejahteraan berjuta nyawa
Namun bila tiba saatnya
Seia sekata
Hari kemenangan tetap kita raikan
Saat Ramadhan berlalu
Syawal mula mengganti tempatnya
Walau apa apa terjadi
💓Tunggu dan bersabarlah
Doa dipanjatkan- Jangan pernah berhenti
Semoga ada yang baik menanti kita.💓
Percaya
Moga ada cahaya bila waktunya tiba
Yang pasti
Kekallah di rumah
Kekal selamat dan
Kita jaga kita
nukilan
Akashah Kassim
Mengharap Covid19 berlalu pergi
Dan jangan pandai datang lagi.
__________
Salam Aidilfitri diucapkan
Dengan rasa rendah diri, mohon diampunkan segala kesilapan baik sengaja mahupun tidak sepanjang perkenalan.
Maaf atas apa yang tertulis di blog ini atau lain-lain medium.
Maaf juga jika ada ada yang buat jiwa terusik atau adakala menjengkelkan.
Sekalung penghargaan buat yang sudi membaca tulisan seorang Akashah Kassim baik di media elektronik mahupun buku Seadanya Kuterima, Relakslah! Dan Bahagia tanpa Syarat.
Terima kasih atas ukhuwah yang terjalin sepanjang perkenalan baik secara langsung mahupun cuma di alam maya.
2 comments:
Salam Aidilfitri
Salam Aidilfitri Yanie Yusuf
Post a Comment