Nun yang ditambah pada bacaan apabila mana-mana kalimah yang berakhir dengan Tanwin (baris dua) bertemu dengan mana-mana kalimah yang bermula dengan Alif Lam ( ال ) atau Hamzah Wasal ( ا ) . Nun ini juga disebut dengan Nun Wasal atau Nun 'Iwadh, atau Nun Pengganti. Nun Wiqayah dibaca dengan baris bawah (kasrah).
Kena tanda
Siap tanda 33 tempat yang perlu dibaca dengan huruf nun. Kenalah tanda semula sebab takut lupa.
Dulu time sekolah ada belajar tapi itulah dah tukar-tukar Quran ni lain lah jadinya.
Dulu ingat lagi time baca surah, ustaz offer (lupa lah nama ustaz tu kat SMKPD, Keratong, Pahang)
"Siapa dapat baca ayat ni dengan tepat, saya bagi seringgit!"
Wah riuh masing-masing mencuba tapi sayang semuanya salah. Maka berlalu begitu je offer tu. Jika diikutkan, nilai macam tu mewah juga la makan kat kat kantin.
Quran Muslimah cantik dari kak Liza Suhana. semangat nak baca. TQVM
Purple sepasang pula dengan telekung pemberian Kak Ros baru-baru ni. 1 set sangat. Layanzz.
Sejadah hijau dari iza ahmad, masa dia pergi umrah aritu. Sempat bagi juga.Eh patah balik citer tadi
Yang Kasha tunjuk ni tempat ke 32 & 33. Jadi kalau nak tengok lagi sila rujuk Tutorial dari Zulkifli Che Noh di url berikut
4 comments:
Terima kasih atas perkongsian, kadang terlupa istilahnya
Sama-sama
Istilah lupa tak apa
Bacaan tu yang lebih utama
InsyaAllah sama-sama Kita mengingatkan
Terima kasih sharing. Mommy singgah follow sini..")
Sama2
Tq
Post a Comment