Bunga oh bunga - corEtan akAsHah

Saturday, May 12, 2018

Bunga oh bunga

bila dah ternampak 
Hati tak boleh kata tidak
Mata mula meliar 
kearah yang cantik berkembang ini
tangan mula mencapai 
lebih-lebih lagi bila semakin dekat dengan kita
hidung dah cuba menghidu aromanya

Cuba tarik hp sendiri
Alamak lupa dia tak sihat lagi
Macam biasa hp hanim akan jadi mangsa
Snap sana snap sini
Sebab terlebih teruja
Sebab dijamu berjambak bunga
Teruja macam jumpa teh ais
Rasa nak makan je. Abes bunga pon nak buat makanan. Lapo sangat apa? 
Bukan memetik dari pohonnya
cuma tak nak bazirkan ia
cuma memanfaatkan apa yang ada
Dari hanya cuma jadi hiasan mata
tak gitu?
bau apa? 
bau bunga lah!! hehe..
wangi tak? 
bukan macam perfume.. 
tapi bau aroma semulajadi
bukan wangi dibuat-buat
kuning , putih dan merah
kalau ikutkan setiap warna bunga ada makna tersendiri
bunga kuning 
mewakili kepercayaan, kasih sayang, rasa hormat, persahabatan, dan rasa bakti.
bunga putih
mewakili kejujuran, kesucian, dan kesempurnaan.
Bunga merah 
adalah bentuk simbolik yang paling dekat dengan hati.

ooh pandai-pandai je kan..orang bagi makna bunga ni..
tapi kan kalau tengok depan2 
bunga merah tu memang paling cantik tau..
cantik sangat
kasha amik bunga ini masa kat tepi pentas
dari dia membazir kan kat situ
baik kita amik..
pastu asyik kena tegur je.
'tak abes2 ngan bunga dia'
hehe senyum lebih eh arini.
nak buat apa lah tu bawa balik
nak mandi bunga?
nak rendam buat air?
nak tabur atas katil? 
tidur atas bunga?
letak dalam kete lah.. 
kasi wangi sikit kete kita
lagipon perfume kete dah abis tu
Abeslah malam ni mimpi bunga aje. 
salam 26 syaaban
tak lama lagi akan tibanya bulan ramadhan
takkan tak move on lagi pasal politik
jom bersedia untuk bulan pengampunan

2 comments:

norhidana said...

org kalau dh minat ngn bunga nih....mmg lain mcm skit, bunga takde bau ke, bau busuk ke janji bunga... kita tgk pun dh rasa hati heppi berbunga2...

Akashah Kassim said...

norhidana, hehe kan? sebab dia cantik dipandang..warna dia pon cantik

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.