Misi ke Bukit Panorama - corEtan akAsHah

Saturday, March 17, 2018

Misi ke Bukit Panorama

Misi lah sangat kan?
Plan nak jelajah alam semulajadi dah lama fikir..  Lepas semua pasaraya, hampir semua tempat makan viral kita dah sapu kat Kuantan tu. Nampak macam banyak jalan2 sini. .Bukan lah sebab seronok sangat duduk sini. Tapi cuba untuk hiburkan hati.  Snap2 gambar mana yang cantik kita kongsi..  mana info yang berguna kita cerita..  (huh itu pon dah ada yang sakit hati baca eh?) tapi dah itu je cara kita hiburkan hati..  Kalau tak suka scroll down aje lah. Hidup ni mudah wei..
Nanti kalau diri sendiri yang tak hiburkan hati, siapa lagi?  Suka kot tengok status sedih2.. Cerita sedih2.. Nak mogok bagai..  Lepas tu hati kita yang sakit juga..  Lama2 boleh stress.  Dapat penyakit lain pulak.  masa tu sape yang susah?  Diri sendiri jugak kan?  So whatever lah!
Jauh dah menyimpang dari tajuk.. 
Meh patah balik.  jarak perjalanan dari kuantan rumah sewa sekarang lah.. Dalam 45 minit..  Pesanan penaja baik isi minyak siap2 sebab start dari felda panching ke bukit panorama,  kasha tak jumpa pon stesen minyak.. (ini hanim soh tulis bila kasha post kat blog.  Sebab dia paling nervous bila nampak minyak kete kasha tinggal 1 bar. . Nak gi teluk cempedak boleh lagi ni) Gamble, wei minyak 2 bar pergi sana..  Masa pusing2 dalam area sungai lembing ada lagi 1 bar bersamaan 103km.. Boleh lagi tu. Sebab kete manual tak makan minyak sangat. Lagi kalau tak pasang aircond. Huhai turun berpeluh2 takyah aircond lah. Bercampur2 kang bau.. Pengsan
Ok jom baca plannya
Rancang Masa bertolak pukul 7 pagi.  memang takde sunrise lah time tu. .Ni kes nak cuba sampai sana je. Tapi ending pagi tadi.. Pk 7.30 baru kuar rumah..dan plannya nak beli roti n air buat alas perut kat shell.. Tapi shell tak jumpa langsung. Haha naik dengan perut kosong.. Dan secara automatiknya naik tak bawa air.  Tak perasan plak kat bawah sebelum naik ada jual air. Hehe.
pengalaman first time @bukit panaroma
Dah lama rasanya tak hiking.. Rasanya last naik gunung ledang 2009, naik bukit soga 2011.. Pastu naik tingkat asrama 10 tingkat 3 kali berturut2 2017(kategorí hiking ke ni?) pastu takde dah. Kali ni pancit gak lah seperti kebiasaannya situasinya bila kasha hiking😝.cuma takde scene tolak2, tarik2 dan mengantuk sebab makan ubat.. 😆😆 nice view kat atas.. Sejuk je sebelum sampai puncak..dah sampai puncak panas dia tak boleh nak cakap. 8.30 start naik 9.30 baru sampai. Itu pon ramai dah yang turun.. Diorang naik jam 6.00pagi -6.45pagi. Tak pasti ketinggian sebenar bukit panorama ni.  Banyak versi cakap pasal ketinggian bukit panorama antaranya 320m, 291m, 271m.Yang penting memang rasa jauh la bila hiking..

Setiap kali berselisih dengan hikers yang rata2 nya dah nak balik.. Banyak kata2 diorang. Bagus diorang ni. Dan tak boleh Percaya kata2nya bila selisih dengan orang.. 
Sikit lagi kak..(nasib baik dia panggil akak bukan makcik.huhu) Sikit je lagi je dah nak sampai.5minit lagi sampailah tu.
Tak kurang jugak yang bagi semangat dan tips..  
Ada uncle tu tegur..  
Pernafasan tu betulkan..  Tarik dalam2 lepas kuat2. Haha pakcik sy tengah laut ke atas darat ke memang fail pernafasan ni. Heheh layan je. 
Ada jugak yang positif
Rileks2 je jalan.  Slow2 buat apa nak laju2. . Tengok keliling.. Dengar macam2 bunyi.. Enjoy aje.. 
Dan ada juga yang sakarstik
Abeslah kalau gini gaya jalan.. Esok la baru sampai..  
(amboi gurau kasar nampak?) 
Ada jugak yang bagi real situation
Sekarang ni akak baru sampai 1/3 jalan. . Ada lagi 2/3 lagi nak sampai..  Ds sampai atas nanti ada jalan 2 cabang..  Pastu naik tangga sikit. .sampai. clear instruction adik tu bagi.. 
Reaksi kasha? 
Kalau tak senyum..  Jawab ye lah aje..  Tak larat nak buka mulut.  Fokus menapak 5tangga 5 tangga berhenti amik nafas. Dah ok sikit 10 tangga 10 tangga  berhenti amik nafas..  Kadang2 berhenti amik gambar. Hehe. Bila dah tak ok sangat berenti kat pondok. Haha. Tu yang orang biasa naik 30 minit.. Kita jadi 1jam tu
Cerita misteri
Dah sampai tangga terakhir dalam 5 anak tangga gitu. Dengar pulak budak mengaji.. Baca fatihah.. Nervous ada rumah ke kat sini. Kita terikut sekali baca.. Bila dah sampai atas tengok.. Ooh rupanya ada hikers ajar anak die baca fatihah kat pondok rehat. Huhu misteri selesai.
Lama gak lepak kat puncak.. Teruja tengok kehijauan alam. Sempat gak sally video call atas tu dari pulau sibu..
Dan yang pastinya snap kat atas mesti lah ada..  Bila turun laju lah sikit dari mendaki tadi.. Cuma masa ni baru perasan lutut kiri tak berapa baik sangat.  Jadi lebihkan turin lutut belah kanan..
Masa naik tu,  terfikir juga kenapa la susahkan diri panjat tinggi2 ni. Rasa nak turun balik pon ada.. Tapi semangat first time nak sampai tu ada. Yang pasti berbaloi sampai atas.  Puas tengok keindahan alam.  Subhanallah.
Sampai bawah baru nampak.. 
Ooh ada beberapa kemudahan
-tongkat kayu utk disewa rm1
- toilet rm0. 30
-jualan air mineral & 100plus
(kasha cite ngan hanim dalam beg takde air untuk power diri sendiri.. Yang ada cuma power bank untuk handphone.sebab xjumpa mn2 kedai spnjg jln ke sini td.  Nasib anim bawa air,  tapi bila mendaki kasha xbole minum banyak sangat pon..  Sebab nanti sakit perut kiri nanti..  Ataupon nak g toilet mana ada tengah2 hutan tu.)
Abes turun mendaki.. Bawa round area sungai lembing.. Dan turun jap kat jambatan gantung.  Ramai yang tegur jambatan tu macam dalam drama.  Tajuknya aku naak pergi new york. Hah,  ye ke?  Tak tengok pon citer tu.
Balik pulak singgah makan.
MEE JAWA POK YEH
Masa komentari dalam bas gi sg lembing hari tu..niatnya nak makan tengahari kat sini..tempat glamer katanya.. Tapi tak sempat. So hari ini, layan jap signature dish dia.. Redah je.. Rasa dia.. Ok bole masuk..  banyak rasa kerisik.. Part pedas gilee kat bunting dia tu..  Kna pedas lagi kot bagi nak serasi dengan tekak orang Johor ni.hanim belanja..  Huhu katanya harap2 93km minyak tu boleh sampai ke stesen minyak seterusnya. . InsyaAllah sempat tu.  Heheh. 

4 comments:

Unknown said...

Hahaha jgn lupa bw uchu g sini tau hahaha

Akashah Kassim said...

Haha. Ada rezeki boleh naik. InsyaAllah. Harap lebih fit lah kali itu

Rodiah Amir said...

Singgah dan follow terus kat sini... naik bukit kena cukup stamina kan kalau tak pancit

Akashah Kassim said...

Salam ukhuwah rodiah amir
Ha ah tu la kasha stamina xkuat sbuk nak naik jugak. Haha

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.