Freeze time video atau video kaku
Kalau ikutkan lah, video ni dah lama ada kat industri pembikinan video atau dikalangan fotograper kat dunia ni.. cuma tetiba kat media sosial baru nak viral.. viral video kaku pengantin lah yang banyak kita tengok.. macam seronok je diorang buat kan..
|
kena bagi kredit kepada Joy Rudy |
Kasha pulak bukan lah seorang yang professional sangat buat2 video, tapi sebab semangat ingin tau dan suka2 ni buat teruja nak hasilkan video cenggitu..
Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, tetiba satu hari nampak tutorial dalam facebook cara mudah buat freeze time video ni..apa lagi, unsur sekeliling dalam opis lah jadi bahan ujikaji.. dek kerana ada yang sporting layankan keterujaan ini, menjadilah jugak teaser freeze time video untuk raya.. cubaan katanya.. pedulilah tak sama macam orang pro, janji puas hati.. hehe..boleh dapat hampir 100 jempol la teaser tu.
Bila teaser dah publish baru la keyakinan tu tinggi nak hasilkan yang full version. Tapi cabaran die pon tinggi jugak.. sebab nak dapatkan kerjasama semua orang beraksi kaku sepanjang masa. Sebab walaupon dah setel yang depan, background tetap xbole gerak bila kita shoot belah lain..jadi pening gak bila jadi gitu.. bila cut plak, nanti ada yang berkecil hati tak ada muka, jadi kita pandai2 lah lajukan .haha
antara video freeze yg boleh di tonton melalui Facebook JPH PIS
Last request freeze time video ialah masa family sendiri beraya.. hah masa ni hp kasha baru keluar hospital.. jadi tak berani nak bagi dia keje berat sangat. Jadi hasil video pon pendek aje la..
No comments:
Post a Comment