cerita hati akashah - corEtan akAsHah

Thursday, May 22, 2014

cerita hati akashah

pesan buat diri...
senyumlah jangan ada iri,
menangislah buangkan rasa benci,
merintihlah mengadu pada Ilahi,
berusahalah jangan pernah kenal erti putus asa
berdoalah memohon apa yang dihajati,

Pesan buat roh berjasad sementara ini,
tenanglah jiwa bersyukurlah hati,
muhasabahlah diri,
berhijrah jernihkan kalbu yang kian terkunci,
istiqamah pada niat, perkataan mahupun perbuatan

Pesan pada hamba yang kerdil ini,
Ingatlah mati itu pasti,
semakin hari semakin dekatnya hari,
hari rahsia pulang kepada pencipta roh diri, jiwa dan hati,
menghadap pencipta rabbi izzati,
ingatlah hidup itu amanah,
memikul peranan khalifah dibumi,
dugaan,kejayaan,kesedihan, kegembiraan itu ujian,
kesakitan itu tanda kasihNya,
menghapus segala dosa,

Pesan buat diri,
agar tidak hanya pada aksara bermain kata dihujung jari,
pesan buat hati,
agar tetapkan iman,
pesan buat jiwa,
jangan biat mazmumah mengganti mahmudah diri,
Alhamdulillah...


#doa akashah 22/05/2014

2 comments:

ieta mat sa'ad said...

Dahsyat bingkisan ini...

Akashah Kassim said...

alhamdulillah.. tiada yg dasyat mana pon.hanya luahan hati je

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.