Coretan akashah? - corEtan akAsHah

Monday, September 02, 2013

Coretan akashah?

Mencipta susunan aksara satu persatu..
Jari menari hati berdetik..
Meniru lagak irama dan lagu..
Mencerna satu kata menyusun kalimah..
Jiwa seakan merintih..
Hati umpama langkah yang mula bertatih..
Jika tersungkur cuba untuk bangkit semula..
Cuba mentafsir apa yang bergelora..
Menangkis suatu yang tak biasa..
Kerna setiap satu ada batasnya..
Cuba mengikis walau rasa rasa berbisa..
Pedihnya mungkin tak kekal lama..
Biar ia jadi bersahaja..
Satu makhluk jiwa seakan meronta..
Berperang antara dua..
Kadang berpadu menjadi satu..
Mencari satu arah ke timur atau utara..
Yang pasti perlu kembali pada letaknya tanda..
Pada haknya..
(Akashah, 2013 - 12.46am)

No comments:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.