Kisah Diari online - corEtan akAsHah

Monday, June 28, 2010

Kisah Diari online

Salam..dah lama rasenye tak berbasa-basi kat blog ni. Malkum ler dah meninggalkan dunie suke-suki seorang akashah bergelar student ni.lambt la plak nak ke cyber cafe (CC) mengupdate ape yg patot. Nak diharapkan broadband?hmm haram. Line pon wat sakit hati jer. Kejap ada kejap takde, kalau ada pon macam hampeh. Nasib baik tak sign up broadband sendiri. Segalanye dihujung jari konon. Sudahnyer terpakse gak ke CC membantu perniagaan orang la katakan. Rasenyer kalau di campur darab bahagi jumlah duit bayar CC tu dah boleh sign-up streamix kot..haha.tak berani lagi beb, belum stabil diri ini untuk melanggan benda alah ni.


Zaman sekarang ni, terfikir-fikir perbezaan sekarang dengan dahulu. Jom ler kite mengimbau zaman2 dulu-dulu. 

Kalau dulu sibuk mengumpul koleksi diari peribadi yang berbagai2 bentuk, sekarang masing-masing sibuk sign-up laman sosial yang dah bersepah macam cendawan tumbuh selepas hujan (hehe..takde pon Nampak cendawan kat sini..padahal bru hujan).apa kata kita tukar bak bertambahnya siswazah mengganggur lepas belajar. Opps ni suke-suki je, kang ada lak Dewan Bahasa dan Pustaka saman plak.
Kalau nak difikirkan balik, masa dulu ada ke orang sibuk nak hebahkan kehidupan peribadi die kat sume org? Kisah suke, duke, pengalaman, tak puas hati, politik, agama, karier, keluarge dan macam lagi le. biasanya yang tahu pon, dalam kalangan sahabat terdekat atau adik-beradik aje. Rahsia tu kemas tersimpan. Sebab tu dulu ada perkataan bed time stories. Sekarang pulak, lain situasinya. Sikit2 nak update.. Pendek kata setiap langkah pon sume nak wat laporan (ayat sekarang update status).. hehe sampai nak tido pon nak tulis. Tapi yang bestnye, ada plak berbalas-balas terus ngan orang len.kalo glamer, ramai lah yang membalas, kalo tak menyepi je la (baca krik krik) macam blog ni jugak kot.huhu..
tapi tapi tapi tak kisah pon blog ni tak naik traffic macam org lain.ada aku kisah?hehe..tak de la nak kejar glamer..apa dapat?hehe lau tanya org lain, maybe banyak yang die dapat kot. For me, just for fun and to fulfill my satisfaction. Just for that.

Berbalik pada topic entry ni semula la. Dah kuar topic lak. 

Andai dikenang-kenang kembali mana buku diari yang selama ini disorokkan dari pengetahuan umum, diletak bawah bantal dengan pen pendek tu. Bawak gi tidur, bwk gi outstation, n mana2 je la.Nak tgk pon tak bagi.yang jahatnyer, ada plak yang sibuk nak membaca diari orang len. Hmm, agak2 la kan dalam diari org tulis apa ekh? Sama ker ngan org tulis blogger ni.tapi rasenyer lagi kreatif kot. Yang manual n kreatifnye bile kat diari tu kita tulis dengan tangan sendiri
Cerita punye cerita, orang yang bercerita ni pon tak pernah pon tulis diari.just imagine berdasarkan pengalaman tgk org nyer diari. Adoi! Kantoi lak..wat pecah rahsie je..huhu..tak la..tgk dlm cerita-cerita drama n filem tu..kan cantik2 org tulis diari.Siap bermadah-madah lagi. mana nak sama ngan orang tulis kat website ni (sama jer).kalo lain pon just background die jer yang senang nak amik kat mana2.tak trkecuali ngan blog ni pon.hehe
Sekarang pulak semuanya terbuka.Kalau kat laman web ni sume dah tersedie URL, html, n banyak gak ler.
 hehe betapa senangnye nak baca diari org len dgn adanye blogger, Facebook, Friendster, Tagged, Myspace dan entah aper2 lagi kat website ni. Nak dengan tak nak jer bace sebab ada yang best, ada yang tak best langsung. Ada yang guna tok luah kan isi hati?hehe untung2 org tu ada baca entry kite. Nak plak dipanjangkan cerita, Kene luahkan cinta, berbalas lah jugak cinta tu, lau luahkan benci? Alamat perang dunia lah jadinye.huhu.Masing-masing pon ghairah menceritakan kehidupan peribadi di website..
Itu je la kot wat masa ni..idea tak berapa nak mencurah.maklum ajela da lama tak mengarang. Papepon hidup blog..huhu..

No comments:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.