corEtan akAsHah

Saturday, March 24, 2012

Da keluar dah pon..
March 24, 2012 2 Comments
Dah lama rasanya tak mengasah bakat buat laporan. Kalau ikutkan masa SPM & UPSR dulu, soalan laporan tu pilihan terakhir la kalau nak jawab. Kira kalau tak wajib jawab, tinggal jeling je la soalan tu. pangkah pangkah. Tak sangka pula time kat poli ni kerja-kerja berkaitan tu la semakin hari macam semakin dekat je dengan kepala (Tambah memori)

Kalau nak ikutkan sejarah, kali kedua terakhir masa buat laporan Makan Malam Perkasa 17 dan kali terakhir adalah masa buat laporan lawatan 3 kali naik turun Pasir gudang-Melaka. Baru-baru ni kena buat tolong S/U Rebranding Politeknik Ibrahim Sultan Akak Maria bersama sediakan laporan penuh. Makin lebam mata ni ha dok menaip sampai 1 pagi.. Semangat katanya. Ni ada link da keluar pon kat website Politeknik Ibrahim Sultan laporannya:

Laporan Penuh Majlis Rebranding

Kat bawah ni gambar di sebalik tabir Majlis yang tak keluar dalam report. Tak payah nak komen banyak sebab memang bukan dalam gambar je nampak gemok, realitinya juga begitu.(amaran.. hahaha)

Sejuk tangan time ni tunggu belakang pentas. Jd usher tok MOU & NOU.

Pengarah: YB, Ni cucuk kt bawah nenas ni ye.. YB Khalid Nordin: Ok.ok hehe

Gimik pelancaran buku 'coffee table' rebranding. Gmbr ni agk kelakar rasenye.. x ble komen byk.

Ha yg tgh tu Ketua Jabatan.. barisan depan tu pakai baju koprat baru Poli. Kak Mima, Kak Ton, Kak Maria ni dulu lecturer kasha time belajar diploma dulu.

Ni semua J/Kuasa dalam JPH bersama wakil IRDA & MATTA.
 Hmm.. setakat tu je la..lepas ni nk sibuk lak dgn konvokesyen.
Reading Time:

Monday, March 12, 2012

Pujangga Bersama
March 12, 2012 4 Comments


Aku menulis bukan niat membangga diri.
apa lagi menjadi pakar falsafah hati..
sekadar meluah isi hati
yg kadg terlalu lama terbuku didlm hati..

Aku menulis bukan niat minta pujian di FB,
kdg memberi ruang nasihat diri sendiri..
agr jiwa tak beku, hati tak mati.. sedar, insaf & ingat pd Ilahi

sekadar berkongsi isi hati bersama sahabat juga berkaitan dengan tajuk ni: Hamidah Haron

untuk menulis bukan hnya sekadar di atas kekunci,
tapi dialirkan daripada hati untk turun ke jari jemari
lalu menari di papan kekunci...
barulah hasilnya disenangi untuk ditatapi dan
akan terkesan kembali pada hati...
hakikatnya menulis bukan hanya untuk ditontoni
tetapi lebih kepada membentuk diri sendir
Reading Time:

Sunday, March 11, 2012

1001 tentang ungkapan Pujian?
March 11, 20120 Comments


Dalam sedar,
suatu masa kita memuji mereka..
dalam alpa
kadangkala terkeji mereka..
Dalam tidak sedar..
kita lupa menghargai kebolehan diri sendiri..
dalam diam
kadangkala kita hampir tergolong dalam apa yg kita keji itu..

Satu pujian adalah penghargaan..
tapi seribu pujian
mampu meletakkan insan di ruang yang tidak tercapai akal

Pujian bak penggerak motivasi..
terlebih menjadi lali..
tiada lagi istimewa kelebihan pada diri..
panjatkan kesyukuran pada Ilahi..
insyaAllah hidup diberkati..kebahagiaan & kejayaan dimiliki

Pujian yang ikhlas biarlah dari hati yang suci
bukan pujian diberi dari hati yang benci;
dalam diam menikam diri sendiri

Nukilan serikandi akashah 2012
Reading Time:

Wednesday, February 08, 2012

REUNION EX-PJB / PIS
February 08, 20121 Comments
Ni x lama lagi nak wat reunion ngan semua ex-pjb.. hah, hrp dpt jumpe reramai kwn2 lama..haha kekasih x kesampaian ke? haha..xpon musuh2 yg paling disayangi?(hah, ada ke?). Sebenarnya, nama program ni adalah MESYUARAT AGONG AKTIVITI TAHUNAN PERTUBUHAN ALUMNI POLITEKNIK JOHOR BAHRU.

Tapi kan agak2 kalu ltk mcm tu kat banner ats ni.. rmi ke yg nak dtg... dah letak meeting je org da berpinor mata (pening)..haha malas nak dtg.. so better letak reunion, lagi santai kan? haha bosan ar nama majlis je meeting nama perjumpaan je nak panggil mesyuarat..so, better wat reunion kan?  hmm ikut perancangannya lah, ni agenda dlm reunion ialah:

a) Ucapan aluan pengerusi
(kire tuan rumah nak borak2 sikit, ucp tq, xkan la org da penat2 dtg x di alu-alukan, volunteer tu.. hehe.. wahai pengerusi jgn ckp pjg2 ye..hehe)

b) Penukaran nama pertubuhan
(ha yg ini nak selarskan dgn pertukrn nama poli, da poli tkr nama xkan nama pertubuhan x tukar kan? so layan je la.. )

c) Aktiviti tahun 2012
(apa nak buat tahun ni? xkan just xtvt mesyuarat agong je kan? haha.. bosan giler namanye.. so wat la paper cdgn yg sesuai kan.. sape2 yg xdpt hadir time ni, ble dtg utk xtvt akn dtg, insya Allah)

d) Hal-hal lain
(hal-hal lain? haha apa nie? kite tggu je la harinye..)

nak citer sikit.. time hr yg sama nampaknya kena kuar masuk le ni sbb dlm masa yg sama ade wat seminar ngan class..harap seminar ni berjaya la. sebab first time jadi penyelaras n try organize seminar. harap Allah permudahkan semua.. Dari xde penceramah, jadi lebih2 plak.. anyway thanks kat yatie, aida, ani, ngan dayah yg sudi jd penceramah jemputan.

n paling xbest sekali, niat di hati nak gi rumah kwn lama yg akan menamatkan zmn bujangnya kat lok heng terbantut..huu :(.. xpe la..mengharapkan terbaik buat mereka.. sSELAMAT PENGANTIN BARU ye IRYANTI & MOHD NOH.


Reading Time:

Wednesday, February 01, 2012

Ertinya ikhlas..
February 01, 20120 Comments



Ikhlas itu sukar ditafsir,
Memberi tanpa meminta ibarat si fakir,

Ikhlas itu bukan untuk dipuji,
Dijulang orang ke sana ke mari,

Ikhlas memberi menambah bakti,
Menuju rahmat Ilahi,

Biar ikhlas itu tersimpan rapi,
Usah dirakam, dikalung anugerah insani,

Ikhlas hati membina rohani,
Belajar untuk sedia memberi,

Memohon pada Ilahi,
Agar sentiasa berbakti seikhlas hati,
Semaikan niat sesuci murni untuk insani,
Yang pernah terpahat dalam nurani,
Biar cuma seketika nanti,
InsyaAllah dikekalkan, mohon diberkati...

Nukilan:akashah kassim 12.25 am, waktu Malaysia
Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.