December 19, 2014
BY Akashah Kassim
2 Comments
Friday, December 19, 2014
Sunday, November 02, 2014
November 02, 2014
BY Akashah Kassim0
Comments
Salam Awal Muharam. Alhamdulillah masih diberi nafas di hari ke9 Muharam ini. InsyaAllah juga esok hari ke10 Muharam juga biasa dikenali hari Asyura.
Pepagi ni, terbuka dashboard blog.. eh eh terbuka ke sengaja buka? abaikan je..
Jumpa post dari blog budak tomato dan tertarik dengan susunan ayat dia
Macam ada kena mengena je sekarang ni hmm
Kita selalu cari sebab.
Kenapa Allah ciptakan pertemuan.
Kalau akhirnya nanti tetap ada perpisahan .
Tapi kita selalu juga lupa.
Perpisahan ni tak lama.
Kita masih ada hidup kedua.
Moga-moga bertemu lagi di syurga.
Dan Allah takkan susun pertemuan kita ni saja-saja.
Friday, October 17, 2014
October 17, 2014
BY Akashah Kassim0
Comments
Kebisuan dalam kesibukan
Atau kesibukan mengundang kebisuan
Atau kesibukan mengundang kebisuan
Dari lahiriah terserlah keriuhan
Zahirnya nampak meriah
Zahirnya nampak meriah
Hidup ini macam komputer juga
Adakala hang, tak cukup bersedia memancar idea
Macam printer.. Sampai masa habis dakwatnya..perlu diganti semula
Adakala hang, tak cukup bersedia memancar idea
Macam printer.. Sampai masa habis dakwatnya..perlu diganti semula
Menyelam tahap opasiti yang dipendam
Atau transparensi yang cuba dipadam
Atau transparensi yang cuba dipadam
Cubaan duplicate juga hambar pudar
Terlalu banyak cookies terbiar menyukarkan memori dipadam
Terlalu banyak cookies terbiar menyukarkan memori dipadam
Mengharapkan recovery muncul disaat turn down
Atau backup menyelamatkan keadaan
Atau backup menyelamatkan keadaan
Mencetus interpretasi diri seorang insani
Backupnya amal jariah, ilmu yg disampaikan dan anak yg soleh
Yang perisiannya rukun iman dan rukun islam
Recoverynya alQuran dna hadith
Antivirusnya zikir dan selawat
Sampai waktu perlu di ugrade dengan qiam
Tetap berserah pada Power supplynya,Tuhan pencipta alam
Yang perisiannya rukun iman dan rukun islam
Recoverynya alQuran dna hadith
Antivirusnya zikir dan selawat
Sampai waktu perlu di ugrade dengan qiam
Tetap berserah pada Power supplynya,Tuhan pencipta alam
Kasha,jan,iza
Dorang ni layan je selfie di hr jumaat
Masok opis wat keje skola.. Iza n jan wat keje opis.. Pehtu kita cri teh ais sedap..kat sweet cafe
Hidayah, kak Ton, Kak Azimah
When people standing behind me, that means they try to hide something to make them cute.. Huu ex-classmate degree, dayah...bos kt opis kak ton yg jeles dgn pic snap by lenovo.. Dan kak azimah yg selalu ngelat nak jwb telefon kat meja dia.. Kasha je la jd telefonis wpun telefon bkn d meja kasha .bz sgt k.azmh ni tp dlm ape je situasi dia cool je..
Qasha,Qisha, Qasrina
Haha..ni masa mpg kt silka hotel.. Budaj kecik ni senang jaga.. Mata die cntik.. Elok je xnangis langsung.. Suap mkn.. Nyanyi2.. N hobi dia capai brg yg dia suka kat depan dia..
Kata mak dia..k.wan nani..serasi kot nama dekat sama
Sally and her Miaww
Ni miaw sally yg plg besar.. Dtg umah sally peh byk btol kucing die.elok je ltk dln sangkar .. Dtg kat sangkar dia .abis semua mengiaw..hehe comel je..patut la sally selalu senyum je wlupun hband dia jauh..ada pghibur hati yg byk
Rangga, azizah, layyan
Ranga dr sri lanka.. azizah dr bt pht dan Layyan dr kdah .
Ni lah supervisee bwh prof zainab..
Baru jumpa prof rabu lps.. Huhu questionnaire da kena redo blk.. Too simple and too general katanya..ahad dpn kena jmpa lg ngan prof ..
Tunjuk progress..
Monday, October 06, 2014
October 06, 2014
BY Akashah Kassim0
Comments
Bila kita nak biar gambar bicara memang rasa tak ceria cuma gaya yang ada. Rasa takde feel bila entry dalam blog ni bila gambar tanpa cerita. Macam xsama, macam ada yang tak kena. Jadi nak cerita juga lah..
Trip ke pulau kali ini banyak berubahnya. Nak kongsi sikitlah:
PERTAMA: pulau ni sudah diwartakan sebagai taman laut dan secara automatiknya masuk berbayar lah. Kena bayar fees. Paling kesian, kesannya pada penduduk pulau lah, once diorang punya boat landing baik je ke dinding jeti tg leman tu terus kena bayar.. dan dapat tau jugak hampir semua kelong kat kawasan perairan ini dah dirobohkan atas alasan yang tak boleh nak cakap lah taman laut katanya.
KEDUA: disebabkan dah jadi taman laut, jeti tg leman pon dah berubah wajah. Waiting area dah ada tempat duduk ala2 terminal bas. dah ada kaunter bayaran tiket dan yang kasha suka tandas baru.. selesa dan bersih.. Haha tempat wajib singgah bila dah tiba jeti sebab jarak dari pasir gudang ke tg leman jauh dan takde berenti2 pon.hehe
KETIGA: yang ini kasha suka sebab kat camp site tu dah ada landmark dia sendiri.. Pulau Sibu, selfie time.. erk..haha
KEEMPAT: dapat merasa bawak bot dari jeti SIbu beradik hingga ke Pulau Kukus tempat snorkeling bergilir lah kami berempat bawa bot.. dan kasha bawa masa last sekali.. part landing ke tepi kita serah pada yang pakar..
KELIMA: Dah jumpa tudung senang nak pakai time swimming, snorkeling.. actually inner tu nama nye inner ninja pakai dengan selendang, tapi agak ketat kat leher so kasha tak pakailah. jadi inner ninja yang hitam ni kasha guna dan agak selesa dan mudah, tak payah susah2 btolkan tdg.. cuma bulatt la mukanya..erk.. Yg inner magic biru n syria bunga tu plk memudahkan jgk. Untk xtvt drt. Sarung je .cuma die pndek sikit tggu la jmpa design lain nti bole beli..eh tetiba cite psl tdg byk
KEENAM: sibuk main lompat2 kat pulau kukus.. best shoot yang kat tengah tu , memang lah tak pernah wat lompat gini poyo plak rasanya.. tapi sesekali takpe kot.. ada life jacket pon buat cover.
ok lah meh kenalkan sape yang dalam gambar atas ni;
REZAL- satu-satunya opismate lelaki kt unit pelancongan yang tinggal.. dia jugaklah yang capture the best shoot tengah2 tu. terima kasih lah..actually bapa kepada Aira dan 1 setengah cahaya mata ni lapor diri kat poli saing kasha. tua banyak lah tahun tapi disebabkan masa awal2 jumpa tu panggil nama.. so sampai sekarang la lekat nama tu..
SALINA- panggilan manja dia kak sally. isteri pada zul, kalau elektrik naik harga, confirm sally ni lah terang dengan panjang lebar sbb husband dia keje TNB. berkacamata dan comel katanya, juga terkenal dengan jolokan MAK PENGANTIN bila kat pulau sibu ni. Dia akan control makanan to make sure semua orang dapat bahagian masing2..hehe :) bagus betol.. kalau kasha, kasha yang abeskan dulu kot.hmm dia jugak tuan tanah untuk trip aktiviti marine ni..
JAN: hah yang dok transform to ultraman dyna ni pulak kakak Jan.hehe..asal Sarawak. Sangat mesra dengan instruktor pulau sibu ni sebab dia berjaya dapatkan air kelapa muda pulau untuk minum. Naik motor keliling kampung tu cari kelapa.. Alhamdulillah dapat la dia minum air kelapa dan yang lain jugak dapat merasa.. kasha rasa sikit je.. tak minat sangat.
Ok tu je cukup lah perisanya entry kali ini bila bukan stakat gambar bercerita.. Biar tulisan menggalas tugasnya semula. Hambik ko tajuk jiwang abes
Wednesday, September 03, 2014
September 03, 2014
BY Akashah Kassim
2 Comments
Menjejaki satu destinasi yang dulunya terkenal dengan jolokan serambi Makkah, tumpuan pedagang dan satu permulaan kesultanan Melayu..
Melaka.. Bandaraya Bersejarah diiktiraf organisasi dunia UNESCO.. bandarnya amat tersusun.. Papan tanda yang cantik susunan bahasanya.. Jadi tumpuan manusia seluruh dunia
Dondang sayang berlagu dengan Pantun melayu.. Pernah berjiran dengan warga emas yang berasal dari Melaka.. Masa berpindah sehelai kertas dibawa.. Berdondang sayang di ruang tamu kita.. Pantun dikarang mencetus rasa.. Terpana teruja seketika.. Masih ada warga yang meneruskan budaya.. Macam berada dalam drama P.Ramlee pula.
Bertandang ke Melaka..
Cencalok makanan penyedap rasa.. Asam pedas Melaka pon boleh tahan juga..rugi kalau tak merasa.. Coconut shake Klebang juga biasa jadi bualan rakyat jelata.. Sanggup berbaris untuk seteguk air penghilang dahaga..
Cencalok makanan penyedap rasa.. Asam pedas Melaka pon boleh tahan juga..rugi kalau tak merasa.. Coconut shake Klebang juga biasa jadi bualan rakyat jelata.. Sanggup berbaris untuk seteguk air penghilang dahaga..
Bandar Hilir..Dataran Pahlawan sudah terbentang didepan mata..
Muzium Samudera melukis ceritera pedagang Melaka.. A-famosa,stadhuys kesan tapak penjajah negara..Muzium kesultanan.. Galeri Seni.. Mencetus suasana..Menara Taming Sari tarikan juga mrnjadi pelantar pemandangan seluruh Melaka.. River Cruise menyusur kg. Morten.. Diwaktu malam bermandi cahaya.. Sambil diiring lagu peneman gelita ..
Muzium Samudera melukis ceritera pedagang Melaka.. A-famosa,stadhuys kesan tapak penjajah negara..Muzium kesultanan.. Galeri Seni.. Mencetus suasana..Menara Taming Sari tarikan juga mrnjadi pelantar pemandangan seluruh Melaka.. River Cruise menyusur kg. Morten.. Diwaktu malam bermandi cahaya.. Sambil diiring lagu peneman gelita ..
Ok dah cukup kot tu cerita pasal Melaka..hehe.. Jam waktu taip kt hp ni menunjukkan pk 1.06am.. Huu xbole tidur sebab diserang flu @ selsema.. Jadi nak buat research mood x datang lagi kan.. So kita ber blog la kan..
Nak mengadu:
-pertama: tengah excited design student handbook utk degree, kena flu plak. Uwaa da lama xkena tau.. Kalau kna da la susah nak baik..cuba untuk berfikir positif - #penyakit_penghapus_dosa
-kedua: hari tu la kan.. G tesco.. Masa nak balik.. Beria lah nak hiduplan engine kete..sekali dia bunyi sikit tapi xnak start tau. Gedik manja tol kete ksygn ni.. Bau gaji la tu..masa tu bru 2 hari gaji.. Hmm fikir apa nak buat.. Pastu ternampak brother kat booth kat luar tesco n mtk tolong.. Kena beli jumper dlm tesco sbb dia pon xde jumper.. Pastu dpt lah hidup kete ksygn tu.
Sebelum idea nak jumper tu..ada mtk tolong dia pgglkn mekanik kt kdai yg jarak tak sampai 1km.. Kalau kt kg.. Org cakap sepelaung.. Kira panggil bole melaung je.hehe..cuma kat bdr ni ada jalan besar..melaung kang org kata gile plak.
Org tu cakap ..Dia nak caj keje luar rm25.. Tambah harga Btri 3++.. Amboi sepelaung pon kira kje luar ek.. Hmm bateri lak kasha pernah survey xde la harga smpi gitu sekali.
Bila kete da hidup.. Kasha g kedai bateri yg dekat ngan kolej komuniti psr gudang tu..mintak dia periksa bateri..rupanya bateri ok lagi.. Walaupun da 2tahun pakai.. Dia komen..sistem error sbb preve ni byk guna sistem.huh
Balik pontian.. Servis n mtk proton check..(kbtuln waktu servis da smpi) Hah memang betol sistem error.. Hmm xnak wat servis kt proton kmpleks pasir gudang .. Da la mahal caj..pastu jadikn error lak.. Aptb..
- ketiga: g Melaka kali ni..melawat planetrium.. Letak harapan tinggi walaupon dalam blog pernah baca macam xbest.. Sekali masuk kan..biasa la ada ruang pameran.. Tapi pergi masuk area theater dia.. Hah untuk adik yang jadi guide tu kena belajar customer service lagi.. Huhu.
Sambil tggu tayangan sekali ada lagi 2 kump. Kanak2 tadika.. Hahah.. Penuh la dewan tu dengan suara dorang.. Hmm bila start tayang.. Visual dan music background pon keluar.. Wah.. Macam tengah tengok cite ultraman kanak2 tadika bersorak dan tepuk.. Keluar suara narator yg speaking in english .. Terdiam sekejap.. Hmm video ni pon english omputih yg slang die lain macam sikit.. Tetiba kita yg dengar ni pon macam jadi tak paham..hehe
Apa yang kasha wat time ni bukan tengok sgt video ala2 belaja sains tahun 5 dulu cuma dlm btuk 2d.. Bkn 3d.. Cuma skrin melengkung.. Nmpak kan dia macam 3d.. Masa tu kasha explore gelagat kanak2 tu..haha seronok tengok diorang lagi srbenatnya.. Yg teruja tepuk tangan berjemaah bila ada visual bulan dan matahari ala2 citer dragon ball. Ada yang sibuk tunjuk ke atas..dan reaksi yg paling best keluar masa visual ala2 kartoon angkasa.. Rupanya iklan tayangan akan datang..so terbantut separuh jalan keterujaan mereka..
- keempat: cd Zikir Terapi Diri3 da hilang..huwaa.. mana entah cmpak ni..hmm..ok done


