2024 - corEtan akAsHah

Saturday, December 28, 2024

Itulah AI sempena tahun berakhir

Thursday, December 19, 2024

AI gambar realistik
December 19, 20240 Comments

 Asyik posting gambar AI kartun je kan? JOm kita layan begini.  
Sebenarnya kasha tak berapa suka imej AI yang di generate based on realistic. 

Kadang-kadang bila kita guna imej AI yang terlalu realistik, risikonya lebih besar. 
Kenapa? Sebab gambar yang nampak terlalu real mudah sangat disalahgunakan oleh orang yang tak bertanggungjawab.
Cuma kali ni cubalah juga generate versi realistik supaya nampak hidup sikit.

Kita tengoklah sekarang ni, teknologi AI dah makin maju. Sampai ada yang boleh buat muka orang lain nampak macam tengah buat benda yang langsung tak pernah dia buat. Itulah yang kita panggil deepfake. Bahaya, kan?

Sebab tu Kasha lebih suka guna imej AI gaya kartun atau ilustrasi. Selain nampak lebih selamat, imej jenis ni juga ada vibe tersendiri. Lebih santai, lebih kreatif, dan at the same time, tak mengundang masalah. Kita pun tak perlu risau kalau ada yang nak salah guna sebab tak ada elemen realistik sangat. Kartun ni fleksibel tau. Kalau nak sampaikan mesej kreatif, ia boleh jadi lebih unik, berwarna-warni, dan fun untuk tengok. Orang pun lebih terhibur!

Contohnya, kalau nak buat konten motivasi atau berkongsi cerita, imej AI kartun tu boleh jadi pelengkap visual yang menarik. Kalau mesej tu berat sikit pun, imej kartun boleh kurangkan rasa tegang. Ibarat gula dalam kopi, dia bagi manis-manis sikit. Senang cerita, gaya kartun ni lebih mesra dan tak nampak formal sangat.

Kita pun kena sedar, dunia digital ni luas. Apa-apa konten yang kita keluarkan ada risiko kalau tak berhati-hati. Jadi, langkah Kasha untuk elakkan imej realistik adalah satu pilihan bijak. Bukan semua benda kita kena buat ikut trend, betul tak? Janji selamat, kreatif, dan tak menyusahkan orang lain.

Jadi, teruskanlah berkarya dengan imej AI kartun tu. Yang penting, mesej sampai, audiens suka, dan kita pun rasa puas hati. Bukan rupa yang realistik jadi ukuran, tapi kreatifnya idea yang kita nak sampaikan. Lagipun, dunia kartun ni lebih ceria dan positif. Tak perlu realistik pun tak apa, janji vibe onz!

Reading Time:

Saturday, December 14, 2024

Tukar emoji kepada gambar guna AI
December 14, 20240 Comments

 Senangnya tukar AI imej guna emoji je tanpa sibuk nak fikir teks prompt: 

1) 🦉🐢🌳🪵🍂🌒 


2)🧕🏼🌻✍🏻🌂🎒

.

Reading Time:

Friday, September 06, 2024

Kursus Asas Canva anjuran DUP4 event operation
September 06, 20240 Comments

Alhamdulillah, selesai sudah sesi perkongsian Asas Canva yang diadakan pada 6 September bertempat di Makmal Komputer 5, Politeknik METrO Kuantan. Program ini melibatkan pelajar semester 1 dengan objektif utama memberi pendedahan awal kepada kemahiran reka bentuk grafik asas menggunakan platform Canva, selain memupuk kreativiti pelajar dalam menghasilkan karya visual yang menarik dan berkualiti.  

Sesi ini diadakan sempena pertandingan Poster Hari Kebangsaan yang dianjurkan oleh pelajar semester 4, di mana tema sambutan ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Aktiviti ini bukan sahaja memberikan peluang untuk mempraktikkan ilmu yang dipelajari, tetapi juga menjadi ruang untuk mereka berkarya dengan lebih kreatif dan inovatif.  

Program ini turut diserikan dengan pertandingan poster sebagai salah satu aktiviti utama, di mana para peserta diberi masa untuk menghasilkan rekaan poster bertemakan Hari Kebangsaan menggunakan kemahiran asas Canva yang dipelajari sepanjang sesi. Pada penghujung program, sesi penyampaian hadiah turut diadakan bagi menghargai hasil usaha dan kreativiti para pelajar yang menyertai pertandingan tersebut.  

Terima kasih diucapkan kepada penganjur atas jemputan yang bermakna ini dan semua peserta yang memberi kerjasama sepanjang sesi berlangsung. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya, menjadi asas kepada lebih banyak penerokaan dalam dunia reka bentuk grafik pada masa akan datang.

Reading Time:

Thursday, July 25, 2024

Kelas AI bersama Cikgu Online
July 25, 20240 Comments

Macam mana nak join kursus-kursus best secara bersemuka, Kashah?

Sebenarnya Politeknik METrO Kuantan sebagai pusat latihan HRDF memang ada menyediakan kursus pendek bagi golongan bekerja, atau komuniti setempat memandangkan matlamat asal penubuhannya ke arah itu.

Jadi hari ini adalah salah satu contoh latihan pembelajaran sepanjang hayat, iaitu kursus aplikasi AI anjuran Politeknik METrO Kuantan bersama peserta kursus dari KELAB KELUARGA KUMPULAN PKNP.
Kalau dah cikgunya Kashah, antara yang diajar ialah ilmu editing Canva dan AI tapi ada banyak lagi kursus lain. rujuk poster di gambar nombor 3. Kalau berminat sila roger nombor dalam poster tu ya.
Anyway poster tu pun guna Canva je.
Seronok tengok mereka dapat buat imej AI.
Benda boleh siap cepat dengan teknologi, buat apa nak pening-pening kepala?
Apapun terima kasih kepada semua peserta yang sporting layan je modul AI hari ni. Tak lupa buat urusetia latihan PMKu yang menguruskan latihan En Hafiz, En Rezal dan En Syed. Semoga mendapat ilmu bermanfaat untuk semua.








Reading Time:

Sunday, June 09, 2024

Perkongsian buat poster guna AI
June 09, 20240 Comments

Inilah yang dikatakan kelas last minit. Semuanya bermula selepas kelas mengaji malam semalam, apabila ada permintaan spontan daripada rakan-rakan yang ingin belajar asas penggunaan AI. Disebabkan ia berlaku secara tiba-tiba, kelas kali ini memang tidak dibuka untuk ramai orang. Kashah hanya menjemput mereka yang betul-betul berminat dan sering berinteraksi di ruangan komen pada posting berkaitan AI yang Kashah kongsikan sebelum ini.  

Alhamdulillah, tumpang gembira melihat ramai yang berjaya menghasilkan sesuatu walaupun dengan ilmu asas yang dikongsikan. Melihat semangat peserta, Kashah semakin yakin untuk membuka kelas yang lebih tersusun dan melibatkan lebih ramai peserta pada bulan hadapan, insya-Allah.  


Dalam era teknologi yang semakin berkembang pesat, persediaan ke arah penguasaan AI bukan lagi satu pilihan tetapi satu keperluan. AI bukan sahaja memudahkan kehidupan seharian, tetapi juga menjadi alat penting untuk meningkatkan kemahiran dalam pendidikan, perniagaan, dan pelbagai bidang profesional. Kelas-kelas seperti ini, walaupun asas, adalah langkah pertama untuk memahami bagaimana teknologi boleh dimanfaatkan dengan cara yang betul.  

Kashah percaya, pendedahan awal kepada teknologi AI akan membuka lebih banyak peluang untuk kita semua berkembang, sama ada dalam kerjaya, hobi atau sekadar menambah ilmu. Persediaan dari segi ilmu, latihan dan eksplorasi secara konsisten adalah kunci untuk kita kekal relevan dalam dunia yang semakin digital ini.  


Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberi komitmen walaupun secara last minit. Doakan yang baik-baik buat kita semua. Semoga perkongsian kecil ini memberi manfaat, menjadi asbab kebaikan, dan membuka jalan untuk kita bersedia menghadapi cabaran teknologi masa depan. Untuk yang belum berpeluang, jangan risau—nantikan pengumuman kelas seterusnya! Sampai jumpa di sesi akan datang, insya-Allah.

Reading Time:

Wednesday, May 01, 2024

AI poster Cikgu Online
May 01, 20240 Comments

Dia punya struggle belajar dan explore sendiri tu Hanya Tuhan yang Tahu. 

Tapi bila dah dapat rentak nak berbual dengan AI ni, rasa seronok pula. Senyum lebih la kan Cikgu Online bila berjaya jumpa promp yang cantik. Yelah sebelum ni iri hati tengok gambar cantik kat group Prompt Malaya tapi sikit-sikit belajar lah juga macam mana nak buat. 

AI ni dia bekerjasama dengan kita, bila kita tunjuk dan rajin berbual panjang dengan dia sedetail boleh.  Ko kena cukup ramah dengan dia. Kalau sejenis jawab satu satu pendek tak lawa la poster kau. Dia pandai juga pakaikan tudung gaya shawl. hahah 

Sedikit panduan penulisan prompt untuk rujukan korang:

Spesifik dan Jelas: Pastikan prompt anda memberikan arahan yang spesifik dan jelas bagi AI tentang apa yang anda mahukan.
Siapa yang nak jadikan objek dalam gambar kita, terangkan rupa dia, pakaian, bangsa apa, lelaki ke perempuan, umur lingkungan berapa.

Konteks yang Jelas: Berikan konteks yang mencukupi supaya AI dapat memahami situasi atau topik yang anda ingin bicarakan.
Bagitahu apa yang ada di persekitaran: komputer, green screen, lighting, handphone dan lain-lain

Imajinatif dan Kreatif: Gunakan imajinasi dan kreativiti untuk memberikan senario yang menarik dan menggalakkan AI untuk menghasilkan respons yang sama.

Rangsangan Sensorial: Gunakan deskripsi sensorial yang kuat untuk membangkitkan gambaran yang hidup dalam minda AI. Ini dapat meliputi unsur visual, bunyi, bau, rasa, atau sentuhan.

Berikan Ruang untuk Interpretasi: Berikan sedikit ruang untuk interpretasi kreatif supaya AI dapat memberikan respons yang bervariasi dan menarik.
create a disney pixar poster, movie title apear "cikgu online". 3d malay hijab woman, Set against the backdrop malaysia landmark view, a dedicated online teacher sits poised with her computer, ready to embark on another adventure in learning. A microphone on the table hints at the power of her voice, which echoes through the digital realm, guiding and nurturing young minds. The gentle glow of front-facing lighting illuminates her face with lighting, casting a halo of determination and passion.

Jadi fahamlah kita kenapa ramai prompter AI bising hasil dia kena cekup orang lain dan mengaku dia punya tanpa ada kredit. Dah cantik kan? Nak buat macam mana. 

Kesian. Kenalah tukar kesian tu kepada pahala yang mengalir apabila hasil usaha yang disebarkan.  

Kredit. Hmm dengan teknologi AI gini tak tahulah tahap mana nak digelar hak milik tu. Maybe pada kegigihan mencuba promp tertentu tapi hasilnya tetap komputer. Tapi salute lah pada mereka yang setiap hari menghadap Ai Prompter..

Kadang ilmu tu datang kita kena hargai bukan nak menunjuk. Simpan sini. 


Reading Time:

Saturday, March 02, 2024

Bengkel suntingan video menggunakan aplikasi Canva bersempena Karnival Ukhuwah 2.0.
March 02, 20240 Comments

Bangi: Bengkel suntingan video kali ini diadakan bersempena menyambut ambang Ramadan. Kashah berkongsi cara mudah untuk menghasilkan video ringkas hanya menggunakan smartphone, dengan trik-trik ringkas yang boleh terus dipraktikkan.  

Alhamdulillah, seronok dapat menyebarkan ilmu dan manfaat. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab kebaikan melalui penyebaran video-video yang bermanfaat kelak. Terima kasih kepada Bonda Nor atas platform yang diberikan dan semua peserta yang sudi hadir memeriahkan bengkel ini.  

Dua jam mungkin tidak cukup untuk jadi mahir, tapi yang penting kena rajin berlatih, banyakkan tengok contoh, dan cuba buat sendiri.  

Apa yang penting semangat mencuba. 

Akhir sekali, mohon maaf jika batuk lebih banyak daripada tunjuk ajar. Tak apa, kita sambung ukhuwah dan sesi tutorial ini di platform media sosial pula!


Reading Time:

Monday, January 22, 2024

Cara edit AI muka sendiri
January 22, 20240 Comments
Teringin nak ada gambar AI 3d sendiri?
Kashah sertakan langkah ringkas di sini.

1) Cari dulu gambar AI asal. 
- Banyak je kat facebook ni orang ramai buat. buat carian gambar promp ai.

2) pergi ke https://remaker.ai/face-swap-free

3) upload gambar ai asal original image (sebelah kiri) dan target face, gambar muka kita sendiri
4) tekan button swap face.
Dah siap. hasilnya akan keluar di sebelah kanan

Gambar yang Kashah pilih di bawah ialah gambar yang menggambarkan diri ini.
1) Cikgu Online - memang tak ada keje lain nampak manjang je online. Canvassador dan lain-lain.
2) Bergambar dan makan-makan.
3) Pensyarah.
4) Penulis buku.







Reading Time:

Saturday, January 20, 2024

Koleksi Prompt AI versi 2 kartun comel
January 20, 20240 Comments
Langkah-langkah create image ai
  1. https://www.bing.com/
  2. taip prompt yang sesuai. tulis bahasa melayu pun boleh. Cuma ada limit per user account. Jadi kalau dah habis guna la email lain pula
  3. tekan button pink (create)
  4. bing akan cadangkan 4 image berdasarkan prompt yang diberi. 

 







Promp

3d effect. circle frame. wooden background. grass cute hijab lady wearing spectacles. holding umbrella. clouds and sun at the top around the frame. appear bold text Name “Pagi!”



Prompt

3d effect. circle frame. wooden background. grass cute hijab lady wearing spectacles. holding umbrella. clouds and sun at the top around the frame. Name Pagi!




 

Reading Time:

Friday, January 19, 2024

Koleksi Prompt AI versi 1 background fb
January 19, 20240 Comments
Langkah-langkah create image ai
  1. https://www.bing.com/
  2. taip prompt yang sesuai. tulis bahasa melayu pun boleh
  3. tekan button pink (create)
  4. bing akan cadangkan 4 image berdasarkan prompt yang diberi. 
Prompt
hijab woman smiling,
sitting near a screenshot of social media
facebook in a floral pattern painted actual friendly dress and sock and maroon shoes. with the name [YOURNAME] where facebook is realistic art.

Baca dan tulis apa hari ini?
Kashah teringat ada seorang sahabat berpesan. Kalau tak mampu memberi sedekah duit, bolehlah sedekah idea untuk orang lain.
Idea ni kadang tak berjela pun,
Hanya beberapa kata yang memberi semangat, sampai masa ia mampu diterjemahkan dalam bentuk yang berbeza-beza dengan mesej yang sempurna.

Macam tulah,
Mana-mana amalan kita terbit ilham daripada Dia. Kadang datang melalui orang sekeliling kita. Ada masa dia singgah semasa ujian menerpa. Lagi indah sewaktu menikmati healing kita.
Kita nak buat apa?
Raikan saja idea yang hadir. Padam rasa cemburu andai idea yang kita terima tak berpihak baik pada kita. Kerana apa yang hadir semuanya telah ditentukan oleh Dia.
Doa dan berkata yang baik-baik walaupun kita tak sempurna mana. Banyak lagi dosa. Cuma kalau boleh kita cuba mempromosikan kebaikan, apa salahnya kan?
Masih mencuba.

#coretanakashah
Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.