Yang Baik didekatkan.. - corEtan akAsHah

Sunday, February 04, 2018

Yang Baik didekatkan..

Januari dah pon berlalu, 
Februari mula menjenguk pula, 
Begitu sekejap masa berlalu,
tak sampai 100 hari Ramadhan pula bakal menjelma.. 
(eh jadi pantun plak ye,  tak plan plak rupanya jadi pantun) 
Tengah makan cakap yg baik2 supaya yg baik2 masuk dalam perut,  "orang kata"
Berbalik kepada tajuk diatas
Pernah tak kita rasa,  lambat sangat apa yang kita hajat tu nak terkabul?  Rasa macam dah nak dapat..  Tapi bila sedar-sedar rupanya makin jauh. Ha kan?  Mungkin kita tak cukup doa agaknya..  Kata ustaz kalau doa kena specific..  Contohnya macam nak baju biru,  kena sebut baju kurung biru turqoise sutera..  (ha baru baju tu dapat) .. Bila tak specific macam beli kat lzda lah,  mintak biru dapat merah..  Ceh.. 😨😨..
Muka sedih sangat tu. .Sampai asyik kena tegur je.. Percaya kita kurus,  walaupon orang cakap gemok,
Kalau tak kurus kita doakan orang tu gemok. Haha gurau.. Hp kita je yang ngaku kita kurus.cth cmni lah. 
Dan juga,
Kita nak yang BAIK2,  minta yang BAIK2,
TAPI Kita tak tahu apa yang TERBAIK untuk kita..
Kadang apa yang BAIK itu dekat,  kita nampak,  kita kejar sangat2.
Tapi kita tak tahu yang TERBAIK itu masih tersimpan dan tersorok jadikan ia jauh dari kita.. Jadi sama2 lah kita doa semoga yang JAUH tu segeralah Didekatkan..  Dalam bentuk rezeki dan nikmat yang Allah nak kurniakan kepada pancaindera kita sebagai manusia..
Sebaliknya pula,
Tanpa kita sedar yang JAHAT terlalu hampir dengan kita,  malah dah macam kejar rapat macam bayang2..  Huish takutnya,  nauzubillah..  Biarlah segera dijauhkan dari diri kita.
Yang sebenarnya,  niat yang salah pon bakal mengundang gejala2 JAHAT ni mendekati kita..  Kadang ada aura negatif tu sesekali hadir menarik unsur2 yang TAK BAIK tu datang kat kita..  TAK AJAK tapi dia macam MAGNET.. Maka JAUHKANLAH segala unsur, aura,  magnet yang mana semuanya mula dengan HATI DAN NIAT..
Entahlah nak cakap kat diri sendiri sebenarnya,
hidup merantau ni,  jaga diri elok2..
Sedar diri,  jangan nak kacau orang tak tentu hala (ada rupa mcm pengacau ke?)
Risau tu ada..  Resah pon kadang menjelma..  2R ni yang bahaya..  Takut tambah lagi 1 huruf S-Susah hati,  susahkan orang..   
Ok panjang jugak kasha merapu,  jom 🍩 



No comments:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.